PENGENALAN
Isteri pertama
Adam, penggoda hitam, syaitan betina, dewi jahat kuno, berikut merupakan antara
gelaran-gelaran yang diberi oleh masyarakat purba terhadap watak ini, Lilith.
Tidak banyak yang diketahui berkenaan entiti ini berdasarkan pendedahan yang agak sedikit dari Talmud, Bible, malah kisah lagenda Sumeria, ‘Epik Gilgamesh’, namun dia merupakan salah satu entiti tertua yang pernah tercatat di sejarah dunia.
Masing-masing mempunyai kisah dan penghuraian yang tersendiri berkenaan Lilith. Namun, pada masa kini, Lilith tiba-tiba menjadi sebuah lambang mulia bagi gerakan feminisme disebabkan keberanian Lilith bagi tidak menurut perintah manusia dan lelaki pertama, Adam.
Nama Lilith juga
pernah disebut di Alphabet of Ben Sira
dan ajaran Kaballah.
LATAR BELAKANG
Lilith, oleh Ernst Barlach, 1922. Gambar diambil dari laman britannica.com
Lagenda
berkenaan Lilith bermula pada zaman Mesopotamia, dimana jampi mantera serta
tangkal direka bagi melawan ancaman buruk yang datang dari Lilith, pemburu
perempuan hamil dan bayi baru lahir. Mitos ini kemudian berpindah ke
tamadun-tamadun yang berdekatan dan selepas Mesopotamia, seperti Hittite,
Mesir, Israel, dan Yunani.
Nama Lilith
muncul di prasanti Sumeria, iaitu Epik Gilgamesh, di kitab Talmud milik agama
Judaism, dan hanya disebut secara tidak langsung di kitab Bible. Ketika Zaman
Pembaharuan Eropah, Lilith pernah digambarkan oleh seorang pelukis terkenal, Michelangelo,
sebagai separuh perempuan, separuh ular, yang melilit di sekeliling ‘Tree of
Knowledge’, atau pokok Khaldun bagi umat Islam.
Bagi golongan
feminist moden, Lilith dilihat sebagai simbol mulia kerana perjuangannya yang
mahu bebas dari kawalan Adam. Namanya digunapakai oleh sebuah majalah wanita
kaum Yahudi yang terkenal, iaitu ‘Majalah Lilith’, dan sebuah festival muzik
tahunan, ‘Pesta Lilith’.
LILITH DARI LAGENDA PURBA SUMERIA
Gambar diambil dari laman ancient-origins.net
Asal nama Lilith
ialah dari perkataan Sumeria, ‘lilitu’ yang membawa maksud syaitan betina atau
semangat angin. Namanya pernah disebut di Prasanti XII dari Epik Gilgamesh,
sebuah puisi purba Mesopotamia yang bertarikh sebelum 2100 S.M.. Ianya kemudian
telah diterjemahkan oleh pihak Assyria dan Akkad ketika 600 S.B..
Menurut Epik Gilgamesh, watak Lilith pernah dikaitkan dengan pokok willow, atau Huluppu bagi lidah orang Sumeria. Di dalam salah sebuah pencarian Gilgamesh bagi mencari rahsia hidup abadi, dia pernah membantu dewi cinta dan perang, Inanna, dan berjaya merampas kembali pohon huluppu dari tangan Lilith dan entiti jahat lain, dimana beliau akhirnya terpaksa melarikan diri ke kawasan padang pasir.
Pada tahun 1933, sebuah plak yang tergantung di dinding batu kapur pernah dijumpai di Arslan Tash, Syria, yang pernah menyebut berkenaan Lilith. Plak tersebut berfungsi sebagai sebuah tangkal bagi menghalau Lilith. Berikut merupakan terjemahan teks yang terdapat di plak tersebut:
“O you who fly in (the) darkened room(s), /
Be off with you this instant, this instant, Lilith. / Thief, breaker of bones.”
Terjemahan
penulis:-
“Wahai engkau yang masuk ke bilik-bilik
gelap. / Pergilah kau dari sini, wahai Lilith. / Pencuri, pematah tulang-belulang.”
Dikatakan
bahawa sekiranya Lilith terlihat namanya ditulis di plak tersebut, ia akan
beredar dengan segera, sekaligus dapat menyelamatkan ibu mengandung dan anak
kecil dari menjadi mangsa kekejaman Lilith terhadap ibu mengandung dan
anak-anak kecil.
Kepercayaan
tahyul ini lahir akibat kadar kematian bagi ibu atau anak, atau kedua-duanya
sekali yang agak tinggi suatu masa dahulu, dimana mereka mempercayai Lilith
merupakan punca mereka m4t1 ketika melahirkan anak.
CATATAN TALMUD BERKENAAN LILITH
Mentera Yahudi dari Nuppur berkenaan Lilith. Gambar diambil dari laman occult-study.org
Kitab Talmud
memaparkan Lilith sebagai syaitan bersayap dan berambut panjang, kaitannya
dengan dunia syaitan, dan amalannya kebiasaanya yang sering menyerang lelaki pada
larut malam ketika mereka sedang tidur lena. Kitab tersebut juga pernah
menyebut berkenaan perihal Lilith yang mengganggu-gugat Adam semasa beliau
dipisahkan dari Eve.
Pada lewat zaman
kerajaan Rom dan awal zaman pertengahan Judaism, nama Lilith diukir di
mangkuk-mangkuk yang digunakan bagi tujuan perawatan, dimana nama-nama beberapa
malaikat merangkap musuh ketatnya, iaitu Snvi, Snsvi, dan Smnglof diseru bagi
menghalang Lilith dari mencapai apa yang dikehendakinya.
Apapun, tujuan
pembikinan mangkuk-mangkuk tersebut adalah tidak lain tidak bukan, iaitu bagi
mencegah dari kadar kem4t1an ibu dan anak ketika bersalin, serupa dengan
kepercayaan masyarakat Sumeria.
REKOD BIBLE BERKAITAN LILITH
Di dalam sebuah
teks yang berfungsi bagi menafsirkan dan menerangkan kitab-kitab Hebrew, iaitu
midrash, ia menghuraikan percanggahan yang terdapat di Kitab Kejadian 1 dan 2.
Di dalam Kitab Kejadian 1, Adam dan isterinya diciptakan dalam waktu yang sama,
manakala di dalam Kitab Kejadian 2, Eve dicipta dari tulang rusuk Adam.
Penyelaraskan bagi percanggahan tersebut memutuskan bahawa terdapat wanita lain
yang pernah bersama Adam. Wanita tersebut ialah Lilith.
Di dalam kitab Perjanjian
Lama, iaitu Isaiah 34:14, nama Lilith tidak disebut secara langsung. Para
cendiakawan Bible mempercayai bahawa Lilith merupakan apa yang Bible gambarkan
berkenaan ‘makhluk jahat yang tinggal di kawasan runtuhan bangunan yang muncul
pada waktu malam’. Kitab tersebut juga menganggap Lilith sebagai semangat
jahat, tidak suci, dan merbahaya.
Kitab Genesis Rabbah menceritakan berkenaan dia sebagai isteri Adam yang pertama, dimana tuhan mencipta Adam dan Lilith secara serentak. Lilith mempunyai semangat yang kuat, merdeka, dan mahu menjadi setaraf dengan Adam. Dia enggan dianggap kurang penting dari Adam dan tidak mahu berada dibawahnya ketika bersama.
Perkahwinan mereka hancur, dan mereka gagal mencari kebahagiaan. Menurut Robert Graves dan Raphael Patai di karya mereka, The Herbrew Myths, Adam mengadu kepada tuhannya perihal pasangannya yang meninggalkannya. Tuhan pun menghantar malaikat-malaikat untuk mencari dan memanggil pulang Lilith ke pangkuan Adam. Namun dia enggan. Akhirnya tuhan mencipta pasangan kedua bagi Adam, iaitu Eve.
LILITH DAN FEMINISM
Salah sebuah isu majalah Lilith. Gambar diambil dari laman lilith.org
Meskipun Lilith
dilihat sebagai syaitan, penggoda, dan kambing hitam sepanjang perjalanan sejarah,
bagi pihak feminis, Lilith mula diangkat sebagai sebuah simbol utama mereka
ketika permulaan gerakan mereka ketika 1970 an kerana bagi pihak feminis,
Lilith ialah seorang perempuan yang bebas dari kawalan seorang lelaki dan mampu
membuat pilihannya sendiri sekaligus, menentukan takdirnya sendiri.
Berdasarkan penceritaan dari Bible, Lilith berpendapat bahawa disebabkan penciptaan dia dan Adam adalah dari tanah yang sama, maka mereka sepatutnya setaraf. Keengganan dia tunduk kepada Adam menyebabkan mereka bergaduh, dan akhirnya bercerai. Kisah ini menjadi penyebab utama kenapa pihak feminis mengangkat Lilith menjadi simbol dan idola mereka.
Nama Lilith
diabadikan di beberapa media, seperti sebuah program celik huruf negara, sebuah
majalah terbitan feminis Yahudi telah diterbitkan pada tahun 1976, Majalah
Lilith, dan sebuah festival muzik tahunan, ‘Pesta Lilith’.
RUMUSAN
Kepercayaan masyarakat lama yang wujud akibat kadar kem4t1an ketika melahirkan anak yang tinggi suatu masa dahulu telah menganggap Lilith sebagai syaitan atau semangat yang mengambil ny4wa ibu dan bayi baru lahir. Lilith juga dianggap sebagai wanita sebelum Eve bagi Bible.
Hasil inspirasi
kisah dari Bible berkenaan Lilith yang menolak dari tunduk kepada Adam telah
menyebabkan pihak feminis mengangkat Lilith sebagai idola utama dalam
perjuangan mereka kerana kisah beliau yang menolak dari tunduk kepada Adam, dan
menganggap mereka adalah setaraf.
Nama Lilith telah
digunakan di dalam media-media terkini yang melibatkan novel, tayangan filem, permainan
video, dan anime & manga, sama ada secara langsung atau tidak langsung,
seperti novel Lilith (1895), filem Evil Angel, permainan video Darkstalkers, dan siri Neon Genesis Evangelion.
Walaupun Lilith
mempunyai cerita yang berlainan versi berdasarkan catatan-catatan lama seperti
Epik Gilgamesh, Talmud dan Bible, kesemua catatan tersebut mempunyai pendapat
yang sama berkenaan Lilith, iaitu makhluk yang dianggap jahat dan mempunyai
banyak gelaran yang kurang baik, sekaligus memperkayakan lagi dunia penceritaan
dan media masa kini.
RUJUKAN
1) Klimczak, N. (2016,
Mei 17). Lilith: Ancient Demon, Dark
Deity or Sensual Goddess?. Diambil pada 8 November 2019 dari https://www.ancient-origins.net/myths-legends/lilith-ancient-demon-dark-deity-or-sex-goddess-005908
2) Sartore, M. (2019,
Oktober 29). Meet Lilith, The Woman In
The Garden Of Eden The Bible Doesn’t Want You To Know About. Diambil pada 8
November 2018 dari https://www.ranker.com/list/biblical-facts-about-lilith/melissa-sartore
3) Gaines, J. H.
(2018, Mac 15). Lilith. Diambil pada
8 November 2019 dari https://www.biblicalarchaeology.org/daily/people-cultures-in-the-bible/people-in-the-bible/lilith
4) Pelaia, A. (2019,
April 16). The Legend of Lilith: Adam’s
First Wife. Diambil pada 8 November 2019 dari https://www.learnreligions.com/legend-of-lilith-origins-2076660
5) Lesses, R. (2009,
Mac 20). Lilith. Dari Jewish Women’s
Archive. Diambil pada 8 November 2019 dari https://jwa.org/encyclopedia/article/lilith
6) Nicolaou, E. (2019,
September 12). Who Is Lilith & Why Is
She Suddenly In Every Teen Show?. Diambil pada 8 November 2019 dari https://www.refinery29.com/en-us/2019/09/8362537/who-is-lilith-bible-adam-story-tv-show
7) Leitch,
A. (2018, April 14). Lilith: From
Demoness to Dark Goddess. Diambil pada 12 November 2019 dari
https://occult-study.org/lilith-from-demoness-to-dark-goddess/




No comments yet