Komarudin atau nama Koreanya Yang Chil Sung dan nama Jepunya Sichisei Yanagawa adalah salah satu pahlawan nasional Indonesia yang berasal dari Korea Selatan. Beliau adalah pemuda berasal dari Wanju, daerah Joella Utara, Korea Selatan.

Ketika P3rang Dunia Kedua, Korea telah menjadi sebahagian empayar Imperial Jepun (1908-1945).Yang Chil Sung telah dikerahkan menjadi t3ntera Jepun dan penjaga para t4hanan di Asia Tenggara. Beliau telah menjejakkan kaki di Bandung pada tahun 1942 sebagai penjaga kem para t4hanan yang ditahan sepanjang pen4klukan Jepun ke atas Indonesia.

Ketika beliau menjadi penjaga di kem t4hanan di Bandung, seorang gadis  tempatan bernama Lience Wenas sering melawat kakaknya yang ditahan. Kedatangan wanita tersebut telah menarik perhatian Yang Chil Sung sehingga keduanya bertemu dan jatuh cinta. Akhirnya, Yang Chil Sung dengan gadis tersebut telah berkahwin dan memiliki seorang anak lelaki bernama Eddy Jawan yang dibesarkan oleh seorang wanita dari Sulawesi.

Yang Chil Sung    sumber: http://world.kbs.co.kr/indonesian/event/i40y_2015/

Pada tahun 1945, Imperial Jepun telah menyerah diri kepada pihak sekutu. Bangsa Indonesia mengisytiharkan diri mereka sebagai bangsa yang merdeka. Pemuda-pemuda Indonesia antaranya pemuda dari Pasundan telah melancarkan s3rangan untuk menghabisi t3ntera Jepun yang tersisa ketika itu. Banyak t3ntera Jepun yang hara-kiri atau bunvh diri gaya Jepun dan sisanya juga banyak yang dibvnuh oleh rakyat Indonesia.

Rakan-rakan sepasukan Komarudin yang majoriti berbangsa Korea dipercayai ditangkap oleh pemuda-pemuda tempatan.  Mereka yang ditahan ingin dihvkum m4ti oleh para pemuda tetapi dihalang oleh Major Saoed Moestofa Kosasih (Pemimpin Pasukan Pengeran PakPak). Dikatakan beberapa rakan Yang Chil Sung juga bertindak mahu hara-kiri tetapi dihalang oleh Major Kosasih.

Hal ini dilakukan oleh Major Kosasih kerana beliau mempunyai rancangan lain iaitu menggunakan Yang Chil Sung dan rakanya sebagai para pelatih untuk melatih warga tempatan dalam bidang ket3nteraan di Wanaraja. Setelah sekian lama Yang Chil Sung dan rakanya hidup bersama dengan rakyat tempatan di Wanaraja, mereka memutuskan untuk memeluk Islam dengan dipimpin oleh Raden Djajadiwangsa.

Yang Chil Sung menukar namanya sebagai Komarudin, rakan sepasukanya Masahiro Aoki menjadi Abu Bakar dan Hasegawa menjadi Usman. Selain itu, terdapat beberapa t3ntera Jepun berbangsa Korea yang memeluk Islam dan menukar nama tetapi informasi detail kurang diketahui.

Dua tahun setelah P3rang tamat, t3ntera Belanda kembali ke Indonesia. Bung Karno atau Soekarno sebagai pimpinan tertinggi Negara Indonesia melancarkan revolusi menentang para penjajah yang menyusup di seluruh wilayah Indonesia. Pada masa yang sama, Pasukan Pangeran Pakpak tidak terkecuali untuk mengusir penjajah di Garut. Pasukan Pengeran Pakpak atau PPP telah membahagikan ahli mereka menjadi beberapa kumpulan antaranya tim putih yang diketuai oleh Komarudin.

Sepanjang s3rangan gerila yang dilakukan PPP, Komarudin terkenal dengan keahlianya mensab0taj fasiliti Belanda, merancang strategi dan mencipta b0m. Komarudin dan pasukannya telah merob0hkan beberapa jambatan yang menjadi akses mudah untuk t3ntera Belanda men4kluki desa-desa di wilayah Garut. Jambatan Sungai Cimanuk dan Jambatan kecil sebuah desa Cinunuk telah dirob0hkan oleh b0m buatan Komarudin telah menyusahkan serta melambatkan pergerakan t3ntera Belanda.

Kemampuan dan bakat beliau mengundang persoalan kerana majoriti orang Korea yang menyertai t3ntera Jepun adalah Gunsok yang hanya mampu menggunakan s3njata. Beberapa ahli sejarah melabelkan Komarudin kemungkinan berasal dari Phorokamsiwon yang ahli dalam bidang ket3nteraan.

Foto Komarudin, Abu Bakar dan Usman di Majalah Jepun

Pada awal 1948, temeterainya perjanjian Renvile telah menyebabkan divisi Siliwangi yang dibawahnya terdapat PPP telah diarahkan untuk berpindah ke Yogyakarta. Major Kosasih antara yang menurut perintah untuk berpindah dan meninggalkan PPP kepada Leftenan Joehana. Beliau menyerahkan sisa t3ntera PPP kepada Leftenan Joehana bagi mempertahankan kota Garut dari genggaman Belanda. Leftenan Djoehana telah ditugaskan untuk memimpin bekas ahli PPP termasuk Komarudin dan rakanya dan bergabung dibawah naungan Br!gade Tjitaroem pimpinan Letnan Kolonel Soetoko.

Nama dan kehebatan Komarudin telah sampai ke telinga t3ntera Belanda adalah penyebab beberapa ahli PPP telah menjadi perisik atau anjing t3ntera Belanda. Komarudin bersama pasukanya dapat mengesan beberapa mata-mata Belanda dalam PPP dan bertindak untuk menculik mereka. Pada pertengahan tahun 1948, Leftenan Djoehana bersama mengadakan perjumpaan dengan pasukan Pasundan dan Darul Islam di perkampungan yang terletak dikaki gunung Dora.

Disebabkan wujudnya beberapa musuh dalam selimut didalam PPP, pertemuan mereka diketahui Belanda.  Soebarjo atau nama sebenarnya Shiroyama/Lee Hyung Yo menjadi penjaga markas persembunyian mereka telah dibvnuh oleh t3ntera Belanda. Akhirnya Leftenan Djoehana, Komarudin, Usman dan Abu Bakar telah ditangkap dan dipenjara.

Leftenan Djoehana yang berkebolehan berbahasa Belanda telah dibebaskan dan menurut jurnalis Leftenan menyesal kerana tidak dapat menyelamatkan mereka bertiga. Majlis Militer Belanda telah memutuskan untuk menjatvhkan hvkvman m4ti terhadap Komarudin, Abu Bakar dan Usman kerana mereka dilabel sebagai p3njenay4h p3rang dan orang asing. Sehari sebelum dikenakan hukuman m4ti,  Komarudin, Abu Bakar dan Usman meninggalkan pesanan kepada seorang penghulu untuk dim4kamkan secara Islam setelah mereka dihukum m4ti.

Komarudin(Yang Chil Sung) dan Abu Bakar(Hasegawa) diiringi t3ntera Belanda Yon 3-41. Sumber: http://world.kbs.co.kr/indonesian/event/i40y_2015/

Komarudin, Abu Bakar dan Usman telah dibawa ke padang Kherkoff atau lebih dikenal padang merah. Padang tersebut adalah tempat dimana mereka akan dit3mbak m4ti. Menurut saksi, Komarudin sempat berteriak “Merdeka!” sebelum beliau r3bah ke bumi akibat satu t3mbakan memb3nam di kepalanya.

Ketiga-tiganya telah mengh3mbuskan nafas pada 10 Ogos 1949. J3nazah Komarudin dan kedua-dua rakanya itu dimak4mkan di Pasir Pogor. Pada tahun 1975, makam mereka dipindahkan ke Makam Pahlawan Tenjolaya dan batu nisan mereka diganti pada tahun 1995.

Pada masa yang sama, Komarudin ditabalkan menjadi Pahlawan Nasional Indonesia dengan kehadiran tetamu besar antaranya anak kandungnya sendiri Eddy Jawan, Choi Gye Wol (Pemimpin Kodeco Group), 20 anggota keluarga Yang Chil Sung dari Korea, dan staf Kedutaan Besar Korea Selatan di Indonesia.

Pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah Komarudin ini adalah dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Dimana saja kita menetap dan mencari rezeki, wajib bagi kita menghormati dan menjaga tempat yang kita tinggal.

Dan orang yang patut kita banteras dan hati hati adalah orang yang berpihak kepada musuh. Sesungguhnya mereka adalah penyebab kepada kehancuran kepada kita semua. Akhir kata, bersediakah kita untuk m4ti demi Malaysia!?

Artikel dikirimkan oleh Zaydol East untuk The Patriots.

RUJUKAN:

KBS World Radio. 2015.“Yang Chil Sung” Purnama Menyinari Kemerdekaan Indonesia. http://world.kbs.co.kr/indonesian/event/i40y_2015/

Sejarah Kodam VI Siliwangi. (1968). Siliwangi Dari Masa Ke Masa. Fakta Mahjuma Publisher.

Melawan Lupa Metro TV.(2019). Seorang Pejuang Korea dalam P3rang Kemerdekaan Indonesia. https://www.youtube.com/watch?v=6N6GBviYno0

Eko Prasetyo.(2019). Perjuangan Yang Chil Sung, Serdadu Korea yang Jadi Pahlawan Indonesia & Berganti Nama Jadi Komarudin. Berita Nasional. https://jambi.tribunnews.com/2019/01/22/perjuangan-yang-chil-sung-serdadu-korea-yang-jadi-pahlawan-indonesia-berganti-nama-jadi-komarudin

MBC Jeomju In Korea. (2019).[MBC 특집 다큐] 인도네시아 독립영웅 조선인 양칠성/[MBC Dokumenter Khusus] Pahlawan Independen Indonesia Yang Chil sung Korea. https://www.youtube.com/watch?v=zliJzVAPG_I


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.