Berlegar keratan sebuah tangkap layar komen seorang netizen di laman Facebook milik seorang agamawan yang  mengatakan bahawa Al-Imam At-Tirmidzi adalah seorang yang nyanyuk bahkan mereka menambah lagi bahawa mereka berasa bernasib baik kerana agamawan tersebut ada untuk membetulkan ‘kekeliruan’ Al-Imam.

Penulis sangat tersinggung membaca komentar biadab sebegini yang tentu sekali muncul akibat kejahilan serta sikap fanatik terhadap agamawan moden tanpa mereka benar-benar mengenali keperibadian Al-Imam.Justeru marilah berkenalan secara ringkas tentang Al-Imam.

Imam Al-Hafizh Ad-Dzahabi menukilkan biodata Al-Imam At-Tirmidzi di dalam kitab Siyaar A’alam An-Nubala’ beliau:

“Muhammad bin ‘Isa bin Saurah bin Musa bin Ad-Dhahhak,dan dikatakan juga namanya ialah; Muhammad bin ‘Isa bin Yazid bin Saurah bin Al-Sakan, seorang HAFIZH, ‘ALIM, IMAM lagi sangat CEMERLANG iaitulah Ibn ‘Isa As-Sulami At-Tirmidzi Ad-Dharir penulis bagi kitab Al Jami’ (Sunan), Al-‘Ilal dan selainnya.”

Di antara guru-guru Al- Imam:

  • Imam Ishaq bin Rahawaih/Rahuyah yang merupakan salah seorang guru kepada Imam Al-Bukhari.
  • Imam Muhammad bin Isma’il Al Bukhari,pengarang Al-Jaami’ Al-Musnad As-Sahih Al-Mukhtasar Min Umuri Rasulillah Wa Sunanihi Wa Ayyamihi, atau lebih terkenal disebut sebagai Sahih Al-Bukhari
  • Imam Muslim bin Hajjaj An-Naisaburiy, pengarang kitab Al-Musnad As-Sahih Al-Mukhtasar Min As-Sunan Bi Naqli ‘Adlin ‘An Adlin ‘An Rasulillah ﷺ yang lebih terkenal disebut sebagai Sahih Muslim.
  • Imam Abu Dawud As-Sijistani, pengarang kitab Sunan Abu Dawud

Dan ramai lagi yang tidak dapat dimuatkan dalam penulisan yang ringkas ini.

Al-Imam menerima terlalu banyak pujian dari alim ulama’ di zaman beliau.

Imam Ibn Hajar Al-Asqalaniy menukilkan:

Dan berkata Abu Al Fadhil Al Bailamaniy رحمة الله عليه : Aku mendengar dari Nasir bin Muhammad As-Syairkuhi رحمة الله عليه dia berkata:Aku mendengar Muhammad bin ‘Isa At-Tirmidzi رحمه الله تعلى رحمة واسعة berkata; Telah berkata kepadaku Muhammad bin Isma’il-Al Bukhari رحمه الله تعلى رحمة واسعة ; “Terlalu banyak yang aku peroleh manfaat dari engkau berbanding apa yang engkau peroleh manfaat daripada aku”

Al Hafizh Adz-Dzahabi رحمة الله عليه membawakan pujian Imam Al Hakim رحمة الله عليه kepada Imam Abu ‘Isa رحمه الله رحمة واسعة :

Telah berkata Al Hakim رحمة الله عليه :Aku telah mendengar ‘Umar bin ‘Ilk berkata: Telah meninggal dunia Al Bukhari رحمة الله عليه dan tidak ada penggantinya di Khurasan ini sepertimana Abu ‘Isa (At-Turmudzi) baik dari segi KEILMUANNYA,HAFALANNYA,sifat WARA’NYA dan ZUHUDNYA, sehinggakan kebutaan menimpanya dari kerana seringnya menangis”

Berbalik kepada tuduhan bahawa Al-Imam merupakan seorang yang nyanyuk,memadailah kita lihat betapa kuatnya hafalan dan ingatan beliau.Juga dinukilkan oleh Al-hafizh Adz-Dzahabi di dalam Siyaar beliau: Dan dinukilkan oleh Abu Saad Al Idrisiy رحمة الله عليه dengan sanad beliau, bahawa Abu ‘Isa At-Turmudzi رحمه الله تعلى رحمة واسعة bercerita tentang dirinya;

“Suatu hari aku dalam perjalanan menuju Makkah maka aku menuliskan dua juzu’ dari hadith-hadith yang aku telah dengarkan dari guruku.Maka apabila aku mendapatkan beliau aku bertanya kepadanya tentang catatanku dengan sangkaanku catatan aku itu masih berada bersamaku,sedangkan pada aku ketika itu hanyalah melainkan dua juzu’ lembaran kertas putih yang kosong.

Maka guruku menjawab pertanyaanku,dan apabila beliau selesai membacakan hadith-hadith itu kepadaku beliau melihat kepada lembaran kosong di tanganku itu,seraya bertanya : “Apakah engkau sekadar ingin bermain-main dengan aku?”

Lalu aku ceritakan kepadanya apa yang telah aku lakukan sebelum bertemunya kemudian aku katakan kepada beliau bahawa aku telah menghafalkan seluruh hadith-hadith itu semuanya.

Guruku lalu memerintahkan kepadaku; “Bacakan kembali hadith-hadith itu !”

Lalu aku membacakannya kepada beliau tanpa beliau membetulkan langsung bacaanku (tiada kesalahan langsung!). Beliau berkata kepadaku; “Engkau benar-benar menghafalkannya sebelum engkau datang ke mari?”

Maka aku berkata kepada beliau; “Perdengarkan kepadaku tambahan hadith-hadith yang lain”

Lalu guruku membacakan tambahan empat puluh hadith lagi kemudian menyuruh aku mengulanginya kembali. Akupun membacakannya dalam keadaan tidak tersalah walau satu huruf sekalipun”

 Selain daripada kelebihan hafalan beliau, Al-Imam juga memiliki ketetelitian yang tinggi di samping metodologi yang tersendiri dalam pemilihan hadith -hadith dalam kitab karangan beliau, sebagaimana keterangan beliau di dalam ‘Ilal As-Sughra iaitu sebuah bab yang menjelaskan kaedah penulisan kitab Al-Jami’ beliau atau lebih dikenali sebagai Sunan At-Tirmidzi.

Berkata Al-Imam: “Aku telah mengumpulkan seluruh hadith-hadith yang telahpun diamalkan (dalil) bagi sekalian ahli ilmu (di zaman beliau) kecuali 2 hadith sahaja, iaitu;

1) Hadith Sayyiduna ‘Abdullah ibn ‘Abbas رضي الله عنهما : Bahawa Rasulullahpernah menghimpunkan solat Zuhur dan Asar, kemudian Maghrib dan Isya’ ketika berada di Madinah yang bukan disebabkan kerana berada dalam perjalanan atau keadaan yang tidak tenteram dan tidak pula kerana hujan

2)Hadith yang mana Nabibersabda : “Jika seseorang meminum arak maka sebatlah ia dengan empat puluh sebatan,sekiranya dia mengulanginya sampai kali yang ke empat,mka bunuhlah ia”

Dan telah aku datangkan penjelasan kepada kecacatan (‘ilal) yang terkait pada periwayatan hadith-hadith ini di dalam kitabku ini

Bahkan kitab Al-Jami’ beliau telah dipersembahkan kepada seluruh ulama’ di Khurasan dan Hijaz apabila beliau siap mengarangnya dan diperakui oleh para ulama’ itu akan kebaikan kitabnya, sehingga disifatkan bahawa sesiapa sahaja yang memiliki kitab Al-Jami’ (Sunan At-Tirmidzi) di rumah maka seolah-olah rumahnya didiami oleh seorang nabi yang berkata-kata!

Demikianlah sekelumit dari lautan pujian serta kehebatan Al-Imam yang dapat penulis himpunkan bagi menjawab tohmahan yang tidak bertanggungjawab terhadap Al-Imam.Harapan penulis agar agamawan yang dipalitkan Namanya dalam tangkap layar komen biadab yang mentohmah Al-Imam dapat segera tampil membetulkan kekeliruan serta menegur ketaksuban para pengagum dan peminat beliau.

RUJUKAN:

Tahdzib At-Tahdzib, Imam Ibn hajar Al-Asqalani

Siyaar A’lam An-Nubala’, Imam Adz-Dzahabi

Tuhfah Al-Ahwazi bi Syarh At-Tirmidzi, Syeikh Abdul Rahim Al-Mubarakfuri


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.