Hai Melayu yang hanya mampu melihat dan tergamam…
Buat pengetahuan kalian yang duduk di Facebook dan tidak tahu apa yang berlaku di Twitter, saban hari pasukan liberal dan feminist sesat menyebarkan dakyah (feminist sesat: yang kata rambut bukan aurat, yang kata lelaki boleh berimamkan wanita, yang kata larangan berpuasa semasa haid merupakan hinaan buat wanita). Tidak mengejutkan, ramai menyambut ideologi mereka. Tanya adik-adik atau anak-anak kalian yang bermain Twitter. Sesekali semaklah ideologi yang mereka pegang. Pasukan liberal dan sekular memang tumbuh segar di Twitter.
Hari ini juga saya nak beritahu pada pakcik makcik kakak abang yang tak main Twitter, tu anak-anak muda di sana sedang galak mempersoalkan kedudukan Islam yang diletak di tangga teratas dalam tingkatan agama yang ada di Persekutuan Malaysia, mereka dah mula menyoal kedudukan Agong dan para sultan serta raja, mereka perlekehkan dan melabel kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera sebagai rasis.
Ya pakcik makcik kakak abang, kebanyakan Melayu di Twitter bukanlah seperti kebanyakan Melayu di Facebook. Kebanyakan Melayu di Facebook masih ramai yang sayangkan Sultannya, Islamnya, kedudukan istimewa Melayu dan bumiputera, walau apa jua pandangan politiknya. Melayu di Twitter kebanyakannya anak muda, yang entah tahu entahkan tidak asal usulnya, asal usul tanah airnya, asal usul keberadaan Persekutuan Malaysia. (Ada juga yang main kedua-duanya, Facebook dan Twitter. Golongan macam ni boleh menyaksikan perbezaan lanskap pemikiran dua dunia.)
Di Twitter juga, mereka sudah tidak segan silu memprovok dan memulakan bibit bibit hasutan untuk menggugat sokongan orang ramai terhadap institusi istana. Di sana, tidak ‘cool’ dan ‘kampung’ la kalau pertahankan apa yang tercatat dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kalau pertahankan, KAU RACIST, BIGOTED, PRIVILEGED. Jadi, Melayu Islam yang rendah jati diri ni pun layu. Senyap membatu sebab kalau bersuara lebih-lebih, menongkah arus pula – takut hendak pertahankan diri.
Hari itu sebelum pilhanraya, yang berdendang kepada Melayu kita adalah jangan risaukan hak Melayu dan Islam. Kita ada YDPA kan? Kita ada PM Islam kan? Sebaliknya yang berlaku selepas PRU ialah Agong dihina atas kelewatan urusan angkat sumpah lantikan PM, Agong dihina kerana meminta nama lain selain Tommy Thomas sebagai AG, nah sekarang sehari selepas AG Tommy diberi perkenan, sudah mula pula sebaran dokumen belanjawan dan belanja YDPA? Oh TRANSPARENT. Transparent dia kata. Transparent dan telus tu hanya apabila keadaan tu menguntungkan kehendak golongan yang berkehendak. Apa kehendaknya? Dukungan kepada institusi diraja merudum dan lama-kelamaan runtuh.
Serangan kepada reputasi dan imej ni bukan benda barulah dalam dunia politik. Runtuhnya empayar empayar besar dan sistem monarki dunia banyak bermula dengan serangan terhadap imej dan reputasi. Serangan ke atas khalifah Islam dahulu adalah bermula dengan persepsi. Baca kenyataan di bawah yang dipetik dari jurnal yang membahaskan mengenai kejatuhan khalifah:
“Bilamana Muslim mempertahankan agama dan moral mereka, pegangan mereka, bilamana mereka cuba melawan kesesatan, kejahatan yang melanggar agama mereka, lelaki dari Ankara akan berkata: lihatlah mereka ini mahu menggunakan agama sebagai alat politik.
Tetapi, ini merangkumi soal akidah, maruah, dan moraliti yang benar, pendidikan dan warisan nenek moyang. Bilamana seseorang cuba mempertahankan prinisp ini, mereka akan mengatakan bahawa seseorang ini cuba mencampurkan agama dan politik.”
Sekarang kau nampak pada orang Islam dan orang Melayu kan?
– Bila kita nak pertahankan agama kita, maka mereka menyatakan kita “penunggang agama.”
– Bila kita nak pertahankan hak, sejarah, nama bangsa dan budaya kita, mereka menamakan kita “perkauman.”
Ya, sejarah berulang lagi. Islam hilang khalifah, Turki hilang agamanya kerana label-label awal yang berlaku sekarang. YDPA sedang dibogelkan dengan persepsi dan fitnah macam yang berlaku pada Khalifah Abdul Hamid dulu. Anak Melayu yang beragama Islam yang mempertahankan agama dan bangsanya akan dikaitkan dengan UMNO dan PAS.
Siri serangan kepada kita bukan baru bermula. Sejak lepas merdeka lagi ada yang tidak senang dengan kedudukan Islam dan orang Melayu, tapi tak apa, orang macam saya senyap saja sebab beri peluang orang lain bersuara. Kalau kita bercakap nanti dikata kita rasis. Bila disuruh kaji dan dalami sejarah, oh dikata kita dah dicuci otak oleh UMNO. Saya nak tanya, kerja UMNO sahaja ke pertahankan apa yang diwariskan kepada generasi hari ini? Adakah kalau mempertahankan Sultan, mempertahankan institusi beraja, mempertahankan kedudukan Melayu dan bumiputera, tanah rezab orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu – menjadikan kita orang Melayu UMNO? Tidakkah ada Melayu dalam PKR? Dalam PPBM? Dalam PAS? Kenapa dilabel perjuangan ini sebagai perjuangan UMNO?
Melayu yang tiada jati diri sahaja menyulamkan perjuangan ini dengan nama parti. Anda tak perlu jadi ahli mana-mana parti untuk menjadi patriotik, untuk menjaga kedudukan dan keistimewaan di atas. Saya sengaja tidak menggunakan terma ‘HAK KEISTIMEWAAN’ sebab golongan bijak pandai liberal yang kebanyakannya peguam akan mudah serang perkataan ini. Saya sendiri diajar dalam kursus BTN bahawa terma yang tepat adalah ‘kedudukan istimewa’ dan bukan ‘hak keistimewaan’.
Oh ya, patutlah hendak dimansuhkan BTN, takut nanti lahir golongan vokal macam saya. Oh saya nak beritahu, kalau tak kerana BTN pun saya tetap begini. Pendirian yang saya pegang ini tidak kerana BTN tetapi kerana sejarah. Saya manusia yang banyak membaca, saya sukakan sejarah, saya sukakan isu sosial dan kemasyarakatan, saya suka memerhati saja perjalanan politik jauh sebelum menghadiri kursus BTN pada usia 20 tahun. Entahlah apa keadaannya dengan generasi baru yang beribu-bapakan generasi saya. Generasi ibu bapa sekarang bolehkah menerapkan kembali jati diri dan kebanggaan terhadap identiti diri dalam kalangan anak-anak sendiri? Ke akan dididik dengan fahaman Malaysia Baru yang inginkan semuanya sama rata?
Sekarang kita dipujuk, ‘Apa nak risau, PM melayu, menteri banyak Melayu, Agong pun ada’. Habis tu sekarang ni pergi buat serangan kepada institusi beraja kenapa? Okay kalau tiada raja dan sultan, boleh pakai lagi ke hujah ‘Takpe PM kita Melayu’? Siapa nak halang kalau lepas ni pun PM kita bukan Melayu kan? Iyalah kalau dah tak adaAgong, Melayu pulak membatu lepas tu ulang skrip “Habis tu yang merosakkan negara selama ni bukan Melayu ke? Yang rasuah bukan Melayu ke?”.
Nak tanya sini, MEMANG MELAYU ISLAM SEMUA ROSAK KE? Memang modal lain tak ada ke? Oh kalau Melayu corrupt, semua Melayu lain tak boleh diharap ke? Yang beria pertahankan kesamarataan ni tolong ya bagi saya beberapa negara kat dunia ni yang bukan negara Islam tetapi orang Islam boleh duduk tinggi, diangkat jadi pemimpin. Till then, keep on sembang adil dan sama rata.
Kepada pemimpin politik yang takut bersuara sebab sayangkan kuasa dan takut akan ketua: Shame on you.
Kepada rakan-rakan saya yang berpendirian berbeza: Let me just speak because I have been silent for years to not cause anyone else’s discomfort.
I’ve said this and I’m saying this again: Saya pro-Malaysia, saya pro-perlembagaan, selagi Malaysia pro-Islam, pro-istana, pro-Melayu, pro-bumiputera. Nah, saya kongsikan kepada anda untuk menatap dengan mata kepala, melihat bagaimana anak-anak Melayu dan Malaysia kita di Twitter.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih