Tengok ramai tengah menggelabah kerana Sukan Komanwel mengusung Lembu Samiri sebagai tanda mencabar Allah. Sukan ini pula dianjurkan di Birmingham, United Kingdom. Jadi mudahlah untuk puak konspirasi kembali jadi bidan terjun dan mencurah pendapat bagai. Tambah pula ada tuduhan tidak berbukti kononnya Ratu Elizabeth adalah keturunan Firaun dan Namrud. Memang jarum konspirasi bermain benang balik.

Namun begitu, kena berlaku adil pada ilmu sebelum ingin berdalih dan menipu pasal konspirasi. Sesiapa yang beramanah pada ilmu kena tengok sejarah Birmingham sudah cukup. Asasnya, Birmingham sentiasa berpenghuni walaupun sejauh zaman prasejarah. Lebih daripada 10,000 tahun yang lalu sekalipun, Birmingham sudah berpenghuni (Hodder, 2004). Tetapi kota ini betul-betul membangun semasa zaman pentadbiran Lord Peter de Bermingham.

Ada banyak benda merepek pasal Teori Konspirasi ni. Terlalu banyak sampai kami keluarkan buku untuk mencabarnya. Nak bagitau, sampai hari ni tiada siapa berani berdebat membenamkan fakta dalam buku MENCABAR TEORI KONSPIRASI ni. Maka kami mempelawa korang semua untuk beli sementara stok masih ada. Link pembelian: https://thepatriots.store/store/books/mencabar-teori-konspirasi/

Lord Peter nampak potensi sebuah pasar jagung di Corn Cheaping. Lalu baginda membuat permohonan rasmi pada Raja Henry II untuk memperluas aktiviti pemasaran. Permohonan ini diluluskan dan nama kota bertukar menjadi Bull Ring, sempena sebuah dataran hijau yang menjadi tempat peraduan lembu jantan (Jones, 2008).

Memperingati Sejarah Yang Menjadi Asas Budaya

Sampai hari ini kota Bull Ring wujud. Malah bandar Birmingham itu sendiri dibina hasil daripada limpahan daripada aktiviti ekonomi Bull Ring. Sudah pasti hari ini ekonomi Birmingham lebih meluas. Tetapi pucuk ekonomi berputik daripada Bull Ring, sampai semua baik dan kurang baik pasti ke situ punya. Pada tahun 1839, orang ramai tidak berpuas hati pada kerajaan. Mereka melancarkan mogok besar di Bull Ring sampai musnah habis hartanah di situ.

Akhir kata, beli juga buku terbaru kami bawah imprint fiksyen kami. Ada pra-tempah dan harga diskaun sedang ditawarkan untuk para pembeli. Beli di webstore kami.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ

Sebagai langkah memperingati sejarah, kerajaan United Kingdom memastikan Bull Ring dijaga dan ditambah baik begitu rapi. Sepertimana Lord Peter de Bermingham bina pasar, begitulah kerajaan sekarang buat. Pada tahun 1964, Majlis Bandar Raya Birmingham berjaya membina sebuah pusat beli belah iaitu Birmingham Bull Ring Center, suatu projek yang mengambil masa hampir 10 tahun untuk siap.

Minda Yang Pelik

Pusat beli belah ini ditambah baik pada setiap masa. Dan sekitar 1980-an, mereka membawa The People’s Plan pula untuk membina semula kawasan Bull Ring itu sendiri. Jadi mudah kata, jangan bertempik macam cacing kepanasan apabila negara lain angkat simbol sejarah pada ketika diri sendiri lagi selesa mengangkat unsur penjajah di bandar raya bersejarah.

Ini namanya Brummie the Bull (Luke Byfield/CC BY-SA 3.0).

Sukan Komanwel dianjurkan di Birmingham. Jadi sudah pastilah mereka membawa imej lembu. Habis takkan bawa imej kucing. Kalau kucing, mungkin apa-apa acara sukan di Istanbul sempena Tombili. Birmingham buat apa yang Rusia buat. Dulu Rusia mengangkat Misha the Bear dan Bely Mishka the Polar Bear untuk Temasya Olimpik 1980 dan 2014. Rusia sudah lama dikenang dengan unsur beruang.

Empat tahun lalu, Sukan Komanwel dianjurkan di Australia yang menggunakan haiwan koala sebagai maskot. Nama pula adalah Borobi, dalam bahasa Yugambeh iaitu sebuah kaum tempatan.

Nampak tidak betapa Komanwel mengangkat unsur tempatan untuk dipamerkan pada mata global ? Komanwel Glasgow 2014 menggunakan bunga thistle sebagai simbol. Komanwel Delhi 2010 siap guna harimau Bengal bernama Shera lagi. Entah mana pergi monyet ini yang menjadi maskot Malaysia dalam Sukan Komanwel 1998.

Wira namanya.

Tetapi semua faham apa yang ingin disampaikan. Birmingham guna simbol tempatan semata-mata. Tiada kena mengena dengan Lembu Samiri pun. Lembu Bull Ring punya rapat dengan kebudayaan Birmingham, sampai ada yang buat petisyen supaya tidak dimusnahkan selepas sukan tamat. Namun lembu tersebut tetap akan dimusnahkan juga (Hussain, 2022).


Dua buku best-seller The Patriots kini kami gandingkan sekali dalam versi bahasa Inggeris untuk kalian semua:
World Without Walls III: https://bit.ly/3PR2Ep9
The Human’s Complex: https://bit.ly/3J2GoGF

RUJUKAN:

Hodder, M. (2004). Birmingham : The Hidden History. Tempus. Halaman 23.

Hussain, R. (2022, Julai 30). Show-stopping Birmingham 2022 bull will be dismantled and destroyed after games end. I Am BHAM.

Jones, J. (2008). The Center of Birmingham. Birmingham Grid of Learning.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply