Malaysia mungkin mempunyai perspektif yang diromantiskan tentang Jepun. Sejak 1990-an lagi, nama Jepun sering dipetik sebagai contoh ikutan.
30 tahun kemudian, realiti mula menyedarkan semua orang bahawa kehidupan di Jepun tidaklah manis seperti disangka.
Kes bµnµh diri sentiasa berlaku di Jepun. Pada bulan Oktober 2020 misalnya, lebih ramai orang pergi buat selamanya kerana bµnµh diri berbanding COVID-19 sendiri (Wang, et al., 2020). Wanita paling terkesan dalam kalangan mereka.
Inilah realiti yang menghantui rakyat Jepun, sebuah kehidupan dibina pada landasan harapan tanpa henti mempengaruhi hidup individu. Setiap hari rakyat Jepun perlu berusaha mencapai sesuatu.
Dan itu mungkin antara punca kenapa Shoji Morimoto amat diperlukan di Jepun. Apabila seorang manusia menyewa dirinya, tujuan mesti tidak bermoral.
Tetapi Morimoto menyewakan dirinya sejak tahun 2018 untuk “tidak membuat apa-apa”.
Sehingga 5 Februari 2021, Morimoto mempunyai 261,400 orang pengikut di Twitter. Beliau sekadar meminjam dirinya untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Setiap sesi bernilai AS$96 termasuk tambang-tambang lain. Apabila dilanggan, Morimoto akan meluangkan beberapa jam sebagai teman ke mana-mana sahaja.
Beliau akan menjawab soalan, mendengar keluhan, memberi nasihat dan sebagainya.
Ada masa pelanggan perlu peneman ke pawagam. Jadi semuanya percuma buat Morimoto, yang dibayar untuk menonton lagi. Kadangkala Morimoto diperlukan dalam sebuah helikopter.
Pintu gerbang Disneyland terbuka luas, apabila seorang pelanggan menjemputnya. Dan seorang lelaki yang curang juga pernah berkongsi isi hati ketika memakan bersama Morimoto.
Semua orang menerima sokongan moral. Morimoto pernah menemani seorang lelaki yang sedang memfailkan dokumen perceraian. Beliau pernah menemani seorang pesa-kit yang cuba membµnµh diri (Lantican, 2021).
Dijangka Morimoto sudah meraih pendapatan lumayan, barangkali AS$96,000 setahun dengann hanya menyewa diri untuk menjadi mulut dan telinga. Sampai Morimoto selamba boleh meninggalkan kariernya untuk mengubati jiwa orang.
Inilah realiti penting harus dikupas bagi memahami kehidupan di Jepun, yang sebenarnya jauh sekali sebuah utopia.
Antara perkara yang paling jelas dalam kehidupan Jepun ialah rumah kecil. Jepun mempunyai populasi seramai 126.3 juta orang yang terpaksa bersesakan dalam tanah terhad.
Rumah yang kecil boleh mempengaruhi kesihatan dan kebahagiaan hidup (Usborne, 2018).
Dalam sebuah penyelidikan mendalam yang dijalankan empat sarjana psikologi, isu kehidupan bersesakan menjadi tanya tanya.
Orang terlalu ramai menyebabkan sumber semulajadi ialah satu persaingan. Kemampuan diri perlu diperbaiki setiap masa, yang menggalakkan persaingan sosial dan barangkali pertembungan jika ada (Sng, et al., 2017).
Disebabkan itulah ada pakar psikologi yang bersedia untuk merawat masalah mental dalam kalangan orang ramai. Tetapi bukan semua orang mampu membayar perkhidmatan ini.
Jadi mereka menyimpan perasaan dalam satu tempoh yang sangat lama, akhirnya menyebabkan kejadian-kejadian tidak diingini. Apabila ada duit, baru mereka mencari ahli terapi.
Inilah antara punca kenapa Morimoto mempunyai jaringan sangat luas.
Kerana Morimoto juga sedang melaksanakan usaha terapi, untuk membantu golongan yang memerlukan.
Pakar-pakar psikologi mungkin tidak sesekali akan keluar pejabat semata-mata untuk memenuhi kehendak pelanggan. Tetapi Morimoto menggunakan kaedah jauh berlainan, seperti menca-bar pula arus perdana melibatkan pengamal psikologi.
Jadi sebarang usaha memaniskan Jepun sebenarnya agak misleading juga. Kerana Jepun masih digelumangi pelbagai jenis masalah yang bersifat kro-nik.
Kerajaan Jepun sedang cuba merancakkan ekonomi negara yang semakin perlahan.
Tidak cukup dengan itu, masyarakat Jepun juga semakin tua (bermakna jurang antara muda dan tua terlalu jauh) disebabkan kadar kelahiran tidak merangsangkan kelangsungan populasi masa hadapan.
Dua perkara ini sedang menjejaskan potensi Jepun untuk bergerak ke hadapan – tidak lupa juga apabila satu pertiga wanita bujang sebenarnya sedang dihimpit kemiskinan.
Amatlah wajar untuk mengambil kira kemajuan teknologi dalam kalangan bangsa Jepun. Namun dari segi prestasi sosial, barangkali Malaysia lebih baik berbanding Jepun yang diagung-agungkan.
RUJUKAN:
Lantican, F. (2021, Januari 15). In Japan, You Can Rent a Person To Do Nothing. Vice.
Sng, O., et al. (2017, Februari 14). Does Living in Crowded Places Drive People Crazy? Scientific American.
Usborne, S. (2018, Oktober 10). Shoebox Britain: how shrinking homes are affecting our health and happiness. The Guardian.
Wang, S., et al. (2020, November 30). In Japan, more people (ditapiskan) from (ditapiskan) last month than from Covid in all of 2020. And women have been (ditapiskan) most. CNN.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih