Manifestasi mimpi Nebuchadnezzar II tidak berlaku dalam sekelip mata. Tidak dalam sedekad, tidak jua seabad. Bahkan mengambil masa lebih 1,000 tahun untuk semua ramalan Nabi Danial menjadi kenyataan.

Nebuchadnezzar II melihat dalam mimpinya sebuah patung yang sangat besar. Kepalanya daripada emas. Dada dan tangannya daripada perak. Perut dan pehanya daripada tembaga. Betisnya daripada besi. Manakala kakinya daripada campuran besi dan tanah liat. Seterusnya, seketul batu besar dari langit menghentam ke patung tersebut langsung menghancurkannya.



Nabi Danial menafsirkan abdomen patung tersebut sebagai fasa-fasa pemerintahan di negeri Babylon. Sementara batu dari langit sebagai Kerajaan kiriman Tuhan yang meranapkan kerajaan-kerajaan sebelumnya. Nama kota Babylon diambil daripada bav-il/bav-ilim, dalam Bahasa Akkadian bermaksud Gerbang Tuhan.

Kepala emas simbolik Empayar Chaldeans Nebuchadnezzar II (626-539 SM).

Fasa 605 SM sampailah 539 SM diangkat sebagai zaman kegemilangan Babylon di bawah pemerintahan Nebuchadnezzar II. Empayar Chaldeans meliputi wilayah yang sangat luas. Nebuchadnezzar II membiayai pembangunan Babylon dari kekayaan jajahan Assyria yang merangkumi utara Mesopotamia, Syria, Phenicia dan Baitulmaqdis. Meskipun kepala emas menunjukkan logam yang paling berharga, dari segi saiz ia adalah bahagian tubuh yang paling kecil. Bahagiannya yang terkecil merujuk kepada fasa yang paling pendek yakni setakat 66 tahun sahaja. Kemusnahan kota utama Nineveh pada 612 SM mengisyarat kejatuhannya.

Dada dan tangan perak simbolik Empayar Parsi Achaemenid (539-330 SM).

Pada tahun ketiga pemerintahan Raja Belshazzar, Nabi Danial mimpikan seekor kambing biri-biri di terusan Ulai. Jelas kelihatan dua belah tanduk yang sebelah daripadanya tampak lebih panjang. Mesej ini amat tepat dengan Empayar Achaemenid yang berakar daripada dua kerajaan iaitu Media dan Parsi. Cyrus The Great dari Kerajaan Parsi telah menakluk Empayar Median yang diperintah oleh datuknya sendiri. Kemenangan pada 550 SM ini telah membentuk Empayar yang kuat sehingga mampu menawan Babylon pada 539 SM.

Perut dan betis tembaga simbolik Empayar Greece (321/330-63 SM).

Alexander the Great dapat menawan Babylon dalam masa tiga tahun sahaja. Baginda dengan tangkas menewaskan Parsi di Granicus pada 334 M, Issus pada 333 SM dan Gaugamela (Iraq moden) pada 331 SM. Setelah itu, bala tenteranya merempuh ke timur dan menundukkan dua kota penting Parsi. Susa jatuh pada 331 SM dan Persepolis tumpas pada 330 SM.

Dua belah betis pula menunjukkan perpecahan setelah kemangkatan mengejut Alexander the Great. Perang saudara tercetus di kalangan jeneral-jeneral yang mengepalai tentera. Akhirnya, Empayar ini berpecah kepada empat Kerajaan iaitu Cassander, Lysimachus, Ptolemy, dan Seleucus.

Peha dari besi simbolik Empayar Rom (116-475 M).

Maharaja Trajan menjadi panglima pertama yang melintasi lembangan Euphrates dan Tigris. Keberaniannya tidak sia-sia. Babylon jatuh ke tangannya dalam Peperangan Mesopotamian Kedua dalam melawan Empayar Parthian. Bagaimanapun, seiring zaman berlalu, kota Babylon hanyalah indah khabar daripada rupa. Tiada lagi Taman Tergantung Babylon atau Etemenanki Ziggura Agung yang masih berdiri.

Tiba-tiba, terjadinya pemberontakan di kota-kota pesisiran Tigris dan Euphrates. Maharaja Trajan hanya memegang Babylon selama dua tahun sebelum menarik diri bagi memimpin peperangan yang lebih penting. Beberapa tahun kemudian, Maharaja Lucius Verus menyempurna aspirasi Trajan dalam Perang Roman–Parthian pada 166 M. Rom sekali lagi menakluk Babylon. Namun, Lucius Verus sekadar menjadikan Babylon negara naungan dengan melantik pemerintah tempatan.

Kaki dari besi dan tanah liat simbolik Rom Byzantine dan Parsi Sasanid (476-633 M).

Seumpama kaki patung besar yang mempunyai belahan kanan dan kiri serta 10 jari. Kompisisinya dari besi dan tanah liat petanda ketidakstabilan fasa tersebut. Pada 220 M, Maharaja Parsi Sasanid, Ardashir the Unifier melancarkan kempen ketenteraan ke ranah Mesopotamia. Strategi peperangan Parsi berhasil merampas kota Babylon daripada Kerajaan Parthean yang berdamai dengan Rom. Sepanjang tempoh seterusnya, Empayar Rom dan Empayar Parsi saling bersaing kuasa dan berperang di antara satu sama lain.

Empayar Rom mengalami retak perpecahan seawal 324 M apabila Maharaja Constantine memindahkan pusat pemerintahan ke Constantinople (Istanbul moden) bagi menjarakkan diri daripada campur tangan Senate. Rom berusaha mempertahankan kesatuannya sampailah ke zaman Flavius Theodosius (347-359 M).

Bagaimanapun pada 401 M, serangan demi serangan Visigoth kian melemahkan Rom. Akibatnya, sembilan tahun kemudian, kota utama Roma (Itali moden) dibumi hangus oleh Alaric I. Empayar Rom di barat terus mengalami kemunduran sehinggalah Maharaja terakhirnya, Romulus Augustulus yang baru berusia 16 tahun digulingkan dan dibuang negeri oleh jeneral Odoacer pada 476 M. Tragedi ini sekaligus mengeksekusi perpecahan Empayar Rom kepada Byzantine yang beragama Kristian Eastern Orthodox manakala Rom Barat beragama Kristian Roman Catholic.


Perjuangan membuka rantau Mesopotamia bermula pada zaman Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq yang menggantikan Nabi Muhammad. Kota Babylon sewaktu ini diperintah oleh Maharaja Parsi, Yazgerd III. Khilafah telah mengutus Khalid Al-Walid yang berjaya memenangi empat pertempuran penting melawan Parsi Sassanid. Pada 634 M, kota Babylon ditakluk oleh jeneral Al-Muthanna ibn Haritha. Salah seorang jeneral Parsi, Hormuzan direkodkan masuk Islam setelah ditawan dalam Perang Tustar. Empayar Parsi terus dicarik-carik sebagaimana mereka mengoyak-ngoyak surat Nabi sampailah ke tahun 643 M.

Hari ini, kota Babylon cuma tinggal puing-puing purba dalam negara Iraq moden. Zaman kegemilangannya telah lama sirna. Meskipun begitu, ramalan Nabi Danial yang masyhur beribu-ribu tahun silam telah sempurna akhirnya. Khulafa’ Rashidun adalah batu besar dari langit sekaligus Kerajaan kiriman Tuhan yang dijanjikan. Kerajaan Arab Islam inilah yang berjaya meruntuhkan Empayar Parsi Sasanid dan Rom Byzantine yang pernah memerintah kota Babylon satu masa dahulu.


Nak tahu lagi banyak pasal sejarah Yahudi? Jemput baca KITAB TAMADUN YAHUDI. Dah ada kat Shopee sekarang: https://bit.ly/yahudishopee

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply