Apa yang korang buat kalau orang yang paling korang sayang kena bunuh? Itulah yang dihadap oleh Tian Mingjian, seorang lelaki Cina yang malang.

Pada tahun 1980, Republik Komunis China telah menguatkuasakan polisi anak seorang. Dasar ini mewajibkan seorang sahaja cahaya mata untuk sepasang suami isteri. Pada pandangan kerajaan, kadar kelahiran rakyat terlalu cepat dan perlu dikawal.

Tragedi menyayat hati ini berlaku pada 1994. Tian Mingjian, seorang pegawai dalam angkatan tentera China telah mempunyai kehidupan yang sempurna. Dia bahagia dengan seorang isteri dan seorang anak perempuan.

Semuanya baik-baik saja sehinggalah Mingjian berhasrat untuk menambah anak. Isterinya mengandung lagi kali ke-2. Sebenarnya, kerajaan China mengharamkan perkara ini. Mingjian cuba menutup kehamilan isterinya daripada pengetahuan pihak atasan.

Malangnya, ada pegawai dapat menghidup apa yang berlaku. Perkara ini dilaporkan kepada pegawai bertugas. Ketika kandungan isteri Mingjian mencecah 7 bulan, seorang pegawai perancang keluarga telah mengetuk pintu rumahnya. Mereka mengheret isteri Mingjian dan memaksa ibu itu untuk menggugurkan kandungan.

Peristiwa paling buruk akhirnya berlaku. Prosedur tak berberikemanusiaan itu telah meragut nyawa ibu dan anak yang dikandungnya. Nasi sudah menjadi bubur. Mingjian kehilangan orang yang paling disayanginya. Hatinya hancur beribu.

Apa Mingjian buat?

Dengan bersenjatakan pistol, dia masuk ke pejabat polis dan menembak mati pegawai yang membocorkan kehamilan isterinya kepada pihak atasan. Pejabat polis bermandi marah! Mingjian mengamuk dan menembak rawak sesiapa sahaja yang ada di hadapannya.

29 orang terbunuh dan 200 orang cedera.

Amukan berdarah Tian Mingjian tamat apabila sebutir peluru sniper menembusi tubuhnya. Dia pulang ke negeri abadi untuk menemui kekasih hati, setelah dendam kesumat terlunasi.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Pembunuhan yang dilakukan Tian Mingjian memang salah, namun ada peristiwa tragis di sebaliknya. Korang yang meminati plot pembunuhan, boleh baca fiksyen THE INSECT yang mendebarkan. Klik https://bit.ly/2ZJqNsS

Jangan lepaskan peluang pada 25 September sampai 8 Oktober ini, ada diskaun RM10 untuk semua buku kami. Diskaun 11% untuk buku-buku baru iaitu KITAB TAMADUN EROPAH dan QUANTUM. Korang yang membeli di webstore atau walk in akan mendapat freegift istimewa!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply