Aspirasi kolonialisme dan impian imperialisme tersungkur menemui aj4l selepas P3rang Dunia Pertama. Oleh kerana pep3rangan besar telah berlaku, terbentuk peta dunia yang dilakarkan semula. Austria-Hungary, Jerman, Rusia dan Uthmaniyah tersungkur dan dibubarkan. Di sebalik timbunan abu kedaulatan mereka, wujud pula blok-blok baharu yang bertelagah. P3rang Dunia Kedua kemudian membahagikan dunia antara komunisme yang mengimpikan kawalan dan pengawasan, dan kapitalisme yang menjulang kebebasan dan demokrasi.

Di belakang tabir dua peperangan besar ini, demokrasi telah berputik dan berkembang secara berperingkat. Sudah menjadi fitrah manusia untuk hidup bebas tanpa kongkongan. Tetapi ideologi merupakan pembaharuan demi pembaharuan daripada usaha-usaha berzaman. Demokrasi semestinya bukan sebuah perkara baharu dalam abad ini, kerana perkataan parlimen itu sendiri buat julung kalinya digunakan pada tahun 1295 selepas reformasi yang dicetuskan Raja Inggeris Edward I.

Sekitar abad ke-19 hingga ke-20 pula, demokrasi mula mencapai kematangan kepada sebuah bentuk hampir serupa dengan apa yang dikenali pada hari ini. Namun pada zaman tersebut, wanita tidak menikmati manfaatnya secara sepenuhnya. Pada tahun 1893, sebuah gerakan hak suara dimulakan yang memperjuangkan keizinan supaya wanita boleh mengundi dalam pilihanraya. New Zealand merupakan negara pertama yang menyahut seruan women’s suffrage ini, sekaligus membenarkan wanita mengundi.[1]

Kejayaan tersebut hanyalah batu loncatan semata-mata, kerana sokongan global masih lagi jauh meskipun dengan kejatuhan sebuah autokrasi iaitu Empayar Rusia. 40 tahun selepas gerakan hak suara tersebut dilancarkan, sebuah musibah besar berlaku di Eropah. Adolf Hitl3r telah bangkit dengan kemutlakan kuasa yang dasar-dasar dalam dan luar negaranya telah mengubah keadaan geopolitik sedunia. Kem4tian H1tler pun tidak menjaminkan kerelevanan demokrasi, kerana kekalahan Jerman menyaksikan pula pertembungan antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet menerusi P3rang Dingin yang berlarutan selama 45 tahun lamanya.

Hanya 10 tahun terakhir bagi abad ke-20 yang sangat penting bagi demokrasi. Pada 3 Oktober 1990, dua republik Jerman yang terbelah sejak P3rang Dunia Kedua telah bersatu bagaikan adik-beradik lama terpisah. Sekitar waktu itu juga, pemerintahan apartheid di Afrika Selatan mula meluntur yang empat tahun kemudian meletakkan negara tersebut dibawah kerajaan Nelson Mandela. Yang paling penting, riwayat Kesatuan Soviet ditamatkan selepas segala usaha pemulihan dan pemuliharaan dibawah Mikhail Gorbachev, khususnya perestroika dan glasnost, menemui kebuntuan.

1 Januari menandakan tarikh baharu bagi 2000, abad ke-21 dan juga alaf ketiga. Demokrasi pada hari tersebut dilihat sangatlah ampuh, sehingga Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) boleh menentukan dasar-dasar luar negara sesuka hati sehingga menyebabkan pep3rangan atas nama demokrasi di Afghanistan dan Iraq. Rantau Timur Tengah (atau lebih meluas lagi, Dunia Arab secara keseluruhan) kemudian menerima arus demokrasi dinamakan Kebangkitan Dunia Arab dengan tuntutan-tuntutan hak asasi manusia, kebebasan ekonomi dan pilihanraya bebas yang merupakan intipati demokrasi sendiri.

Semangat kebangkitan tersebut menumbangkan beberapa kerajaan seperti Hosni Mubarak yang mencengkam Mesir. Maka di sini seharusnya dijelaskan terlebih dahulu definisi, erti, istilah dan perjalanan demokrasi yang sangat luas dari segi sejarahnya. Seperti yang semua tahu, demokrasi mempunyai etimologi Yunani iaitu dēmokratía yang bererti penguasaan rakyat.[2] Namun demokrasi yang diamalkan terdahulu sememangnya berbeza dengan reka bentuk kerajaan moden kini.

Selama 186 tahun Athens dipimpin melalui sistem demokratik berautonomi yang makmur tetapi agresif. Antara 508 S.M. hingga 322 S.M, demokrasi di Athens sangatlah subur. Sistem ini melangkaui proses pilihanraya semata-mata. Dengan sebuah badan perwakilan, rakyat sentiasa menyertai debat dan pemilihan secara terbuka untuk mengundi tindakan seterusnya terhadap isu-isu semasa dan hal-hal ehwal peperangan. Rakyat pun boleh hilang kuasa mengundi jika melakukan kesalahan-kesalahan berat, misalnya tidak dapat melangsaikan hutang kepada perbendaharaan negara.

Demokrasi Athens bangkit melalui pemerhatian sosial bahawa raja-raja berpuak dalam sistem tribalisme sangatlah lemah bagaikan ketua-ketua kampung semata-mata. Tanpa kesatuan dinamik, tiada apa boleh dilakukan. Dalam zaman tersebut, ketiadaan jaminan merupakan satu ancaman paling besar bagi kemandirian masyarakat. Namun bentuk demokrasi terjalin merupakan sistem mutlak yang mana rakyat menentukan segalanya melalui sebuah hierarki. Sifatnya pula tidaklah terbuka. Walaupun dibenarkan mengundi, rakyat marhaen tidak boleh bertanding angkara piawaian kasta Thetai mereka. Hanya kasta atasan sahaja yang boleh bertanding untuk mewakili Ecclesia (Perwakilan).

Kejatuhan demokrasi Athens juga mempunyai ironi yang boleh dikaitkan sehingga hari ini. Menurut Dr. Michael Scott dari Universiti Cambridge, kestabilan Athens ranap susulan sebuah kemelut ekonomi teruk iaitu apabila ahli-ahli politik menyalahgunakan perbendaharaan negara dalam masa menyertai peperangan-peperangan tidak produktif dan gagal menempuhi masalah imigrasi (Unversiti Cambridge, 2009). Kejayaan awal demokrasi Athens pun, berdasarkan buku From Democrats to Kings, telah memutihkan sejarah pahitnya penuh dengan darah angkara kepimpinan sistem oklokrasi.

Sejarah berulang di Eropah, yang paling tepat sekali di Jerman apabila Paul von Hindenburg melantik Hitler ke tampuk ketua kerajaan, yang kemudiannya menyebabkan rangkulan kuasa penuh. Oklokrasi sekali lagi berulangan, yang sebarang kesinambungan ekonomi Jerman runtuh dalam sebuah kemelut ekonomi teruk apabila perbendaharaan negara menyalurkan dana untuk pep3rangan merugikan. Kerajaan Jerman juga menguruskan imigrasi dengan cara z4lim, sambil memutihkan sejarah pahitnya.

Berdirinya Jerman pun sebenarnya diatas usaha demokrasi sekitar tahun 1883, apabila Otto von Bismarck mengetuai negara. Setelah mengharamkan sebuah parti, beliau memperkenalkan cadangan-cadangan sosialisme yang menyebabkan Jerman negara kebajikan pertama. Sahutan Bismarck bergema ke seluruh Eropah Barat, seperti Perancis dan United Kingdom. Malah angin “demokrasi sosialis” ini turut membadai Amerika Syarikat yang mempengaruhi bermula dengan pemerintahan Woodrow Wilson.

Dasar-dasar “New Freedom” dan “New Deal” ialah cerminan demokrasi sosialis yang memerangi bencana-bencana daripada Kemelesetan Besar (Great Depression). Campurtangan ekonomi yang bertentangan dengan ajaran kapitalisme dan liberalisme menjadi kegiatan utama, disulamkan lagi dengan had-had ditetapkan demokrasi. Maka dengan sosialisme ini, zaman awal Perang Dingin mendapati peserta-peserta pep3rangan utama seperti Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet menikmati pertumbuhan ekonomi yang mapan.

Malah Jepun yang hancur akibat pengeb0man Hiroshima dan Nagasaki pun membina semula dengan piagam sosialisme dalam platform demokrasi. Keajaiban-Keajaiban di Rhine dan Sungai Han menceritakan kejayaan pembinaan semula di Jerman (termasuk Austria) dan Korea Selatan. Perancis yang dijarah Jerman Nazi pun membangun secara pesat. Itali meninggalkan f4sisme, bertanggapannya sebagai najis Benito Mussolini, untuk membangun bersama demokrasi.

Hampir 30 tahun demokrasi sosialis berpencak dalam platform global, hanya untuk tersungkur selepas Krisis Tenaga 1970-an apabila gangguan geopolitik di Timur Tengah mengancam keamanan. Kedatangan pasaran terbuka, penswastaan, perdagangan bebas dan globalisasi ekonomi telah menimbulkan tanda tanya terhadap demokrasi sosialis, yang mengembalikan semarak api liberalisme sehinggalah ekonomi terhempas pada tahun 2009.

Dewasa ini, figura-figura politik seperti Bernie Sanders dan Jeremy Corbyn mengiktirafkan kepentingan demokrasi sosialis. Manakala ramai juga dalam negara-negara Barat menjulang demokrasi liberalis. Walau apa pun, demokrasi sosialis masih diamalkan di negara-negara Scandinavia iaitu Denmark, Finland, Iceland, Norway dan Sweden. Lebih menakjubkan, Laporan Kebahagiaan Dunia yang diterbitkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati keempat-empat negara ini merupakan negara paling bahagia di dunia.

Sistem kebajikan yang dipupuk sejak abad ke-20 masih lagi dipraktikkan pada hari ini. Rantau Scandinavia berprestasi tinggi dalam jangka hayat rakyat, kebebasan pilihan hidup, kesamarataan ekonomi, kesihatan awam yang menjaminkan kualiti hidup melalui pertumbuhan KDNK stabil serta pembangunan manusia. Demokrasi sosial juga memberikan manfaat besar supaya sebuah negara boleh merangkul kedudukan tinggi dalam kebebasan manusia seperti amalan media, buruh dan ekonomi yang mendatangkan keamanan melalui pembasmian korupsi.

Sungguhpun menyimpan tatacara-tatacara sosialisme, demokrasi ini masih lagi mengutamakan kapitalisme. Penekanan negara kebajikan amatlah diperlukan kerana kapitalisme boleh melampaui batasan kemanusiaan. Sebagai contohnya, teori-teori kapitalisme terhadap pengangguran dan jaminan kerja boleh menyebabkan masing-masing mengalami inflasi dan kerosakan disiplin buruh. Maka demokrasi sosialis diperlukan untuk mengimbangi keadaan, walaupun tidak boleh melakukan apa-apa terhadap budaya ambil kesempatan dan pengusiran.

Manfaat kewangan terhadap pengangguran atau pengecualian cukai juga boleh mengganggu imbangan bajet, yang jika tidak diuruskan dengan baik boleh merosakkan lagi keutuhan demokrasi dalam negara. Jadi terdapat juga pendapat bahawa negara kebajikan hanya memanjangkan masalah-masalah dalam masyarakat.

Liberalisme Mencucuk Demokrasi 

Dewasa ini mungkin liberalisme sedang mencengkam demokrasi untuk memperlihatkan dasar-dasar pasaran terbuka tanpa sebarang pengaruh sosialisme. Namun itu sebenarnya bukanlah ideologi demokrasi utama, kerana setiap negara mempunyai acuan tersendiri. Perjalanan demokrasi sebenarnya jauh daripada asal-usul terlalu lama. Malah sebelum pembentukan sebuah piagam demokrasi pertama di Athens, manusia sudahpun mengamalkan semangat konsensus dan mesyuarat.

Pakar antropologi mendapati serpihan-serpihan demokrasi sudahpun wujud dalam kalangan manusia agraria terdahulu. Sebuah pakatan yang dijalinkan dengan darah daging dipegang erat melalui keputusan konsensus tanpa keperluan ketua pun. Bermakna demokrasi pada asasnya sudah menjadi sebahagian daripada naluri manusia yang menyukai kebebasan dan hak bersuara. Sebarang usaha untuk menyekat hak asasi manusia ini tidak mungkin boleh bertahan lama, seperti yang terjadi terhadap blok komunisme yang satu demi satu republik meninggalkan ideologi lapuk itu.

Sepanjang zaman, demokrasi mempunyai pelbagai bentuk yang berjeniskan lima sahaja. Kadangkala wujud juga inisiatif yang mencairkan demokrasi untuk menerima semua jenis yang tersenarai. Rakyat diberikan kuasa tulen untuk menentukan dasar melalui wakil dalam sebuah sistem sama ada berpresiden atau berparlimen yang kadangkala menyaksikan penyertaan luar biasa. Perkara ini juga tertakluk pada kestabilan sebuah negara, terutamanya kemapanan ekonomi yang mencerminkan pengiktirafan atau amarah rakyat.

Namun halatuju demokrasi pada hari digelumangi pelbagai jenis masalah yang mencabar legitimasinya. Pilihanraya yang dianjurkan mengikut tempoh mewajibkan setiap kerajaan bertindak dengan bijak. Sebagai laluan mudah, kerajaan boleh mengambil kesempatan untuk menipu keputusan sekaligus melemahkan pegangan demokrasi sah. Malahan, sekalipun keputusannya benar dan berlaku kekalahan, segala kebaikan daripada kerajaan tersebut berakhir. Kerajaan baharu pula akan menekankan solusi kepada masalah-masalah jangka panjang, sambil mendatangkan dasar-dasar yang membawa masalah baharu pula.

Walaupun kerajaan telah menetapkan dana untuk anjuran pilihanraya, setiap ahli-ahli politik perlu menjana kewangan sendiri bagi tujuan berkempen seperti sewaan hotel sebagai contohnya. Disini timbul dua masalah utama, sama ada parti pemerintah menyalahgunakan perbendaharaan negara ataupun derma-derma bersyarat daripada para hartawan. Secara kebiasaannya, golongan berduit menderma untuk parti yang menjaminkan pelepasan cukai supaya mereka boleh meluaskan lagi simpanan mereka.

Masalah hanya bermula di situ, kerana persaingan politik seringkali membahagikan rakyat dengan taktik pecah belah serta konflik am. Sangatlah susah untuk sebuah negara mencapai penyatuan nasional pada ambang pilihanraya, yang mana kegagalan tidak mustahil menyebabkan demonstrasi besar-besaran. Kadangkala kegagalan itu bukanlah berpunca daripada kemapanan sebuah kerajaan pun, kerana kekeliruan pengundi yang tidak berupaya membuatkan keputusan betul berdasarkan dasar menyebabkan demokrasi gagal berfungsi dengan baik.

Rakyat pula tidak wajar dipersalahkan di sebalik kekeliruan yang melanda. Perkara sebegini berlaku kerana kekurangan maklumat akibat saluran yang berat sebelah. Apabila wang mendatangi politik, mesej-mesej am selalunya mempunyai kecenderungan tertentu. Kebebasan media juga tidak semestinya menjaminkan saluran maklumat yang adil. Pada ambang pilihan raya Presiden 2016, Amerika Syarikat terbelah dengan retorik-retorik daripada Donald Trump mengenai emel-emel Hillary Clinton dan juga spekulasi Joe Biden selama 250 hari.

Didihan ahli politik tanpa henti boleh menyimpangkan para pengundi secara besar-besaran pun. Rakyat tidak berupaya untuk merangkul kuasa politik, sekaligus mudah dipengaruhi. Hal ini juga merupakan lumrah sebagai manusia yang mengambil kesempatan dalam kelemahan sistem. Walau apa pun, matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Penyalahgunaan platform hanya menguntungkan golongan atasan, suatu perkara yang rakyat perlu ketahui untuk menjaminkan dinamisme suara mereka dalam gelanggang pemerintahan. Meskipun demokrasi berdiri sebagai tawaran kebebasan kepada rakyat, terdapat juga lubang-lubang yang sang penguasa boleh eksploitasi untuk mengekalkan pemerintahan.

RUJUKAN: 

[1] “Women’s Suffrage Petition – Te Petihana Whakamana Poti Wahinenatlib.govt.nz. Retrieved 4 December 2018.

[2] “Democracy”. Online Etymology Dictionary

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

ANGAH SUNAN merupakan pendakwah bebas, penerbit dan penulis prolifik. Anak Jati Pulau Manis, Terengganu ini telah menghasilkan beberapa buah buku merangkumi bidang fiqh, tauhid - tasauf, travelog sejarah dan terjemahan (arab - melayu). Selain itu, pengajar bertauliah Majlis Agama Islam Selangor ini juga pernah terlibat dalam pembikinan Dokumentari Merah Laut Sulu di Jolo, Selatan Filipina pada tahun 2015. Link FB : www.facebook.com/angahsunan

Comments are closed.