Antara ciri-ciri dingin yang perlu dielakkan dalam mengendalikan suatu masalah ialah memperlekehkannya. Ciri-ciri ini memang tepu dalam kalangan orang ramai terutamanya golongan yang menggunakan helah pembetulan politik (political correctness).
Pembetulan politik ini mudah saja. Jangan cakap itu – takut mereka tersinggung. Jangan cakap ini – jaga toleransi dan tatasusila. Tetapi bila majoriti terpalit, boleh pula suruh bersabar. Kedinginan ini makin dirasai Melayu.
Jadi apa-apa kenyataan yang dikeluarkan kalau menentang arus telah serta-merta dilabel apologis. Memandangkan juga gejala mabvk semakin menjadi-jadi, ramai orang telah menyertai angka korban angkara ketandusan tanggungjawab.
Sedap meminum sampai hilang kawalan, merempvh sana-sini sampai menyebabkan kem4tian. Maka ramai dalam kalangan Melayu bergiat secara aktif untuk menghentikan perkara ini.
Salah satu caranya adalah dengan cara mengetatkan undang-undang. Difikirkan secara realistik, cadangan ini memanfaatkan semua pihak – termasuk bukan Islam juga. Tetapi biasalah – mesti kena banyak bunyi punya.
Seorang pengguna Twitter bernama Haikal Idris menyentuh tentang pemanduan mabvk yang merakamkan statistik kem4tian sebanyak 0.86% dan 0.85% bagi tahun 2017 dan 2018. Perkaitan kemudian dibuat dengan denggi pula.
Pada dasarnya, apa yang dikatakan memang betul. Lagi mudah untuk seseorang di Malaysia m4ti kerana seekor nyamuk, berbanding seorang pemabvk. Begitu kemas konteks perkaitan ini iaitu pemabvk berdarjatkan nyamuk.
Jadi persoalan Haikal ialah, “kenapa orang ramai tidak berbincang tentang penguatkuasaan kelajuan atau tali pinggang keledar/helmet?”
Sebelum logik semacam ini disentuh, perlu diingatkan bahawa Haikal juga pernah mempertikaikan tentang pengajian agama Islam di Malaysia.
Dan Haikal juga pernah bergurau tentang statistik HIV di Kelantan (Shafiqah, 2016). Cukup jelas keperibadian Haikal sebenarnya. Maka kembali kepada topik – perkaitan antara denggi dan mabvk dan kenapa tidak bincang tentang penguatkuasaan lain?
Padar dasarnya logik Haikal menewaskan hujah sendiri (self-defeating logic). Orang ramai tidak mempersoalkan penguatkuasaan kelajuan dan tali pinggang keledar kerana akta sedia ada sudah cukup tegas.
Laju sikit pun boleh mendatangkan bencana saman yang begitu mahal. Perlaksanaan AES ditentang orang ramai pun pada konteks kemampuan, bukannya kewujudannya. Tiada siapa (atau sekelumit minoriti) yang menafikan tentang kelajuan.
Memandangkan sudah ada akta, untuk apa perlu bising? Ibaratkan mempersoalkan kenapa orang kurus kering tidak berbicara tentang obesiti diri sendiri.
Jadi kenapa orang bising tentang pemanduan mabvk? Persoalan sebenarnya: kenapa pula orang tidak bising tentang pemanduan mabvk?
Statistik pemanduan mabvk yang menyebabkan kem4tian memang semakin menurun (Shahrim, 2020).
Tetapi berapa ramai orang yang pergi bukan aras utama. Orang tidak bising kerana statistik atau kekerapan. Sebaliknya kecenderungan gejala ini untuk menyebabkan kejadian tidak diingini yang menjadi fokus.
Menggunakan statistik untuk memperlekehkan tentang kem4tian ialah suatu perbuatan yang agak keji juga.
Seorang m4ti pun dikira besar juga, apatah lagi jika ramai m4ti secara berulang-ulang. Berapa keluarga kehilangan pautan kasih – perginya seorang suami, isteri dan anak. Memang benar Haikal tidak memberikan justifikasi. Tetapi bukan orang ramai saja kecoh.
Kementerian Pengangkutan dibawah Anthony Loke turut bersetuju untuk meminda akta sedia ada agar hvkvman boleh diberatkan – WALAUPUN statistik semakin menurun.
Sentimen sedemikian dikongsi di Amerika Syarikat pun. Pemanduan mabvk merupakan gejala disanggap salah di sisi undang-undang sana.
Enam bulan penj4r4 ialah hvkvman paling minimum, tertakluk kepada sesiapa yang didapati mabvk sambil memandu. Tetapi kalau berlakunya kem4l4ngan, semuanya berubah.
Rujukan: https://www.nolo.com/legal-encyclopedia/dui-or-dwi-punishments-penalties-30321.html
Apatah lagi jika kem4l4ngan itu menyebabkan kem4tian: mahkamah terus meminda ke jen4y4h “DUI manslavghter” iaitu denda AS$15,000 dan 15 tahun meringkuk di belakang tirai besi.
Rujukan: https://www.baezlawfirm.com/dui-manslaughter/
Kalau di Amerika Syarikat pun, hanya 10,497 orang m4ti berkaitan pemanduan mabvk iaitu satu peratus sahaja. Sedangkan angka kem4tian kerana Influenza jauh meninggalkan satu peratus tersebut.
Sekitar 2017-2018 musim selsema, seramai 61,000 orang meningg4l dunia dan 45 juta menghid4pinya. Ini juga statistik. Kalau logik Haikal, lagi mudah rakyat m4ti kerana Influenza berbanding pemanduan mabvk.
Jadi dalam perkara ini, mengaitkannya dengan denggi memanglah suatu kebebalan yang hanya boleh ditonjolkan oleh seorang liberal. Entah dari mana logiknya apabila dua perkara ini dikaitkan. Pihak kerajaan pun turut mengambil langkah pencegahan bagi krisis denggi. Jika kerajaan tidak endah, maka rakyat tetap akan berbunyi juga.
Perihal isu perkauman, itu bukan skop utama. Menggunungkan sebutir jerawat hanya kerana ada lelehan merah ialah suatu kedangkalan yang nyata.
Mana-mana tempat pun ada orang berperkauman.
Umber Nisar pun sekadar berjalan di Ditmas Park (New York City) apabila dis3r4ng seorang lelaki kerana memakai hijab. Kejadian tersebut berlaku secara berulangan di merata tempat – tetapi itu tidak bermakna Amerika Syarikat itu Islamofobik.
RUJUKAN:
Shafiqah, O.H. (2016, October 11). Into the dark with Haikal Idris. Malay Mail. Retrieved from https://www.malaymail.com/news/opinion/2016/10/11/into-the-dark-with-haikal-idris/1225057
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih