Dengar kata Maharaja Qianlong masih hidup dan kini berkerja sebagai penipu online? Kalau korang percaya, maknanya sangat mudah nak tipu korang. Baiklah, aku anggap kes ini sebagai salah satu kes ‘scammer’ tetapi semakin maju dengan sedikit sentuhan tradisi imperialis China pada zaman moden.
Ceritanya adalah tentang budaya jenay4h ‘scam’ pada zaman moden yang melibatkan seorang mangsa yang bendul yang mudah diambil kesempatan kerana kepercayaannya terhadap mitos “ramuan cecair keabadian” lalu ditipu hingga kehilangan sebahagian hartanya kerana cuba membantu seorang ‘mantan maharaja’ yang mahu mendapat kembali aset dan harta peninggalan kerajaannya.
Si pelaku itu telah menyamar sebagai bekas maharaja Dinasti Qing di China iaitu Maharaja Qianlong, dia mendakwa telah pun mencapai usia 300 tahun. Manakaka rakannya bertindak sebagai orang tengah.
Qianlong nampaknya telah menemui ramuan rahsia yang diimpikan setiap maharaja-maharaja China dahulu iaitu “cecair keabadian” (elixir of life) atau maulhayat. Ini berdasarkan tubuh badan beliau yang masih sihat dan kuat setelah mendakwa pernah meminum ramuan itu pada tiga abad yang lepas.
Dah macam kes Sultan Melaka versi China, cuma yang versi China ini bukan klaim sebagai pewaris atau keturunan Maharaja, tetapi dia klaim dia adalah bekas maharaja yang masih hidup sejak dua abad yang lalu.
Baik, dipendekkan cerita, seorang lelaki memberitahu kepada seorang wanita di selatan China bahawa dia boleh mengakses dan mengeluarkan “harta simpanan imperialis” yang merupakan hak milik dirinya sendiri, tetapi, macam biasalah, sebagai seorang scammer, dia menyatakan bahawa dia hanya memerlukan sedikit wang pendahuluan bagi tujuan “mengeluarkan harta simpanan” itu.
DIPERDAYA OLEH AURA IMPERIALIS
Wan Jianmin, 55 tahun, telah dibicarakan di mahkamah di Shenzhen pada tahun 2016 kerana menipu seorang wanita Guangdong dan suaminya sejumlah wang bernilai lebih dari RMB 40 juta.
Wanita itu pada asalnya hanya menyerahkan wang sebanyak 2 juta yuan kepada rakan sejenay4h lelaki itu, bertujuan hanya untuk membeli batu permata jed yang berbentuk kobis, dia mahu menjadikan permata itu sebagai tangkal bertuah.
“Maharaja Qianlong” kemudian diperkenalkan kepada wanita tersebut oleh Wan yang berperanan sebagai ‘conman’ dan orang tengah untuk memer4ngkap wanita tersebut. Ini menambahkan lagi keyakinan golongan yang jarang terdedah dengan maklumat sebenar di media sosial.
Dengan mengaku sebagai anak didik pelabur global terkenal, George Soros, Wan memujuknya untuk melibatkan diri dengan tambahan 45 juta yuan bagi melabur dalam program pertumbuhan kewangan yang menjana keuntungan dan melabur untuk sebuah firma teknologi di bandar selatan Shenzhen. Macam MLM lah maksudnya.
Untuk kes Maharaja Qianlong pula dia telah menipu dengan berpura-pura mengawal sejumlah dana bernilai lebih RMB 300 bilion yang menurutnya adalah milik keluarga imperialis Dinasti Qing. Bagi menguatkan lagi dakwaannya, Wan Jianmin memperkenalkan wanita itu dengan ‘Maharaja Qianlong’ yang masih hidup dan sudah berusia lebih dari 300 tahun kerana meminum “ramuan cecair keabadian”.
Kedua-dua lelaki ini telah berjaya ‘sailang’ duit wanita tersebut, mereka membelanjakannya untuk rumah, kereta dan ubat-ubatan, tetapi akhirnya kantoi, ditahan dan didapati bersalah dalam perbicaraan di mahkamah Shenzhen.
Antara tahun 2012 dan 2014, mangsa, Zheng Xueju dan suaminya menyerahkan berjuta-juta RMB kepada Wan Jianmin untuk melabur dalam dana pertumbuhan tinggi dan sebagai modal operasi untuk melepaskan aset Maharaja yang sedang dibekukan.
Menurut catatan mahkamah, Wan adalah penipu bersiri yang telah berkali-kali mengaku dirinya dalam beberapa watak individu penting, dia pernah menyamar sebagai veteran Per4ng Vietnam, kadangkala sebagai dalang yang mengawal nilai mata wang antarabangsa, pernah mengaku sebagai anak didik George Soros, atau sebagai ketua di sebalik tabir Royal Bank of Canada, dia juga mendakwa sangat rapat dengan pemimpin tenter4 China.
Tetapi, memperkenalkan mangsanya dengan Maharaja Qianlong adalah kali pertama berlaku dalam sejarah kes penipuan begini. Dan ini bukan kali pertama seseorang ditipu kerana terpesona dengan aura imperialis yang digunakan untuk memujuk mereka mengeluarkan wang tunai dalam jumlah yang besar.
KES-KES LAIN
Seorang wanita berusia 48 tahun pernah menyamar sebagai seorang puteri dari keluarga dinasti Qing, yang mendakwa dia memiliki akses terhadap peninggalan harta bernilai 175 bilion yuan. Antara tahun 2013 dan 2014 sahaja, dia meraih kira-kira 2 hingga 3 juta yuan hasil menipu beberapa orang mangsa di wilayah Henan.
Pada tahun 2011, seorang lelaki di Sichuan memberikan seorang wanita wang tunai berjumlah 30 juta yuan setelah wanita itu mendakwa dia berasal dari keluarga Aisin Gioro, keturunan pemerintah Dinasti Qing. Wanita itu mendakwa dia memiliki 98 juta yuan yang disimpan di sebuah gua tetapi, (korang mesti dah boleh agak kan?) seperti biasa, dia memerlukan sejumlah wang untuk merasuah pengawal.
SIAPAKAH MAHARAJA QIANLONG?
Maharaja Qianlong adalah maharaja keenam dinasti Qing. Dilahirkan di Beijing pada tahun 1711, pemerintahannya selama enam dekad menjadikan dia sebagai maharaja yang paling lama memerintah dalam sejarah China tetapi secara de facto.
Dia diingati sebagai pemerintah yang berjaya meluaskan sempadan empayarnya sejauh ke Xinjiang moden, memperkukuhkan cengkamannya di Tibet, dan melaksanakan siri kempen ketent3raan yang berjaya menghilangkan anc4man terhadap timur laut China dari suku nomad Turkik dan Mongol.
Tetapi dua dekad terakhir pemerintahannya juga telah dicalarkan dengan masalah pembaziran wang negara yang dibelanjakan untuk membina istana mewah dan gejala korupsi dalam kerajaan yang menjadikan pemerintahan Qing bertambah lemah. Qianlong juga dikenang sebagai pemerintah imperial China yang paling kej4m menind4s umat Islam dengan dasar-dasar undang-undang anti-Islam yang diperkenalkannya.
Maharaja Qianlong melepaskan takhtanya pada usia 85 tahun, setelah hampir 61 tahun memerintah. Takhta diwariskan kepada puteranya, Maharaja Jiaqing yang berusia 36 tahun pada tahun 1796. Selama tiga tahun berikutnya, dia memegang gelaran “Taishang Huang” (Maharaja Bersara) walaupun dia terus mengawal kuasa dan Maharaja Jiaqing hanya sekadar memerintah atas nama sahaja.
Dikatakan dia bertindak turun dari takhta atas dasar menghormati adat agar tidak memerintah melebihi tempoh pemerintahan datuknya, Maharaja Kangxi, yang memerintah selama 61 tahun dan menjadi maharaja China yang paling lama memerintah dalam sejarah, walaubagaimanapun, Qianlong telah memerintah jauh lebih lama kerana dia memerintah secara de facto selepas turun dari takhta.
MODUS OPERANDI SCAMMER
Penipuan sebegini adalah variasi dari penipuan klasik Sepanyol yang berakar dari akhir abad ke-18, di mana penipu itu mendakwa dia cuba menyeludup keluar seorang individu yang sangat kaya dari sebuah penj4ra di Sepanyol. Apa yang dia perlukan hanyalah sejumlah bayaran pendahuluan untuk memberikan rasuah kepada pengawal pengawal, maka setelah individu itu dibebaskan, dia menjanjikan bahawa harta kekayaan individu itu akan dikongsi bersama-sama.
Hari ini, kita mungkin boleh menerima pesanan di Facebook Messenger atau menerima e-mel dari seseorang yang berpura-pura menjadi seorang lelaki Amerika berkulit putih yang tampan mengajak anda berkenalan, lama kelamaan dia membuatkan anda jatuh hati dan percaya padanya.
Kemudian, dia akan memberitahu hasratnya untuk datang ke Malaysia samada hendak bertemu saja atau mahu mengahwini anda. Alamak, sayangnya, aset miliknya pula telah dibeku oleh kerajaan.
Bagi menyelesaikan ‘masalah’ ini, dia akan memberitahu apa yang anda harus lakukan, biasanya dia akan minta anda hantar butiran akaun bank peribadi, dan sejumlah wang akan dipindahkan ke akaun anda, dia kemudian akan berjanji untuk berkongsi wang itu dengan anda apabila dia telah tiba di Malaysia. Anda pun tanpa rasa was-was terus melakukan apa saja yang disuruhnya.
Maka sempurnalah penipuannya terhadap anda. Siapa anda tu? Perempuan lah, siapa lagi. Biasanya makcik-makcik yang sudah berusia dan ketiadaan suami, tak banyak kes yang mereka sasarkan kepada wanita muda kerana wanita muda agak mahir dengan diaspora media sosial, melainkan jika dia seorang yang tidak dipantau oleh ibu bapa atau rakan-rakan, maka dia akan cenderung menjadi mangsa kecurian identiti.
APA YANG PERLU KITA LAKUKAN?
Berhati-hatilah samada untuk diri sendiri dan orang sekeliling, pantaulah mereka yang tidak biasa dengan media sosial agar mereka tidak mudah terpedaya dengan tipu helah sebegini. Jangan panik dan ikutlah arahan diberikan pemanggil, tanpa terlebih dahulu menghubungi polis atau institusi kewangan terbabit. Dengar dan hafal dengan teliti setiap maklumat yang anda dapat.
Bertenang dan jangan hubungi semula nombor telefon yang anda terima. Sebaliknya dapatkan nombor telefon rasmi syarikat, organisasi atau institusi terbabit untuk pengesahan lanjut.
Jangan sesekali anda dedahkan maklumat akaun bank, nombor kad debit ATM atau kad kredit anda kepada orang yang tidak dikenali. Anda boleh merujuk laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan nasihat terkini berhubung penipuan atas talian.
Jika anda memiliki maklumat berkenaan sebarang jenay4h scam, usah teragak-agak untuk melaporkannya kepada pihak polis atau SPRM untuk membantu. Seorang pemberi maklumat akan dijamin keselamatannya secara penuh berdasarkan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
RUJUKAN:
The Beijinger: Beijing Emperor and Qing Dynasty Scammer Faces Prison Time in Shenzhen
Berita Harian: Jangan Mudah Terpedaya Jenay4h Macau Scam
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih