Filem fantasi-sejarah tahun 2007 arahan Zack Snyder, 300, mungkin telah menjadikan Pert3mpuran Thermopylae sebagai salah sebuah pert3mpuran dunia purba yang paling masyhur. Namun, filem ini lebih banyak mengandungi fantasi berbanding sejarah.

Ramai yang mengetahui bahawa pemimpin Yunani dalam pert3mpuran tersebut ialah Leonidas dari Sparta. Namun, seberapa banyakkah fakta yang kita ketahui tentang Raja Leonidas, dan apakah yang berlaku dengan ‘300 orang tentera’ dalam Pert3mpuran Thermopylae?

SIAPAKAH RAJA LEONIDAS?

Menurut sejarahwan purba Yunani, iaitu Herodotus, Leonidas merupakan putera kepada Raja Alexandridas bersama isteri pertamanya, yang namanya tidak diketahui namun dimaklumi sebagai anak saudara raja. Walau bagaimanapun, Leonidas bukanlah putera sulung lantaran isteri kedua ayahandanya telah terlebih dahulu melahirkan seorang putera yang bernama Cleomenes. Sebelum melahirkan Leonidas, ibunya juga telah melahirkan abangnya, iaitu Dorieus.

Selepas melahirkan Leonidas, ibundanya melahirkan pula Cleombrotus; namun Herodotus berpendapat bahawa terdapat catatan yang menyatakan bahawa Leonidas dan Cleombrotus merupakan saudara kembar.

Menurut Herodotus lagi, pertabalan Leonidas sebagai raja Sparta pada tahun 489 Sebelum Masihi merupakan “suatu peristiwa yang langsung tidak pernah dijangka”. Sebagai putera ketiga Alexandridas, peluang Leonidas untuk memegang takhta sangat tipis dan beliau sama sekali tidak pernah dirancang untuk dijadikan sebagai raja. Selepas kemangkatan Alexandridas, takhta Sparta diserahkan kepada Cleomenes.

Namun, Cleomenes mangkat tanpa meninggalkan pewaris lelaki. Dorieus pula terkorban dalam sebuah ekspedisi ketenteraan di Sicily. Hal ini menjadikan Leonidas sebagai putera Alexandridas paling tua yang masih hidup, sekaligus calon terbaik untuk menggantikan abangnya. Malahan, Leonidas dicatatkan telah mengahwini puteri Cleomenes, iaitu Gorgo.

Leonidas I dari Sparta

LEONIDAS MENGHADAPI S3RANGAN-S3RANGAN PARSI

Leonidas berhadapan dengan tugas-tugas yang bukan mudah semasa pemerintahannya. Beberapa tahun yang lalu, Parsi di bawah pemerintahan Raja Darius I telah menyerang Greece bagi menghukum Athens dan Eretria yang memberikan sokongan terhadap kota-kota Iona semasa mereka menentang kekuasaan Parsi. S3rangan ini berakhir dengan kemenangan muktamad berpihak kepada Athens dalam Pert3mpuran Marathon pada tahun 490 Sebelum Masihi.

Namun tidak lama kemudian, Darius menghimpunkan sebuah bala tentera gergasi dengan hasrat mahu kembali dengan kekuatan penuh. Ancaman s3rangan daripada Parsi ini mendorong negara-negara Yunani untuk menjalinkan persekutuan, walaupun hampir kebanyakan daripadanya masih berp3rang antara satu sama lain.

Darius tidak berpeluang untuk melancarkan gerakan ofensif yang pantas ke atas Greece lantaran perlu menangani pemberontakan demi pemberontakan yang berlaku di beberapa kawasan dalam empayarnya. Pada tahun 486 Sebelum Masihi, beliau terkorban dalam sebuah pert3mpuran ketika sedang menundukkan salah sebuah pemberontakan. Takhta beliau diambil-alih oleh puteranya yang bernama Xerxes. Dengan tekad mahu membalas dendam di atas kekalahan ayahandanya, Xerxes pun menghimpunkan bala tentera untuk menyerang Greece.

Menjelang tahun 480 SM, Xerxes berjaya mengumpulkan seramai 150 000 orang tentera dan 600 buah kapal p3rang. Beliau kini sudah bersiap-sedia mahu melakukan s3rangan. Pada penghujung Ogos atau awal September 480 SM, Xerxes melancarkan ofensif ke atas Greece dalam sebuah kempen yang kini disebut sebagai Pert3mpuran Thermopylae.

Pert3mpuran Thermopylae merupakan pert3mpuran termasyhur dalam kempen S3rangan Kedua Parsi Ke Atas Greece, merangkap salah sebuah pert3mpuran termasyhur dalam sejarah purba Eropah. Namun tidak seperti pert3mpuran-pert3mpuran lain, kemenangan tidak berpihak kepada Yunani. Kemasyhuran kempen ini berakar daripada keberanian yang diperagakan oleh pasukan tentera Yunani yang kecil jumlahnya, dipimpin oleh Raja Leonidas.

Pert3mpuran tersebut berlangsung di sebuah lembah sempit yang terletak di antara pergunungan Greece dan lautan luas, yang dikenali sebagai Thermopylae. Pemilihan lokasi ini merupakan strategi yang bijak dari pihak Yunani, lantaran ia berupaya mengurangkan kelebihan tentera yang dimiliki oleh pihak Parsi.

Walaupun 300 orang tentera Sparta merupakan tentera yang paling masyhur di pihak Yunani, mereka bukanlah satu-satunya pasukan Yunani yang terlibat dalam pert3mpuran tersebut. Sparta turut dibantu oleh negara-negara Yunani yang lain, seperti Thespia, Thebes dan tentera-tentera dari Mycenae. Herodotus mengemukakan bahawa jumlah sebenar tentera Peloponnesia yang terlibat dalam pert3mpuran ini sahaja adalah seramai 3100 atau 4000 orang, dan jumlah keseluruhannya mencecah 5000 orang.

Namun, anggaran moden mengemukakan bahawa kekuatan Yunani berjumlah 20 000 orang, termasuk helot dan tentera kerahan. Jumlah tentera Parsi pula diandaikan dalam lingkungan 200 000 hingga 2.5 juta orang. Namun, jumlah pertama itu lebih diyakini.

RAMALAN DARIPADA SI TUKANG RAMAL DELPHI

Herodotus mencatatkan bahawa sebelum turun bertempur di Thermopylae, Leonidas terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat daripada Tukang Ramal dari Delphi (Oracle of Delphi) yang terkenal. Beliau memberikan satu ramalan yang agak menggusarkan:

Buat kalian, para penghuni Sparta, sama ada kota agung kalian dihancurkan oleh tentera Parsi, atau Lacedaemon meratapi kem4tian seorang raja dari keturunan Heracles. Kegagahan kerbau ataupun singa tidak akan mengekangnya dari menentang kekuatan; kerana dia memiliki kegagahan Zeus. Aku katakan bahawa dia tidak akan dikekang sehinggalah dia menghancurkan salah satu daripadanya.” – Herodotus. Terjemahan ke dalam bahasa Inggeris oleh A.D. Godley. Cambridge. Harvard University Press. 1920.

Ramalan ini meyakinkan Leonidas bahawa beliau akan terkorban dalam pert3mpuran menentang Parsi. Oleh hal yang demikian, beliau hanya membenarkan tentera yang mempunyai anak lelaki sahaja untuk menyertai pasukannya (pasukan dari Sparta), supaya sekiranya mereka terkorban sekalipun, keturunan mereka tidak terputus sebaliknya disambung oleh anak-anak tersebut. Semasa dalam perjalanan menuju ke medan tempur, pasukan Sparta ini turut merekrut beberapa orang tentera dari negara-negara Yunani yang lain.

‘The Oracle of Delphi’ oleh John Collier

PERT3MPURAN EPIK THERMOPYLAE

Pert3mpuran Thermopylae berlangsung selama tiga hari. Sepanjang dua hari pertama, pasukan Yunani berjaya mempertahankan kedudukan dan menghalang pasukan Parsi dari melepasi lembah sempit yang dikawal oleh mereka itu. Lembing mereka yang lebih panjang, serta perisai mereka yang berat dan baju pelindung yang digunakan oleh mereka memberikan kelebihan buat pasukan Yunani ke atas pasukan Parsi yang dilengkapi dengan lembing jenis tombak yang lebih pendek, perisai rotan dan baju pelindung yang hanya diperbuat dari sulaman linen.

Pasukan Yunani disusun dalam formasi phalanx, formasi ketenteraan berbentuk segi empat tepat yang sepenuhnya dibentuk oleh infantri berat yang bersenjatakan lembing. Formasi ini berupaya mempertahankan lembah sempit itu dengan efisien. Pasukan Sparta juga memanfaatkan satu strategi yang bijak, di mana mereka berpura-pura berundur agar pasukan Parsi mengejar mereka.

Kemudian, mereka akan berpaling secara tiba-tiba lalu melakukan s3rangan. Dalam kekacauan yang tercetus, mereka berpeluang membvnuh ramai musuh. Unit Immortal, yakni tentera elit dalam pasukan Parsi tidak berupaya menembusi pertahanan Yunani.

Atas: Formasi phalanx Yunani.
Bawah: Empat orang pahlawan Immortal Parsi

PENGKHIANATAN

Pert3mpuran mula berubah arah apabila seorang warga Malia (salah satu suku Yunani) yang bernama Ephialtes bertindak membocorkan lokasi sebuah laluan yang membolehkan pasukan Parsi melepasi pergunungan dan mengambil tempat di belakang pasukan Yunani. Sebaik sahaja kegelapan malam menjelma, Xerxes menghantar pasukan terbaiknya untuk mengambil laluan tersebut dan seterusnya menempati posisi di belakang pasukan Yunani.

Apabila sampai kepada Leonidas khabar bahawa kedudukan mereka sudah pun dikepung, beliau membuat satu keputusan yang terus-menerus menjadi subjek perdebatan hangat sehingga kini – iaitu berbanding meninggalkan kedudukannya dan berundur ke selatan sebelum pasukan Parsi tiba, Leonidas membubarkan hampir seluruh pasukannya dan mengarahkan agar 300 orang tentera Sparta, 700 orang tentera Thespia, dan 400 orang tentera Thebes untuk kekal berada di medan p3rang.

Tidak diketahui secara jelas apakah faktor yang membuatkan beliau memilih untuk terus kekal berada di kedudukannya bersama sepasukan kecil tentera. Herodotus menjelaskannya sebagai sebuah tindakan berani dan pengorbanan yang dilaksanakan sesuai dengan ramalan si Oracle of Delphi.

Sejarahwan lain pula menyatakan bahawa Leonidas memilih untuk kekal bertahan bagi memberikan masa yang cukup untuk tentera-tentera yang sudah beliau bubarkan (selain tentera Thebes dan Thespia) melarikan diri. Walau apapun sebabnya, secara jelas, hanya satu sahaja susulan yang bakal beliau hadapi – iaitu kem4tian.

KETUMBANGAN 300 ORANG TENTERA SPARTA DAN RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN MEREKA

Pada hari ketiga dan hari terakhir pert3mpuran, sepasukan tentera Parsi mengambil tempat di belakang kedudukan Sparta sekaligus mengepung mereka dari dua arah. Raja Leonidas, serta setiap seorang tentera yang berada bersamanya, habis dibvnuh.

Lukisan berjudul ‘Leonidas di Thermopylae’ (1814) oleh Jacques-Louis David. Lukisan ini menggabungkan elemen legenda dan sejarah dari Pert3mpuran Thermopylae

Semasa Xerxes menjumpai jasad Leonidas sesudah berakhirnya pert3mpuran, direkodkan bahawa beliau mengarahkan agar tenteranya memenggal kepala Leonidas dan menancapkannya pada sebatang kayu.

Tindakan sebegini bukanlah suatu kebiasaan bagi pihak Parsi, yang lazim melayani musuh yang berani dengan penuh penghormatan. Hal ini dijelaskan oleh Herodotus sebagai petanda betapa besarnya ancaman Leonidas dalam pandangan Xerxes.

SUSULAN PERT3MPURAN

Tidak dapat dinafikan bahawa Pert3mpuran Thermopylae merupakan suatu kekalahan buat Yunani, sekaligus membolehkan Parsi melanjutkan kemaraan mereka ke Greece. Mereka kemudiannya tiba di Athens dan menjarah kota tersebut. Walau bagaimanapun, kekalahan di Thermopylae ini berupaya mengangkat nama Leonidas dan pasukan tentera di bawah kepimpinannya.

Hal ini sekaligus menaikkan semangat tentera-tentera Yunani yang lain, yang terus berusaha memberikan tentangan dan menewaskan Parsi dalam Pert3mpuran Salamis dan Platea, yang secara efektif berjaya menamatkan kempen S3rangan Kedua Parsi Ke Atas Greece.

Selain itu, pert3mpuran ini turut meninggalkan legasi yang berpanjangan, memperagakan keberanian sejumlah kecil pahlawan yang berhadapan dengan jumlah tentera musuh yang besar, kekal teguh bertahan sehingga ke titisan darah yang terakhir.

MENGENANG 300 ORANG TENTERA SPARTA DAN PERT3MPURAN THERMOPYLAE

Tahun hadapan (tahun ini; 2020) merupakan ulang tahun ke-2500 Pert3mpuran Thermopylae. Datuk bandar Sparta, Petros Doukras mengumumkan bahawa sejumlah acara antarabangsa telah pun dirancang bagi menyambut ulang tahun bersejarah itu. Terdapat juga sebuah persatuan antarabangsa yang dianggotai oleh sejarahwan, ahli politik dan kerabat diraja yang “menyusun acara-acara bagi mengenang sejarah Sparta, Leonidas dan 300 orang tenteranya”.

Greek Reporter melaporkan bahawa “Keraian memperingati Thermopylae ini bakal melibatkan sejumlah acara yang memerikan pencapaian tamadun Sparta purba, seperti dalam bidang politik, geopolitik, puisi, falsafah, gimnastik, tarian, seni bela diri, makanan dan banyak lagi.”

Tugu Raja Leonidas di Greece

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (16 November 2019). King Leonidas of Sparta and the Epic Battle of the 300 at Thermopylae. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history/king-leonidas-sparta-and-legendary-battle-300-thermopylae-002848


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.