Pada 30 Jun 1236, Raja Ferdinand III memasuki Cordoba buat kali pertama selepas kota tersebut dikepung selama lima bulan. Baginya, ini menandakan proses Reconquista (penaklukan semula Sepanyol di bawah kerajaan Kristian) berjalan lancar. Tetapi kemasukan baginda turut menandakan berakhirnya kegemilangan Cordoba dan mercu tandanya, Masjid Aljama atau Masjid Agung Cordoba.
Mengikut legenda penduduk tempatan, tapak masjid ini pada asalnya merupakan sebuah kuil yang didedikasikan kepada dewa orang Rom Janus (dewa Rom yang bermuka dua). Kuil tersebut dibina oleh orang Rom sekitar abad kedua SM selepas mereka membuka kota Cordoba. 800 tahun selepas itu, Cordoba kemudiannya menjadi sebahagian daripada jajahan takluk kerajaan Visigoth selepas ditakluk oleh raja mereka, Leovigilido. Kuil tersebut kemudiannya dirobohkan dan digantikan dengan sebuah basilika.
Dua abad selepas itu, Sepanyol jatuh ke tangan angkatan perang Bani Umayyah pimpinan Tariq bin Ziyad selepas kerajaan Visigoth berjaya ditewaskan. Susulan itu, Sepanyol menjadi jajahan takluk Bani Umayyah dan milik umat Islam selama lebih 700 tahun di bawah nama Andalusia. Cordoba dijadikan sebagai pusat pemerintahan Bani Umayyah di Andalusia sekaligus menjadi pusat perkembangan ilmu pada Zaman Keemasan Islam.
Sebelum itu, kami cadangkan korang dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM. Kita sentiasa dimomokkan Islam tidak menyumbang kepada ketamadunan dunia. Hakikatnya, terlalu banyak sumbangan dunia Islam yang menjadi asas dunia moden hari ini. Nak tahu lagi, dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Islam.-i.238336777.5538250581
Semasa angkatan perang Bani Umayyah tiba di kota berkenaan, mereka tercari-cari tempat untuk mendirikan solat. Sebagai tanda toleransi dan melihat mereka lebih baik daripada pihak Visigoth, penduduk Kristian Cordoba membenarkan sebahagian kawasan gereja mereka digunakan sebagai masjid.
Perkongsian ini diteruskan sehingga 785 Masihi sebelum kawasan gereja dibeli oleh pengasas Emiriah Bani Umayyah Andalusia, Abdul Rahman al-Dakhil atau Abdul Rahman I. Sebagai tukaran kepada persetujuan membeli tanah gereja berkenaan, baginda bersetuju membenarkan komuniti Kristian Cordoba membina semula gereja-gereja lama termasuk yang didedikasikan kepada santo-santo seperti Faustus dan Marcellus. Setelah itu, barulah proses pembinaan Masjid Agung Cordoba dapat dilaksanakan.
Masjid Agung Cordoba mula dibina sekitar 169 Hijrah (785-786 Masihi) dan siap setahun selepas itu. Bagi Abdul Rahman, pembinaan masjid ini dianggap penting buat beliau. Ini kerana ia dianggap permulaan baru buat Bani Umayyah di Andalusia selepas pemerintahan mereka di Timur Tengah ditamatkan oleh Bani Abbasiyah. Selain itu, dengan membina Masjid Agung Cordoba, ini menjadikan ia sebagai mercu tanda baru kota berkenaan.
Walaupun baginda mangkat pada 788 Masihi, usaha menambahbaik dan memperindah masjid tersebut diteruskan oleh para emir Bani Umayyah untuk dua abad berikutnya. Antara ciri-ciri tambahan yang ditambah ialah sebuah laman dalam, dusun oren, laluan pejalan kaki bertutup, menara dan pancuran-pancuran air.
Menara Masjid Agung Cordoba yang unik menjadikan masjid tersebut lain dari yang lain. Menara tersebut dibina atas titah Abdul Rahman III sekitar 951-952 Masihi. Berperanan sebagai tempat bilal/muazzin (orang yang bertanggungjawab melaungkan azan bagi menandakan masuk waktu solat fardu), menara tersebut berbentuk segi empat sama dengan hiasan besi pada puncaknya yang dikenali sebagai yamur.
Disebabkan ia dibina dalam tempoh setahun, kebanyakan bahan binaannya seperti batu-bata dan tiang-tiang diambil daripada runtuhan bangunan era Rom Timur/Byzantine) dan Visigoth termasuk gereja lama yang dibeli Abdul Rahman. Ini bertepatan dengan ciri-ciri masjid-masjid Afrika Utara yang memanfaatkan bahan sama sebagai bahan pembinaan.
Ini dapat dilihat menerusi puluhan tiang era Byzantine dan Visigoth yang digunakan untuk dewan sembahyang Masjid Agung Cordoba. Antara masjid yang berkongsi ciri sama ialah Masjid Agung Kairouan dan Masjid al-Zaytuna, kedua-duanya terletak di Tunisia. Selepas mengalami proses pengindahan dan penambahbaikan, Masjid Agung Cordoba sentiasa menimbulkan kekaguman para pengunjungnya setiap kali dilawati.
Jadi, tidak hairanlah apabila Ferdinand III melihat kehebatan mercu tanda Islam di Cordoba itu, baginda merasa takjub dengan apa yang dilihat. Walaupun peranannya ditukar daripada masjid kepada gereja, baginda tidak mahu ia diperlakukan sewenang-wenangnya oleh geng gereja. Lantas, satu dekri dikeluarkan di mana sebarang pengubahsuaian terhadap struktur Masjid Agung Cordoba tidak dibenarkan. Jika ada sekalipun, ia mestilah sama sekali tidak mengubah keunikan dan keindahan kompleks bangunan tersebut.
Selama beberapa abad, dekri Ferdinand III dipatuhi oleh raja-raja selepas baginda. Kemudian pada awal abad ke-16, pihak gereja menerusi Bishop Alonso Manrique merancang membina ruang tambahan kepada kompleks Masjid Agung Cordoba. Kononnya, dengan berbuat demikian, ia dapat menampung bilangan penganut Kristian yang mengunjungi bangunan berkenaan. Bagaimanapun, ia dibantah oleh pemilik-pemilik gereja persendirian sekitarnya dan penduduk tempatan kerana berpotensi memusnahkan keunikan Masjid Agung Cordoba.
Tetapi pihak gereja terus berdegil dan tetap mahu meneruskannya. Pertelagahan ini memaksa Manrique meminta campur tangan pemerintah Sepanyol ketika itu, Raja Charles V. Selepas mendengar pandangan semua pihak, pembinaan tersebut diluluskan dengan ingatan dekri Ferdinand III mesti dipatuhi sepanjang masa.
Dan itu membawa kepada satu insiden menarik. Beberapa tahun selepas itu, Charles V dan isterinya Isabella of Portugal singgah di Cordoba bagi meninjau perkembangan terbaru pembinaan yang dijalankan di Masjid Agung Cordoba. Untuk projek tersebut, Manrique memilih seorang pembina tempatan bernama Hernan Ruiz untuk menguruskan projek berkenaan.
Malangnya, sebaik saja Charles V meninjau kerja-kerja yang dijalankan, tahulah baginda keunikan Masjid Agung Cordoba yang cuba dipelihara selama beberapa ratus tahun telah terhakis. Kerja-kerja pembinaan langsung tidak mencapai piawaian para pembina dan arkitek Muslim yang menghasilkan kompleks masjid tersebut.
Murka, Charles V mengarahkan Ruiz menghadap baginda sebelum bertitah, “Kamu telah memusnahkan sesuatu yang unik bagi membina sesuatu yang bersifat biasa.” Tidak mustahil Manrique juga menjadi mangsa amukan baginda kerana memujuknya meluluskan projek tersebut. Dan sehingga hari ini, binaan Ruiz terus mengundang kritikan.
Menjelang tahun 1984, Masjid Agung Cordoba disenaraikan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia. 10 tahun selepas itu, lebih 200 ekar kawasan yang menempatkan monumen-monumen lama Cordoba ditambah termasuk Alcazar de los Reyes Cristianos dimasukkan dalam senarai sama. Alcazar de los Reyes Cristianos merupakan istana musim panas Raja Ferdinand II Aragon dan merupakan tempat Christopher Columbus menghadap baginda sebelum berlayar ke Dunia Baru.
Selepas Islam kembali ke Sepanyol menerusi askar-askar kolonial yang dibawa dari Maghribi sekitar abad ke-19 dan abad ke-20, wujud usaha oleh komuniti Muslim untuk menunaikan solat di Masjid Agung Cordoba. Usaha ini bermula pada 2005 dan terus berlaku sehingga hari ini. Tetapi pihak gereja Sepanyol menolak semua cubaan ini.
Kami menulis ikut semangat untuk bantu orang ramai dapatkan ilmu secara percuma. Sebab itu kami enggan buat konsep langganan artikel (subscription). Tetapi kami mohon jasa baik kalian untuk beli buku kami. Dengan pembelian buku, kalian sedang membantu kami teruskan semangat ini sampai bila-bila. Link pembelian: https://shopee.com.my/thepatriotsasia
RUJUKAN
Nayler, M. (2018, 11 Julai). A Brief History of the Mosque-Cathedral of Córdoba. Culture Trip.
Olmedo Sanchez, Y. V. (2022, 16 Ogos). Córdoba’s stunning mosque-cathedral showcases Spain’s Muslim heritage. National Geographic.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih