Setiap kali dinasti atau maharaja baru China menaiki takhta, figura-figura ini dilihat mendapat mandat dari syurga sebagai pemerintah negara tersebut. Dan apabila sesebuah dinasti atau pemerintahan dilanda kekacauan atau bencana alam, maka mereka dianggap telah kehilangan mandat tersebut. Salah satu perkara yang membawa kepada kehilangan mandat maharaja ialah aktiviti le.tu.san gunung berapi!

Ini berdasarkan satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Communications Earth & Environment baru-baru ini. Penulis kajian Alan Robock dari Rutgers University-New Brunswick berpendapat aktiviti alam tersebut menyumbang kepada kejatuhan dinasti-dinasti maharaja China dalam tempoh 2,000 tahun.

Bagi menguji teori ini, teras-teras ais yang diambil di Greenland dan Antartika dianalisis untuk mengukur tahap sulfur di atmosfera semasa aktiviti le.tu.san gunung berapi berlaku. Selain itu, mereka turut menganalisis dokumen-dokumen berkenaan semua 68 dinasti maharaja China dari 850 hingga 1911. Ini termasuk menganalisis aktiviti pemberontakan dan pe.ra.ng saudara yang dilihat sebagai proksi tekanan politik dan sosioekonomi yang melanda setiap dinasti.

Dapatan mereka mendapati le.tu.san gunung berapi Eldgja di Iceland pada 939 bertanggungjawab mencetuskan kejatuhan Dinasti Min dan Jin Akhir. Ini kerana pada tahun tersebut, le.tu.san gunung berapi itu mengakibatkan musim panas di seluruh dunia sebagai paling sejuk pernah direkodkan dalam tempoh 1.500 tahun. Akibatnya, ini membawa kemu.sn.ahan tanaman dan haiwan ternakan ma.ti sekaligus meningkatkan tekanan sosioekonomi di kawasan terjejas termasuk China.

Rajah 1: Le.tu.san gunung berapi Eldgja pada 939 mencetuskan musim panas paling sejuk dalam tempoh 1,500 tahun.

Sementara le.tu.san-le.tu.san gunung berapi kecil membuka jalan kepada perubahan dinasti terutama apabila tekanan politik dan sosial amat tinggi. Kajian ini dijalankan oleh sepasukan penyelidik diketuai oleh Profesor Gao Chaochao dari Universiti Zhejiang.

Dalam kajian mereka, perubahan iklim yang drastik dan cuaca buruk dilihat menjejaskan aktiviti ekonomi pertanian yang dijalankan di China ketika itu. Ini termasuk menghalang radiasi suria daripada sampai ke permukaan bumi dan menjejaskan penyejatan air dari kawasan-kawasan berair.

Ini membawa kepada kemarau dan cuaca sejuk pada musim panas – musim di mana aktiviti pertanian rancak dijalankan. Apabila haiwan-haiwan ternakan ma.ti, ia membawa kepada kemerosotan kesuburan tanah dan kehilangan hasil tuaian akibat cuaca dan serangga perosak. Analisis sama turut mendapati daripada 68 dinasti, 62 dinasti jatuh selepas sekurang-kurangnya satu le.tu.san gunung berapi dilaporkan berlaku.

Salah seorang maharaja yang menerima nasib ini ialah maharaja terakhir Dinasti Ming, Maharaja Chongzhen. Apabila pemberontak Manchu tiba di Beijing pada 1644, baginda memilih mengakhiri riwayatnya sekaligus menamatkan era pemerintahan dinasti tersebut. Kejatuhan Dinasti Ming berlaku bukan saja akibat pemberontakan dan kekacauan sosial tetapi selepas le.tu.san Gunung Melebingoy di selatan Cotabato, Mindanao, Filipina pada 1641.

Rajah 2: Maharaja Chongzhen

Bagaimanapun, kajian sama turut mengingatkan kebanyakan dinasti maharaja China dapat bertahan daripada kejutan cuaca sebegini. Ini berdasarkan laporan banyak le.tu.san gunung berapi dalam setiap dinasti sebelum akhirnya tumbang.

Rajah 3: Le.tu.san Gunung Tambora pada 1815 tidak membawa kepada kejatuhan Dinasti Qing di China.

Contoh paling mudah, le.tu.san Gunung Tambora di Indonesia pada tahun 1815 semasa era pemerintahan Dinasti Qing. Le.tu.san tersebut tidak menjadi pencetus kejatuhan dinasti berkenaan dan terus bertahan selama seabad sebelum tumbang pada 1911.

Bagi John Matthews dari Trinity College, Dublin, beliau percaya aktiviti gunung berapi merupakan contoh bagaimana iklim memberi kesan kepada manusia. Dalam kes kajian ini, aktiviti gunung berapi kecil hanya berperanan sebagai pencetus lebih-lebih lagi bila sesebuah dinasti dilanda pelbagai masalah. Tetapi le.tu.san besar seperti Eldja pada 939 boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan walaupun kerajaan tersebut tidak berdepan isu seperti pemberontakan.

Walaupun dunia hanya menyaksikan le.tu.san gunung berapi berskala kecil sepanjang abad ke-20 dan awal abad ke-21, itu bukan bermakna manusia boleh leka. Ini kerana dari tahun 70-an hingga 90-an, wilayah Sahel di Afrika dilanda kemarau akibat siri aktiviti gunung berapi yang sederhana. Ini mengakibatkan 250,000 orang terbu.n.uh dan 10 juta lagi menjadi pelarian.

Dengan isu perubahan iklim semakin menga.nc.am populasi dunia hari ini, gabungan perubahan iklim dan aktiviti gunung berapi bukan satu resepi yang baik untuk aktiviti pertanian di sesetengah wilayah Bumi yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

RUJUKAN

Randall, I. (2021, 11 November). Volcanic eruptions helped trigger the collapse of some of China’s most powerful dynasties over the last 2,000 years by cooling the climate and disrupting food production, study claims. Daily Mail.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.