Sekian lama, penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian global. Amerika Syarikat misalnya kehilangan 659,000 nyawa setiap tahun angkara penyakit itu. Ini mewakili 1/4 kematian dan bersamaan satu kematian bagi setiap 36 saat.

Justeru saban tahun, US memperuntukkan sebanyak $363 billion sebagai dana perubatan khusus untuk penyakit jantung. Namun daripada ratusan ribu yang mati, hanya 3,597 orang sahaja berpeluang menerima jantung derma. Hampir 120,000 yang lain masih berada dalam senarai menunggu. Tidak pasti menunggu rawatan atau menunggu ajal.

Apa yang pasti, sekarang rawatan tidak lagi bergantung penuh pada jantung derma. Teknologi masa kini sudah menawarkan alternatif berupa jantung buatan – dengan pemindahan pertama dilakukan pada tahun 1982.

Ikutkan, memang penerima jantung buatan pertama hanya dapat bertahan selama 112 hari sahaja (model Jarvik-7). Namun, teknologi terus berkembang. Hari ini, jantung buatan model SynCardia Total Artificial Heart (TAH) mampu bertahan lebih 4 tahun – sebagaimana yang dibuktikan oleh pengguna dari Turki bernama Nurullah.

Jantung buatan sepenuhnya Syncardia (TAH), berharga sekitar $125,000 dan kini dipakai oleh lebih 1,700 orang pesakit sedunia

Apapun, perkongsian kali ini bukanlah tentang Nurullah. Tetapi seorang lagi pengguna jantung buatan dari Amerika Syarikat. Namanya Stan Larkin. Seperti Nurullah yang merupakan bekas pemain bola sepak, Larkin juga aktif bermain bola keranjang.

Bahkan, kali pertama penyakit jantungnya disedari adalah sewaktu dia pengsan di gelanggang pada tahun 2007. Masa itu, dia dan adiknya (Dominique) didiagnos menghidap kardiomiopati artimogenik ventrikel kanan – jenis kardiomiopati yang cenderung bersifat genetik dan merupakan punca utama kematian mengejut dalam kalangan atlet.

Pembedahan lantas dibuat pada November 2014. Jantung mereka berdua dikeluarkan dan diganti dengan TAH. Masa itu, TAH disambung pada mesin penjana Big Blue. Jadi mahu tidak mahu, masing-masing perlu terlantar saja di hospital sementara menunggu jantung derma.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Nasib Dominique apapun lebih baik. Enam minggu berikutnya, dia beroleh penderma. Bagi Stan pula, penantiannya berlangsung lebih setahun. Tepatnya, selama 555 hari. Ikutkan, sepanjang 555 hari itu dia perlu terlantar di hospital.

Namun, doktor (bernama Jonathan Haft) memberinya alternatif. Stan dibenarkan discaj dari hospital (University of Michigan Frankel Cardiovascular Centre). Syaratnya, TAH yang dipakai oleh Stan perlu disambung pada sebuah mesin penjana mudah-alih bernama Freedom.

Perbandingan antara Big Blue dan Freedom

Mesin Freedom ini fungsinya sama saja seperti Big Blue. Tetapi ia jauh lebih ringan dan kecil. Beratnya sekadar 6kg dan boleh diangkut dalam beg sandang. Cuma sebab nama pun ‘jantung’, jadi ke sana-sini memang perlu bawa bersama. Wa ima main bola keranjang, luang masa bersama anak-anak, mahupun pandu kereta – setiap masa Stan kena pakai beg sandang Freedom ini. Justeru, pergerakannya agak terbatas.

The Patriots berada di PBAKL 2022 bermula 3 June sehingga 12 June. Jumpa di sana!

Namun, terbatas lebih baik berbanding terlantar di hospital. Lagipun, penjagaan asasnya boleh dilakukan sendiri. Misalnya, menukar kain balutan yang menutupi lubang pembedahan (tempat tiub bersambung dengan badan) bagi mengelakkan jangkitan.

Mobiliti begini membolehkan Stan meneruskan aktiviti sehari-hari, sambil pada masa sama, menyesuaikan diri bagi menerima transplantasi jantung derma – yang diperoleh pada 9 Mei 2016. Semenjak itu, kesihatannya beransur pulih sekali gus menuding keberkesanan TAH sebagai alternatif buat pesakit jantung yang sedang menunggu jantung derma.

RUJUKAN

Howard, Jacqueline. (2016, 10 June). Man lives 555 days without a heart. CNN Health.

Marcus, Mary Brophy. (2016, 14 June). Man lived 555 days without a heart before transplant. CBS News.

McDonald, Fiona. (2018, 17 March). This 25-Year-Old Lived for More Than a Year Without a Heart. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Leave A Reply