Lebih kurang 30 tahun dahulu pada 2 Disember 1989, telah ditandatangani Perjanjian Hat Yai 1989 yang menamatkan pemberontakan semula pengganas k0mun!s di sempadan semenanjung tanah air dan juga di sempadan negeri Sarawak. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak keselamatan negara pada masa itu untuk mengekang s3r4ngan pengganas k0m!nis ini. Antaranya adalah dengan penubuhan Pasukan F di bawah Polis Diraja Malaysia pada tahun 1971 dan diketuai oleh seorang pegawai polis yang bernama Leong Chee Woh.

Perjalanan Hidup Datuk Leong Chee Woh

Datuk Leong Chee Woh dilahirkan dan dibesarkan di Taiping, Perak oleh sebuah keluarga angkat berketurunan Baba dan Nyonya. Di sana, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Sekolah King Edward VII sebelum pembelajarannya terganggu dengan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Selepas pemergian Jepun, beliau telah menduduki Senior Cambridge Examination atau juga dikenali dengan nama Peperiksaan Sijil Persekolahan Seberang Laut pada tahun 1949.

Setelah menamatkan zaman persekolahannya, Datuk Leong Chee Woh telah berkerja dengan Majlis Perbandaran Taiping sebagai seorang pegawai kerani. Namun begitu, pekerjaan tersebut bukanlah sebuah pekerjaan yang diminatinya dan membuatkan beliau memohon dan diterima untuk menjadi seorang pegawai kerani bersama dengan pihak polis. Beliau juga pernah menjadi Ketua Kerani di Balai Polis Selama, Perak.

Atas cadangan pegawai atasan pada tahun 1950, Datuk Leong Chee Woh pun memohon untuk berkhidmat bersama pasukan polis. Permohonannya diterima pada penghujung tahun yang sama dan beliau ditempatkan di dalam sebuah kumpulan pelatih polis di Depot Polis di Jalan Gurney, Kuala Lumpur sebagai Inspektor Percubaan. Beliau kemudiannya berkhidmat untuk pasukan polis selama 34 tahun sebelum bersara sebagai Senior Asisten Komisioner Polis dan Timbalan Pengarah II Cawangan Khas Polis.

Penglibatan Datuk Leong Chee Woh Dalam Pasukan ‘F’

Datuk Leong Chee Woh dilantik sebagai ketua Pasukan F yang ditubuhkan pada bulan Mac 1971 sebagai sebuah pasukan elit Cawangan Siasatan Khas PDRM. Pasukan yang pertama sekali diketuai oleh Superintenden Leong Chee Woh pada masa itu dianggotai oleh jumlah anggota yang kecil iaitu dalam lingkungan 15 orang anggota sahaja.

Tujuan utama penubuhan Pasukan F ini adalah untuk membanteras gerakan Parti k0mun!s Malaya (PKM) dan Pasukan Rakyat Kalimantan Utara (Paraku). Tugasan dan peranan mereka yang memerlukan keberanian dan kecekapan yang tinggi wajar dipuji. Manakan tidaknya, mereka perlu menangkap ahli-ahli pengganas k0mun!s yang ganas secara hidup-hidup, mendapatkan maklumat risikan berkenaan pergerakan pengganas-pengganas tersebut dan adakalanya mereka perlu bertempur dengan kumpulan-kumpulan pengganas untuk mengelakkan daripada terbongkarnya pergerakan kumpulan mereka.

S3r4ngan berterusan dan berpanjangan pengganas-pengganas seperti pembunuhan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim pada 7 Jun 1974 serta pembunuhan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Choo Kong pada 13 November 1975 membuatkan pertahanan negara diperkukuhkan lagi. Hal ini diperkuatkan lagi dengan insiden pengganas meletupkan Tugu Negara pada 26 Ogos 1975. Hal ini membuatkan Pasukan F juga diperkuatkan dengan kemasukan anggota-anggota dari 69 Komando dan juga Pasukan Polis Hutan dari semasa ke semasa.

Dalam pelaksanaan operasi-operasi yang dijalankan, anggota-anggota yang diketuai oleh Datuk Leong Chee Woh juga terpaksa menyamar sebagai orang biasa seperti menyamar sebagai penoreh getah, pemburu dan perkerja jabatan ukur. Ini bagi membolehkan pergerakan mereka dalam mendapatkan maklumat berkenaan pengganas k0mun!s tidak dapat dihidu oleh sesiapa pun terutamanya pihak musuh.

Kejayaan Pasukan F ini dapat dibuktikan dengan sejumlah 48 orang anggota pengganas yang terbunuh, 171 orang ditangkap dan lebih 1400 orang tali barut pengganas dicekup. Ini menunjukkan bahawa pasukan ini amat komited dalam membanteras pemberontakan pengganas k0mun!s ini. Kejayaan Pasukan F ini juga merupakan salah satu faktor yang mendorong kepada termeterainya perjanjian Hat Yai 1989 yang membuatkan PKM dibubarkan seterusnya menamatkan pemberontakan mereka di tanah air kita yang tercinta ini.

Kewujudan Pasukan F ini dirahsiakan dari umum kerana segala fail-fail operasi pasukan itu dikategorikan sebagai hal sulit pihak polis. Namun begitu, setelah hampir 46 tahun penubuhannya, ianya akhirnya didedahkan kewujudannya oleh pihak polis sendiri selepas fail-fail operasi Pasukan F itu dibatalkan kategori sulitnya.

Penghargaan Terhadap Datuk Leong Chee Woh

Sudah cukup nyata yang jasa Datuk Leong Chee Woh bersama anak-anak buahnya dalam menentang pemberontakan pengganas k0mun!s cukup besar. Beliau telah menerima lebih 10 anugerah sepanjang perkhidmatannya bersama pasukan polis.

Beliau juga telah menerima anugerah Panglima Mahkota Wilayah pada tahun 2010. Anugerah tersebut membawa kepada gelaran ‘Datuk’ yang digunapakai pada namanya sekarang.

Anugerah paling terbaru yang diterima beliau ialah anugerah keberanian kedua tertinggi negara, iaitu Pingat Panglima Gagah Berani (P.G.B) yang dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 9 September 2017 atas sumbangan dan jasa beliau dalam aspek keselamatan negara sepanjang 34 tahun perkhidmatan beliau di dalam pasukan polis.

Datuk Leong Chee Who secara rasminya bersara daripada pasukan Polis Di-Raja Malaysia pada tanggal 10 November 1984, lebih 34 tahun selepas beliau memulakan tugas dan kini sudah menghampiri usia 90 tahun. Semoga segala bakti dan jasa beliau terhadap negara akan terus dihargai oleh generasi pada masa hadapan. Insyallah.

Artikel kiriman Sang Taming Marhaen untuk The Patriots.

RUJUKAN:

IpohWorld (2010). Datuk Dr Leong Chee Woh, Senior Assistant Commissioner Of Police 1. https://db.ipohworld.org/view/id/4663

Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Polis) (2017). KEHEBATAN PASUKAN ‘F TEAM’ MENENTANG PENGGANAS k0mun!s https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/photos/kehebatan-pasukan-f-team-menentang-pengganas-komunismenangkap-hidup-hidup-pengga/1456884157655220/

ILUMINASI (2017). Leong Chee Who – Lelaki Paling Digeruni Pengganas k0mun!s. https://iluminasi.com/bm/leong-chee-woh-lelaki-paling-digeruni-pengganas-komunis.html

Utusan Online (2017). Sejarah ringkas penubuhan Pasukan F, Cawangan Khas, PDRM. https://www.youtube.com/watch?v=ZL40y4eXLzo

Utusan Online (2017). [VIDEO] Hanya Yang Berani. https://www.utusan.com.my/mega/wira/video-hanya-yang-berani-1.455495

Malaymail (2017). Once secret anti-communist police team honoured. https://www.malaymail.com/news/malaysia/2017/09/01/once-secret-anti-communist-police-team-honoured/1455221

Gerbang Post (2017). 1,518 Penerima Darjah Kebesaran Tiga dianugerah gelaran Tun. http://gerbangpost.com/blog/1518-penerima-darjah-kebesaran-tiga-dianugerah-gelaran-tun/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Sangat berminat menulis mengenai tokoh-tokoh negara/melayu dalam terutamanya bidang sukan dan keselamatan.

Comments are closed.