Tipikal kalau sudah makan banyak, maka bersedialah melihat orang tersandar di kerusi macam ular sawa. Tetapi bagi lelaki ini, dia mempunyai selera makan yang luar biasa sehinggakan orang takut meninggalkan haiwan peliharaan mereka bersamanya. Mereka bimbang lelaki bernama Tarrare ini akan menjadikan kucing atau anjing sebagai sajian makan malamnya…

Tidak diketahui identiti sebenar Tarrare tetapi dia dilahirkan di Lyon pada 1772. (Bondeson, 2004; Gould dan Pyle, 1966) Sejak kecil lagi, dia dikatakan sudah mempunyai selera makan yang besar dan luar biasa. Mengikut rekod Jurnal Fizikal dan Perubatan London, Tarrare dikatakan berupaya makan suku daging lembu bila menginjak usia remaja.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Disebabkan tidak berupaya memberinya sejumlah besar makanan diperlukan, keluarganya memilih mengusir Tarrare dari rumah sekaligus memaksanya hidup di jalanan. Bila sudah berada di luar, dia terpaksa menc.uri dan menyelongkar tong-tong sampah untuk mendapatkan makanan.

Tetapi lama-kelamaan, Tarrare sedar bakatnya itu boleh digunakan sebagai satu bentuk persembahan dan meraih pendapatan. Untuk itu, dia memilih menyertai kumpulan pertunjukan dan menjadi aksi pemanas badan kepada penonton sebelum melihat persembahan utama. Bagi menarik perhatian mereka, Tarrare dicabar makan apa saja termasuk flin, gabus dan sejumlah besar buah epal.

Namun begitu, pekerjaannya itu diteruskan apabila dia pulang ke rumah. Mengikut laporan Dr Pierre-Francois Percy yang memeriksanya, Tarrare dikatakan mampu makan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing dalam satu-satu masa.

Dalam satu pemerhatiannya, dia meng.oyak dan meng.eluark.an isi perut seekor kucing hidup-hidup, m.inu.m da.rahn.ya sebelum men.guny.ah dagingnya sebelum m.luda.h keluar bulu-bulu haiwan berkenaan. Dan dalam satu laporan yang lain, Tarrare berupaya makan belut hidup-hidup dengan mengg.ig.it kepala sebelum menelannya tanpa perlu mengunyah. (Bondeson 2004)

Di sebalik selera makan dan jumlah makanan yang besar, dia hanya mempunyai berat 45 kg semasa menyertai Tentera Revolusi Perancis. Selepas menyertai tentera, dia hanya diberi catuan makanan yang terhad, satu masalah bagi orang yang mempunyai selera makan yang tinggi. Ini memaksanya melakukan tugas-tugas tertentu sebagai tukaran kepada mendapatkan catuan makanan tambahan.

Bagaimanapun, itu masih tidak mencukupi sekaligus mendorongnya menyelongkar tandas dan tong-tong sampah. Dan ini memberi idea kepada pihak ten.te.ra untuk menggunakan bakatnya itu sebagai perisik. Caranya ialah dia menelan sebuah kotak kayu yang mengandungi sepucuk sampul surat agar dapat disampaikan kepada tawanan-tawanan tentera Perancis yang ditahan di perbatasan.

Sebaik saja ia dikeluarkan menerusi kaedah buang air besar dan mesej sampai kepada mereka, surat tersebut akan dimakan semula bagi mengelakkan ia diketahui pihak musuh.

Begitupun, eksperimen ini tidak menjadi apabila pihak Prussia menahannya hasil laporan penduduk tempatan kerana Tarrare tidak fasih bertutur Bahasa Jerman. Sebaik ditahan, dia dipenjarakan semalaman sebelum akhirnya mendedahkan apa yang berlaku. Tetapi sebaik kotak kayu itu berjaya dikeluarkan, pihak Prussia terkejut mesej yang kononnya dokumen penting Perancis hanya sekadar helah semata-mata.

Mengikut rancangan mereka, Tarrare sepatutnya dikenakan hukuman gantung sampai m.a.ti. Tetapi pada saat akhir, komander tentera Prussia mengarahkan ia dibatalkan sebaliknya mengarahkan dia dip.u.kul sebelum dilepaskan ke sempadan Perancis. Tarrare dibawab ke seuah hospital di Soultz dan bimbang dikerah kembali menyertai tentera, dia merayu kepada doktor yang merawatnya, Percy untuk mengenalpasti apa yang menimpa dirinya. (Bondeson, 2004)

Percy mencuba pelbagai jenis terapi rawatan untuk memulihkan masalah selera makan luar biasa pesakitnya itu termasuk opium dan tembakau tetapi gagal. Malah, Tarrare pernah mencuba makan sejumlah besar telur rebus untuk mengurangkan selera makannya tetapi tidak berhasil. Kerana terlalu lapar, dia kadang-kadang dikesan minum da.r.ah yang digunakan untuk pesakit lain atau menikmati mayat di rumah m.ay.at.

Melihat kepada semua ini, tidak hairanlah apabila kes kehilangan seorang kanak-kanak berusia 14 bulan dilaporkan, ramai mengesyaki Tarrare sebagai suspek utama. Justeru, sebagai langkah keselamatan, dia diusir keluar dari hospital dan kembali hidup di jalanan. (Bondeson, 2004)

Empat tahun selepas itu, Tarrare kembali dimasukkan ke hospital di Versailles dan disahkan menghidap penyakit tuberkulosis. Tetapi dia percaya penyakitnya itu berpunca akibat tindakannya menelan sebuah garfu emas bertahun-tahun sebelumnya. Tidak lama selepas itu, Tarrare mengalami cirit-birit yang teruk dan meninggal dunia pada 1798 semasa berusia 26 tahun.

Bagaimanapun, ramai pakar bedah enggan membedahnya atas alasan reputasi Tarrare yang menakutkan sebelum ini termasuk dakwaan menelan seorang kanak-kanak. Tetapi doktor yang merawatnya di Versailles, Dr M. Tessier merasa ingin tahu bagaimana pesakitnya itu boleh makan dalam satu jumlah yang besar dan masih merasa lapar. Lantaran itu, beliau mengarahkan proses bedah siasat dijalankan walaupun tidak dipersetujui pakar-pakar bedah lain.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Hasil laporan bedah siasat mendapati Tarrare mempunyai esofagus yang besar dan membawa mana-mana objek yang ditelannya terus masuk ke dalam perut. Selain itu, badannya turut dipenuhi dengan nanah dan mempunyai pundi hempedu, hati dan perut yang besar. Perutnya itu bukan saja berupaya mengisi sebahagian besar rongga abdomen malah turut diliputi dengan ulser. (Bondeson, 2004) Bagaimanapun, garfu yang dikatakan itu tidak ditemui sama sekali.

RUJUKAN:

Gould, G.M dan Pyle, W.L. (1966). Anomalies and Curiosities of Medicine. Blacksleet River.
Bondeson, Jan (2004), The Two-Headed Boy, and Other Medical Marvels. Cornell University Press. Halaman 276, 278-279.

Felton, J. (2021). The Man Who A.t.e Everything, From C.a.ts To Human C.orps.es (And Possibly A Child). IFLScience.

NOTA KAKI:

1. Percy ialah seorang pakar bedah dan doktor tentera Perancis. Merupakan pencipta jenis baru ambulans yang membenarkan pihak ten.te.ra yang membawa keluar tentera yang cedera atau sakit ke hospital dan beg perubatan bagi pasukan perubatan medan. Pernah berkhidmat sebagai doktor tentera semasa Revolusi Perancis dan angkatan perang Empayar Perancis yang diterajui Napoleon.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.