Seorang warga Australia yang menetap di Israel diberitahu tidak boleh meninggalkan negara itu selama 8,000 tahun. Ini selepas Noam Huppert, 44, diberitahu dia berhutang wang saraan anak berjumlah £1.8 juta (RM10.17 juta) sejak 2013. Akibatnya, Huppert diberi surat melarangnya ke luar negara sehingga 31 Disember 9999!

Mengikut surat arahan mahkamah, dia diarah membayar wang sebanyak 5,000 shekel sebulan untuk kedua-dua anaknya sehingga mereka berusia 18 tahun. Tidak diketahui sama ada Huppert telah membawa pembayaran atau tidak. Atau keperluan sama ada dia perlu membayar keseluruhan wang yang dinyatakan agar perintah tersebut ditarik balik.

Bekas isteri Huppert yang berdarah Israel berpindah ke negara itu semasa anak-anak mereka berusia tiga dan lima tahun. Huppert kemudiannya mengikut mereka setahun kemudian. Selepas perintah tersebut dikeluarkan pada 2013, dia tidak dapat ke luar negara untuk semua jenis urusan termasuk urusan kerja.

Semasa ditemubual agensi berita Australia news.com.au, Huppert merasakan ini sebagai satu ketidakadilan terhadap dirinya. Dia percaya dia merupakan sebahagian daripada ramai warga asing yang ditindas sistem keadilan rejim hanya kerana berkahwin dengan wanita Israel. Huppert berharap dengan bercakap tentang pengalaman buruknya itu, ia mendorong lebih ramai orang untuk tampil dan berkongsi kisah mereka.

Undang-undang keluarga Israel dikritik keras ramai pihak kerana bersikap mendiskriminasi golongan wanita. Pada 2018, kementerian kewangan rejim mendapati 43% lelaki yang bercerai enggan membayar wang saraan anak-anak mereka kepada bekas isteri atau ibu tunggal.

Ini disebabkan mereka tidak dapat berbuat demikian kerana berdepan masalah pemotongan gaji. Bagaimanapun, pada 2017, mahkamah agung Israel menetapkan golongan bapa tidak seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya untuk alimoni – lebih-lebih lagi sekiranya bekas isteri mempunyai pendapatan melebihi mereka.

Situasi individu seperti Huppert mendorong Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada warganya agar tidak melawat negara itu sekiranya mereka mempunyai isu tertunggak membabitkan undang-undang negara itu. Jabatan Negara turut mengingatkan pihak rejim akan menuntut individu yang dinyatakan agar melunaskan semua isu mereka di Israel walaupun terpaksa menghalang mereka ke luar negara.

RUJUKAN

McKernan, B. (2021, 28 Disember). Australian man ‘cannot leave Israel for 8,000 years’ over unpaid child support. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply