Bangsa Melayu mempunyai suatu sifat yang boleh dipelajari sama ada daripada ibu bapa atau persekitaran. Jika dahulu datuk nenek pergi berborak di kedai kopi sambil minum teh tarik, sekarang ramai juga dalam kalangan mereka menghidapi diabetes. Namun itu bukan skop perbincangan.

Sebaliknya aktiviti beriadah bersama kawan-kawan telah mencapai suatu tahap sampai boleh jadi luar batasan. Pada zaman sekarang, terdapat kes ibu bapa dan anak-anak tidak lagi berada di rumah walaupun jam menunjukkan waktu tiga pagi. Secara kebiasaan, bapa sedang melepak di kedai mamak sambil berborak kosong, meninggalkan isteri yang kepenatan untuk mengurus anak-anak.

Namun naratif ini tidak hanya terikat di Malaysia sahaja. Ajakan “lepak mamak jom” sedang digunakan secara meluas juga di negara-negara Barat dengan sebutan “grabbing a beer” atau “fancy a pint?” di kedai-kedai minuman keras. Impak kegiatan di Barat jelas sekali jauh lebih berbahaya kerana melibatkan mabuk dan juga jenayah memandu dibawah pengaruh alkohol. Ada juga masa dimana mereka akan bertumbukan kerana kalah judi (selalunya berkaitan permainan bola Amerika).

Berdasarkan suatu penyelidikan di Scotland, aktiviti ini ialah langkah lelaki untuk berkongsi masalah dengan kawan-kawan lain. Kajian tersebut menganalisiskan data daripada 22 lelaki untuk mengenalpasti konteks sosial mengenainya. Walaupun kegiatan ini terbukti menyumbang kepada kem4tian, lelaki-lelaki yang menyertai berpendapat perkongsian masalah sangatlah baik untuk minda mereka.

Namun begitu, terdapat juga kebarangkalian yang mereka tidak berbincang pasal bola secara keseluruhan. Kadangkala perbualan mereka menyentuh topik-topik seperti anak-anak dan hubungan rumahtanggah pun. Dalam sebuah rakaman 70 jam di sebuah kedai arak London, pengkaji mendapati skop perbualan mereka. Ada yang berkongsi masalah mengenai kelamin. Seorang lagi menceritakan ketakutannya tentang pemindahan ginjal. Ada juga yang dari jauh berasa teruja untuk saat-saat tersebut kerana tidak pernah mendapat kasih sayang secukupnya dari ibu bapa.

Walau bagaimanapun, kajian ini ditempelak atas sifat palsu. Dalam sebuah bidasan, perbualan para lelaki di kedai arak diceritakan secara rapi dalam bentuk negatif. Maka dalam konteks “lepak mamak” yang bebas alkohol, definisi serta impaknya sangatlah berbeza. Gaya hidup Melayu pula lebih menekankan tentang tanggungjawab seorang suami kepada isteri untuk berfungsi sebagai ayah.

Ternyata ramai dalam kalangan isteri tidak begitu gemar apabila suami mereka melepak dengan kepekatan malam. Lebih-lebih lagi apabila rakan-rakan suami bertindak kurang ajar dengan melabel “Pertabi” (Persatuan Takut Bini) ataupun “GTB” (Geng Takut Bini) apabila suami mengambil keputusan untuk duduk rumah. Binaan sosial pula memainkan faktor dimana suami cukup pantang digelar sedemikian.

Sebenarnya bukan melepak yang menjadi masalah. Sebaliknya para isteri berasa penat apabila kegiatan melepak berterusan saban hari, minggu, dan bulan Kadangkala kegiatan melepak bertukar-tukar tempat pun sampai mungkin dalam masa setahun hampir semua kedai telah dikunjungi. Apa yang menjadi masalah ialah aktiviti harian sang isteri itu sendiri. Dalam sebuah statistik yang dikeluarkan pada tahun 2017, didapati seramai 54.3% wanita menyertai sektor pekerjaan.

Bermakna ramai dalam kalangan isteri sebenarnya bekerja. Disinilah punca di sebalik segala masalah. Ramai dalam kalangan suami pula pantang ditegur, terutamanya apabila isteri mahukan perubahan. Jadi wanita perlu menjadi Wonder Woman dengan cara menjaga kehormatannya di tempat kerja dan balik pula melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri. Sudahlah seharian tidak melihat wajah isteri, suami pula keluar menghilang. Komunikasi terhad dalam perhubungan pula membuat suasana dingin, terutamanya apabila anak kian membesar tanpa perhatian ayah secara sepenuhnya.

Masalah juga boleh timbul apabila anak meningkat remaja. Mereka juga mungkin ingin keluar sehingga lewat malam dengan alasan “ayah pun buat juga”. Sudahlah penat dan sakit isteri tidak dilayan, perlu berdepan pula dengan mimpi ngeri sebegini. Ada juga situasi dimana isteri-isteri perlu masak sambil menggunakan telefon atas urusan kerja tanpa bantuan daripada suami. Dan perbualan di kedai mamak pula boleh cenderung ke topik-topik sensitif. Antaranya ialah kahwin lagi.

Disini semua boleh fikirkan kesannya kepada isteri yang sedang bertarung kudrat untuk melaksanakan tanggungjawab. Tidak cukup dengan perbualan depan mata, ramai juga mengadakan kumpulan-kumpulan Whatsapp untuk bergurau senda gelak ketawa mengenai topik ini. Ini belum lagi disentuh tentang nafkah zahir dimana yang batin tentu ramai suami kononnya lengkap walaupun tempohnya seminit dua sahaja.

Kesimpulannya mungkin berbunyi klise dan menurut segelintir sangatlah lapuk. Saranan ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “seorang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya. Sebaik-baik kalian pula adalah yang paling baik pada isterinya.” (al-Tirmidzi 1162). Baginda pula pernah menghuraikan hak-hak isteri terhadap para suami. Antaranya ialah “tidak pula meninggalkan isteri melainkan dia tetap berada di rumahnya.”

RUJUKAN

Goldman, A. (2014, January 21). You’ll never guess what men are actually talking at bars. Retrieved from https://www.womenshealthmag.com/relationships/a19938493/male-bonding/.

Jaafar, N. Sazili, S. (2017, September 5). Wanita dalam sektor pekerjaan 54.3%. Retrieved from https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2017/09/321572/wanita-dalam-sektor-pekerjaan-543-peratus

Holt, R. (2015, April 13). What men really talk about in the pub. Retrieved from https://www.telegraph.co.uk/men/the-filter/11532781/What-men-really-talk-about-in-the-pub.html.

Macrae, F. (2015, April 12). Revealed: What men really talk about down the pub (and it’s not football!) Children and relationship issues top list for discussion over a pint. Retrieved from https://www.dailymail.co.uk/news/article-3036167/What-men-really-talk-pub-s-NOT-football-Children-relationship-issues-list-discussion-pint.html

Women’s Health Mag. (2013, September 5). 20 Bad Habits That Hurt Your Relationship. Retrieved from https://www.womenshealthmag.com/relationships/a19910186/how-to-fix-a-relationship/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.