LAIN padang lain belalang dan begitulah juga selera manusia akan berlainan dari satu tempat ke tempat yang lain. Ulat sagu dan “cacing” temulik antara makanan eksotik yang menghiasi selera makan rakyat Sarawak. Mungkin ramai diluar sana geli-geliman mendengarnya namun inilah antara keunikan Sarawak Bumi Kenyalang, salah satu negeri yang ada di Pulau Borneo.
Ada yang berkata Lelitak adalah dari keluarga lintah namun sebenarnya ia adalah dari jenis makanan laut tanpa cengkerang yang biasanya terdapat di pinggir sungai dan kawasan basah seperti sawah padi. Dan siapa pernah menyangka bahawa lelitak ini dikatakan jika dimasak akan mempunyai tekstur yang lebih lembut berbanding daging ayam. Dek kerana itulah sejak dahulu lagi keberadaan lelitak sebagai menu hidangan keluarga sentiasa dinantikan oleh masyarakat di Sarawak.
Harga lelitak di pasaran boleh sahaja mencecah sekitar RM12 sekilo dan kerana harganya itulah ianya menjadi sumber rezeki bagi sesetengah penjual di pasar-pasar basah yang ada di Sarawak.
Untuk menyediakannya pula begitu mudah sekali iaitu lelitak harus direndam terlebih dahulu dengan air panas dan kemudiannya dibersihkan dengan limau bagi menghilangkan lendirnya. Kemudian segala isi perut lelitak akan dibuang dan selepas itu terpulanglah kepada si tukang masak samada untuk membuatnya sebagai sup ataupun ditumis sahaja.
Setakat ini hanya di Sarawak yang menjadikan lelitak sebagai sebahagian daripada kulinari eksotiknya. Tempat lain di Malaysia? Allahualam. 😀
-HB-
#KamekSayangSarawakBah!
Rujukan:
- Lintah “Lelitak” Makanan Eksotik Sarawak http://www.malaysia1news.my/portal/image/925
- Bites! Lelita http://eltm1992.blogspot.my/2013/03/lelitak.html
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih