Entah bagaimanakah agaknya anggota tentera yang sedang bertemp*r di medan per*ng fikir ketika terpaksa meninggalkan pasangan mereka demi kedaulatan tanahair atau amanah negara.

Berikut adalah 5 kisah cinta dalam dunia per*ng dan ketenteraan yang mungkin boleh dikatakan paling romantis dan mungkin tidak pernah anda dengar selama ini.

Namun untuk lima kisah terbaik yang disusun mengikut pandangan penulis sendiri ini rata-ratanya hanya berlatarkan zaman Per*ng Saudara Amerika, Per*ng Revolusi, Per*ng Dunia Kedua dan Per*ng Dingin.

Dear John? Top Gun? Pearl Harbor? Lupakan, kerana beberapa kisah cinta tentera yang paling romantis pilihan penulis ini berasal dari kehidupan sebenar.

Kita mungkin akan merasai cinta itu jika kita sempat diberi peluang membaca diari dan surat cinta dari kekasih yang entah masih hidup atau sudah m*ti di tengah medan per*ng boleh menjadi samada berita gembira atau berita sedih, sebagaimana mereka yang telah bergelar atuk dan nenek mungkin pernah lalui dahulu.

CINTA KE AKHIR HAYAT VETERAN PER*NG REVOLUSI

Mungkin sudah rezeki Daniel Bakeman selaku pesara tentera yang pernah berjuang dalam Per*ng Revolusi di Amerika, untuk hidup pada tempoh yang cukup lama hingga dapat menyaksikan berakhirnya Per*ng Saudara.

Dia meninggal dunia pada usia 109 tahun, isterinya, Susan meninggal dunia beberapa tahun sebelumnya, lalu menjadikan tempoh perkahwinan mereka berusia 91 tahun!

Walaupun tarikhnya masih diperdebatkan, pasangan itu jelas terbukti telah berkahwin ketika Bakeman berusia 12 tahun dan Susan berusia 14 tahun.

Bakeman dan Susan dikurniakan lapan orang cahaya mata dan pasangan ini telah bersama-sama mengharungi susah dan senang dalam kehidupan yang mencabar ini.

Bukan sahaja Bakeman berkhidmat di medan temp*r dalam peper*ngan yang berlanjutan selama 10 tahun, tetapi mereka pernah beberapa kali berpindah setelah terselamat dari kebakaran rumah dalam tiga kejadian yang berbeza.

Bakeman digambarkan sebagai “seorang yang cerdas dan bersemangat waja serta amat mencintai kehidupan.” 

Susan merupakan seorang wanita yang sentiasa aktif. Walaupun ketika usianya telah menjangkau 105 tahun, dia masih gemar menunggang kuda dan memandu kereta sendiri untuk mengunjungi keluarga pada tahun-tahun terakhirnya kehidupannya.

WANITA MEMASUKI GARIS KEDUDUKAN MUSUH DEMI KEKASIHNYA

Arabella Barlow adalah seorang wanita yang berusia 10 tahun lebih tua daripada suaminya Frank. Dia merupakan seorang sosialit dari New York manakala Frank pula adalah seorang peguam.

Mereka berkahwin pada 20 April 1861, pada hari yang sama Frank mendaftar dalam Tentera Kesatuan untuk menyertai sebagai sukarelawan dalam Per*ng Saudara.

Untuk beberapa tahun akan datang, Frank terlibat dalam beberapa pertemp*ran dan memperoleh kenaikan pangkat dengan cepat.

Arabella menawarkan diri untuk membantu tentera sebagai seorang jururawat dan kadang-kala dia akan mengunjungi kem dimana Frank ditempatkan.

Semasa Pertemp*ran Gettysburg, Frank tercedera parah setelah dia ditembak beberapa kali dibahagian sisi dan belakangnya.

Ketika keadaan sedang reda seketika, seorang jeneral dari pihak musuh iaitu pihak Konfederasi menemui Frank terbaring tak bermaya di medan per*ng dan telah memutuskan untuk membantu Frank dengan memberinya air.

Frank memberitahu kepada musuhnya itu bahawa isterinya berada tidak jauh dari situ dan dia ingin isteirnya dimaklum tentang keadaannya.

Arabella kemudian diiring oleh Tentera Kesatuan sebelum disambut oleh pengawal Konfederasi untuk menemui Frank yang sedang ditawan dan tercedera.

Walaupun doktor pihak Confederare menjangkakan bahawa Frank tidak akan mampu bertahan, ketibaan Arabella ternyata membuahkan hasil.

Frank hanya perl*kan sentuhan cinta Arabella yang telah merawatnya, dan ya, isterinya berjaya menyelamatkan nyawanya.

ASKAR P*RANG SAUDARA YANG TERKORB*N DALAM DAKAPAN KEKASIHNYA

John Pelham adalah seorang anggota tentera dari unit artileri Konfederasi yang digelar oleh Jeneral Robert E. Lee sebagai “The Gallant Pelham.”

Semasa musim sejuk di Fredericksburg, VA, Pelham telah menjalinkan hubungan persahabatan yang berputik menjadi hubungan cinta dengan gadis tempatan bernama Bessie Shackelford.

Bessie tinggal di kawasan pedalaman bersama lima adik beradiknya yang lain, rumahnya hanya di seberang jalan dari kuarters utama tentera namun laluannya terlalu berlumpur.

Pelham bersama-sama seorang rakan seperjuangannya berusaha membina jambatan papan bagi menyeber*ngi jalan yang berlumpur supaya mereka dapat mengunjungi Bessie dan lima adik beradiknya.

Semasa Pelham sedang menunggang kuda untuk mara menyertai satu pertemp*ran berdekatan dengan dataran di Kelly’s Ford, sebiji peluru artileri telah mencederakan Pelham.

Pelham dibawa oleh rakan-rakannya ke kediaman Shackelford, di mana disitulah Bessie berusaha sedaya upaya mencuci dan membalut l*ka di kepala Pelham namun Pelham meninggal dunia pada malam itu juga di dalam dakapan Bessie.

PASANGAN KEKASIH WWII ‘REUNION’ SETELAH 70 TAHUN MELALUI INTERNET

Norwood Thomas adalah seorang bekas tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan berhampiran kota London semasa Per*ng Dunia Kedua berlangsung.

Di sana juga, dia telah bertemu dan berkenalan dengan seorang gadis Britain bernama Joyce Durant. Kedua-duanya akhirnya saling jatuh cinta, dan mereka mula bertukar surat dan hadiah sepanjang Per*ng Dunia Kedua.

Pada peristiwa Pendaratan D-Day, Thomas melakukan penerjunan di Normandy dengan unit Airborne ke-101.

Selepas berakhirnya per*ng, Thomas pulang ke kampung halamannya manakala Durant telah berpindah ke Australia.

Mereka berdua telah terputus hubungan semenjak saat itu dan kedua-duanya juga masing-masing telah berkahwin dengan orang lain.

Namun siapa sangka, 70 tahun kemudian, ketika Durant menerima sebuah komputer, dia berusaha mempelajari cara untuk menggunakan internet dan media sosial.

Dia cuba menjejaki Thomas dan akhirnya mereka ditemukan melalui platform media sosial Skype.

Thomas ketika itu kebetulan telah bergelar duda dan Durant telah lama bercerai. Mereka amat mengharapkan agar mereka berdua dapat bertemu dan saling berpeluk antara satu sama lain sekali lagi.

Dengan bantuan oleh laman web GoFundMe dengan tajaan tambang oleh syarikat penerbangan Air New Zealand, Thomas berjaya terbang ke Australia pada tahun 2016 di hari Valentine, akhirnya mereka dapat bersua muka setelah 70 tahun terpisah.

TERPISAH SELAMA 11 TAHUN KERANA PER*NG DINGIN

Woodford McCellan, seorang warganegara Amerika Syarikar telah bertemu jodoh dengan Irina di Russia pada tahun 1972 ketika dia melawati negara Soviet itu bersama dengan kumpulan pelancong.

Dia berjaya memperoleh visa sementara, dan pasangan kekasih itu melangsungkan perkahwinan pada tahun 1975.

Mereka berpisah beberapa bulan kemudian setelah visa McCellan telah tamat tempoh, maka dia harus kembali ke Amerika Syarikat.

Malangnya, pasangan yang tidak bersalah ini terpaksa menunggu dengan penuh sabar selama 11 tahun berikutnya dalam usaha mereka untuk disatukan kembali.

Tetapi dasar yang ditetapkan oleh pemerintah Soviet semasa Per*ng Dingin menjadikan impian kedua suami isteri ini mustahil. Sebagai rakyat Amerika Syarikat, McCellan telah disekat dari memasuki sempadan Russia, dan Irina juga tidak diberi keizinan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat.

Namun Irina akhirnya diizinkan melawati negara Amerika Syarikat pada tahun 1986. Irina telah menterjemahkan kisah perjuangan cinta mereka didalam buku karangannya, Of Love and Russia.

RUJUKAN:


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.