Sebulan sekali, seorang lelaki Irish berumur 33 tahun akan menyuntik air maninya sendiri ke dalam salur darah lengan kanannya dan berharap sakit belakangnya yang kronik akan sembuh.
Doktor terjumpa kes pelik ini apabila lelaki tersebut dihantar ke Hospital Dublin apabila sakit belakangnya tidak hilang beberapa hari selepas mengangkat objek berat.
Setelah melakukan pemeriksaan, doktor mendapati lengan kanannya sedikit bengkak dan kemerah-merahan – menunjukkan petanda jangkitan subkutin. Ujian sinaran-x (x-ray) menunjukkan petanda bengkak bernanah di dalam kulit.
Pesakit memberitahu kepada doktor bahawa mungkin bengkak tersebut berpunca daripada suntikan air maninya sendiri.
Sakit belakang memang biasa berlaku dalam kalangan lelaki dan lelaki ini mendatangkan pendekatan yang pelik untuk mengubatinya.
Tahun-tahun kebelakangan ini, lelaki ini telah menyuntik dirinya sebulan sekali untuk mengubati sakit belakang. Baru-baru ini dos suntikan tersebut telah meningkat.
Jangkitan subkutin akibat suntikan daripada air mani pernah dilaporkan dalam kajian saintifik. Tetapi kajian dibuat ke atas arnab dan tikus. Tidak pernah lagi suntikan air mani dilakukan ke atas manusia.
Lelaki ini menjadi bukti bahawa kesan yang sama turut berlaku pada manusia sepertimana tikus dan arnab.
Lelaki tersebut didiagnos mempunyai jangkitan bakteria dan doktor memberikan ubat anti-microb. Apa yang berlaku pada lelaki ini dibuat kajian oleh saintis dan kajiannya diterbitkan oleh Irish Medical Journal.
RUJUKAN:
- Dunne, L., Murphy, E., & Rutledge, R. (2019). “Semenly” Harmless Back Pain: An Unusual Presentation of a Subcutaneous Abscess.
- https://www.sciencealert.com/a-man-injected-himself-with-his-own-semen-to-cure-his-back-pain
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih