Di dunia Barat, nama Christopher Columbus dianggap kontroversi atas pelbagai sebab. Sesetengah melihatnya sebagai seorang penjelajah yang berjaya menemui Dunia Baru. Tetapi bagi sesetengah yang lain terutama komuniti asli Amerika (Native American), Columbus merupakan seorang diktator dan pembohong bersiri.

Terdapat banyak kisah yang memperlihatkan dirinya sebagai seorang pembohong. Sesetengah bohong dibuat bagi menyelamatkan diri seperti kisah gerhana bulan penuh yang berlaku pada 1504. Jika tidak kerana akal belut yang dimilikinya, memang teruklah Columbus dan saki-baki krewnya yang terkandas di utara Jamaica ketika itu dikeroyok orang asli Arawak.

Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

Hal sama turut terpakai kepada pelayaran pertamanya. Sebelum ekspedisi pelayarannya dibiayai oleh pihak Sepanyol, bukan sekali Columbus berusaha mendapatkan pembiayaan daripada Raja John II (Portugal) dan Raja Henry VII (England).

Bagaimanapun, usaha tersebut berakhir dengan kegagalan lebih-lebih lagi selepas mereka meragui pengiraan jarak yang dibuat beliau. Ini kerana pengiraan Columbus menyangka benua Asia terlalu luas dan gagal mengambil kira keluasan Lautan Atlantik – lebih tepat saiz bumi itu sendiri. Hal ini turut disedari oleh penasihat-penasihat Raja Ferdinand II Aragon dan menasihati baginda agar menolak cadangan Columbus.

Replika kapal layar Pinta, Nina dan Santa Maria yang digunakan Columbus dalam pelayaran pertamanya.

Selepas melobi baginda untuk mempertimbangkan semula cadangan itu, barulah Ferdinand II bersetuju. Tetapi dengan mengambil kira ekspedisi ini pada dasarnya misi bunuh diri, baginda menitahkan sebahagian krew dianggotai oleh banduan yang dikenakan hukuman mati – empat orang daripada setiap 90 orang anak kapal.

Ekspedisi pertama Columbus ini bertolak dari Canary Islands sekitar 6 September dengan pelayaran ke Dunia Baru mengambil masa selama lima minggu. Tetapi bagi orang Eropah dulu-dulu, mereka anggap Lautan Atlantik ini sebagai lautan yang tak berpenghujung. Mana-mana kapal yang berlayar di situ melakukan kerja sia-sia di mana mereka akan mati kelaparan dan kehausan selepas kehabisan bekalan atas kapal.

Jadi, boleh fahamlah mengapa ramai anak kapal Columbus merasa tidak percaya dengan pengiraan kapten mereka. Bagi mengatasi isu ini, beliau menunjukkan log catatan kapalnya dengan mereka dan memberi jaminan akan menemui darat tidak lama lagi.

Peta Colombus yang dihasilkannya dan adiknya, Bartolomeo.

Tanpa mereka sedar, log kapal yang ditunjukkan Columbus kepada mereka itu palsu. Terdapat dua buah log kapal dalam simpanan iaitu yang asli dan yang palsu. Untuk log palsu ini, Columbus hanya menulis jarak yang kecil dari kedudukan mereka di laut dengan Sepanyol. Krew yang melihatnya menyangka jika pelayaran tidak berhasil, maka mereka dapat pulang segera ke tanah air.

Seperti mana kisahnya dengan ketua orang asli Arawak, penipuan Columbus pun bertujuan nak selamatkan diri daripada pemberontakan anak kapal. Hal sebegini bukan perkara baru dalam Era Penjelajahan. Malah, penjelajah terkenal Ferdinand Magellan juga berdepan pemberontakan anak kapal semasa berlayar berhampiran dengan Patagonia, Argentina.

Pada awalnya, helah ini berkesan menenangkan emosi anak-anak kapal. Bagaimanapun, selepas berhari-hari tidak melihat daratan, ada yang sudah mengesyaki log Columbus yang ditunjukkan kepada mereka itu palsu. Tetapi Columbus mempertahankan integriti lognya dan menegaskan ianya benar. Malah, beliau berjanji akan berlayar pulang ke Sepanyol sekiranya mereka tidak menemui daratan dalam tempoh dua hari. Keesokan harinya pada 11 Oktober, mereka nampak daratan.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tetapi sikap penipu Columbus mula kelihatan terutama dalam kes seorang kelasi bernama Rodrigo de Triana. Sebelum bertolak ke Dunia Baru, Ferdinand II menjanjikan pencen tahunan lumayan kepada mana-mana individu daripada krew Columbus sekiranya mereka berjaya menemui daratan. Bagi mana-mana pelayar termasuk Columbus, siapa yang tak nak ganjaran sebegitu.

Jadi, apabila salah seorang krew bernama de Triana mengesan daratan dengan jeritan, “Tierra! Tierra! (Daratan! Daratan),” nampaknya pencen Ferdinand II bakal menjadi miliknya. Tetapi Columbus mendakwa telah melihat daratan terlebih dahulu malam sebelumnya sekaligus membolehkan beliau menuntut hadiah pencen Raja Sepanyol itu. Berang dan kecewa diperlakukan sedemikian, de Triana kemudiannya membunuh diri tidak lama selepas ekspedisi pertama Columbus pulang ke tanah air.

Tetapi penipu akhirnya terkena dengan helah yang sama. Disebabkan kecenderungannya yang suka menipu ramai orang termasuk Ferdinand II mengakibatkan Perjanjian Santa Fe yang dimeterai antara Columbus dengan baginda gugur sama sekali. Menerusi perjanjian ini, Columbus dijanjikan jawatan laksamana dan wizurai serta sebahagian harta yang diperoleh dari Dunia Baru sekiranya berjaya dalam pelayarannya. Tetapi reputasi buruk yang menyelubunginya mendorong Ferdinand II mempertimbang semula perjanjian berkenaan.

Bagaimanapun, melainkan jawatan wizurai (dengan kuasa terhad), harta Dunia Baru langsung tidak diperoleh oleh beliau. Ini membawa kepada kes saman oleh waris-waris Columbus terhadap Dinasti Castille yang dikenali sebagai Pleitos colombinos yang berlaku antara 1508 hingga 1536. Bagi menamatkan pertikaian ini, tribunal memutuskan waris Columbus diisytiharkan sebagai pemilik tanah di Jamaica, Hispaniola, Santo Domingo dan Veragua serta bayaran tahunan berjumlah 10,000 ducat (duit syiling emas yang popular dari abad ke-13 hingga abad ke-19).


Ada banyak lagi buku-buku menanti ada di pautan Shopee kami. Pelbagai jenis genre dan jenis tersedia untuk dibeli. Kalian dipelawa layari Shopee kami: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

Faram, A. (2014, 3 Ogos). The Columbus Myth. Ancient-Origins.

Beatty, B. (2022, 20 Julai). The Deception of Christopher Columbus and his Secret Captain’s Log. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply