Penemuan bαngκαi ikan paus di tepi pantai adalah satu perkara biasa. Mungkin ikan tersebut mαti di laut sebelum dibawa ke kawasan pesisiran. Ataupun ombak besar membawa ikan ke darat (sekalipun mustahil kalau fikir secara logik).
Tetapi cuba bayangkan sejenak – ikan paus yang serba besar dibawa ombak 300 kilometer daripada gigi air laut. Mesti gila. Namun itulah realiti di sebuah lembah di tengah padang pasir Mesir.
Wadi al-Hitan adalah sebuah tapak arkeologi yang diberi pengisytiharan UNESCO World Heritage sejak tahun 2005 atas sebab begitu jelas.
Sejarah hampir 40 juta tahun terpahat di kawasan 50,000 ekar ini. Tanpa pengangkutan moden, kawasan ini sukar dicapai sesiapa.
Sebab itulah Wadi al-Hitan tidak mendapat perhatian ramai selama 80 tahun sedangkan bαngκαi ikan paus pertama ditemui pada tahun 1902 dalam keadaan fosil (Wagner, 2014).
Dengan adanya kenderaan berpacuan empat roda, ramai mula menjelajahi Wadi al-Hitan. Dan banyak fosil didedahkan pada khayalak umum.
Apabila banyak tulang dibawa keluar, barulah suara politik tempatan dan antarabangsa bersatu bagi tujuan pemuliharaan. Kerana terlalu banyak khazanah paleontologi ada di sini.
Mengisi Buku Teks Moden
Bumi sekitar 335 juta tahun dahulu hanya mempunyai satu benua tunggal dipanggil Pangaea yang diapit dengan air laut serba biru. Lama kelamaan, Pangaea ini bεrpεcαh sedikit demi sedikit.
Saintis menjangka pεrpεcαhan ini berlaku dalam 175 juta tahun dahulu. Jadi senang kata, ia memakan masa yang lama. Bermakna 40 juta tahun dahulu, Bumi sudah mempunyai banyak benua.
Berdasarkan peta di atas, jelas sekali kawasan yang menjadi Mesir kelihatan ditenggelami air. Kawasan Wadi al-Hitan pula adalah dasar laut yang sudah lama surut dan takkan sesekali basah melainkan dengan limpahan hujan kalau ada.
Laut yang surut pula meninggalkan fosil ikan paus seperti Basilosaurus dan Dorudon. Dua genus adalah daripada keluarga yang sama.
Tetapi dari segi saiz, mereka banyak perbezaan. Analogi mudah adalah – Basilosaurus adalah paus; Dorudon adalah dolfin.
Penemuan fosil ini membantu saintis dalam kajian tentang evolusi ikan paus. Kerana fosil di sini berbeza dengan rangka tulang paus moden.
Ikan-ikan purbakala ini mempunyai anggota belakang kecil yang tidak sama untuk dibandingkan dengan paus moden. Tengkorak mereka pula lengkap dengan gigi tajam mirip haiwan karnivor daratan.
Jadi sekarang saintis hanya perlu mengenal pasti punca perubahan (dan juga bila mereka berubah).
Selain Daripada Ikan Paus
Ada banyak haiwan lain ditimbµs dalam timbµηαη pasir Wadi al-Hitan. Salah satu daripadanya adalah ikan dugong purba (sirenia). Mereka pun berbeza untuk dibandingkan dengan turun-temurun hari ini.
Banyak ciri-ciri pada biologi mereka memberi gambaran sejenis haiwan yang sudah pµpµs, yakni dengan kehidupan lebih primitif. Selain dugong, saintis menemui fosil buaya dan penyu serta ular laut yang selaras dengan kehidupan air masin zaman dulu.
Semua boleh faham kenapa saintis jumpa ikan seperti jerung dan pari. Memang mereka sudah ada sejak jutaan tahun dulu. Cuma yang mengejutkan, gajah Moeritherium pun ada di Wadi al-Hitan (Palmer & Green, 2009).
Kalau sama seperti gajah moden, tidak pelik yang sesuatu terjadi pada Moeritherium ketika itu. Mungkin ia sedang berenang sebelum ditenggelami ombak kuat.
Apa-apa pun boleh berlaku. Tetapi satu hakikat jelas – Wadi al-Hitan adalah saksi tentang evolusi di Bumi. Saintis hanya perlu mengenal pasti sesuatu fosil sebelum melaksanakan kajian untuk memahami perbezaan dengan spesis moden.
RUJUKAN:
Palmer, D., & Green, K. (2009). Evolution: The Story of Life. University of California Press. Halaman 304.
Wagner, V. (2014). Blue Speaks Eternally. Strategic Book Publishing Rights Agency. Halaman 12.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih