Sebut saja serigala jadian, kita membayangkan rak.sa.sa itu hanya wujud dalam alam fiksyen. Antara filem yang mengangkat subjek ini ialah The Wolfman, Teen Wolf dan Van Helsing. Tetapi tidak ramai tahu di Gevaundan, Perancis pada pertengahan abad ke-18, ia dihantui oleh legenda serigala jadian!
Antara mangsa rak.sa.sa ini ialah seorang budak perempuan bernama Jeanne Boulet, 14 tahun. Pada Jun 1764, dia pergi menggembala haiwan ternakan keluarganya di sebuah lembah berhampiran Sungai Allier. Tidak lama selepas itu, penduduk tempatan menemui ma.ya.tnya penuh dengan kecederaan parah.
Boleh dapatkan dua buku terbaru kami di webstore: https://bit.ly/pratempahktmktr
Pada awalnya, penduduk pada ketika itu menganggap Boulet merupakan mangsa se.ra.ngan serigala. Lumrah bagi kanak-kanak menggembala ternakan secara bersendirian. Dan haiwan liar seperti serigala merupakan cabaran biasa untuk kehidupan luar bandar.
Tetapi semua itu berubah apabila penduduk mendapat lebih banyak berita kema.ti.an membabitkan pengembala seperti Boulet. Pada setiap ma.ya.t, ada saja kecederaan parah dan dalam sesetengah kes, kehilangan anggota badan. Ini menimbulkan rasa takut terhadap makhluk yang digelar La Bete atau Si Rak.sa.sa.
Makhluk ini menghantaui Gevaundan dari 1764 hingga 1767 dan meragut lebih 100 nyawa. Bagaimanapun, ada sejarawan percaya angka sebenar kema.ti.an ialah melebihi 300 orang. Dalam tempoh sama, lebih 100 ekor serigala dibu.nu.h di Gevaundan. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada serigala bertanggungjawab untuk semua se.ra.ngan berda.ra.h atau tidak.
Susulan se.ra.ngan-se.ra.ngan ini, pengembala-pengembala mula keluar secara berkumpulan sebagai langkah keselamatan. Tetapi ia dilihat sama sekali tidak menakutkan La Bete, sebaliknya lebih banyak se.ra.ngan dilaporkan. Menjelang musim luruh 1764, kisah La Bete menjadi bualan di seluruh negara.
Ia tersebar luas gara-gara tindakan seorang editor akhbar Courrier d’Avignon bernama François Morénas. Selepas Pe.ra.ng Tujuh Tahun England-Perancis tamat pada 1763, beliau berdepan masalah kronik: tiada berita sensasi untuk akhbarnya. Apabila mendengar kisah La Bete di Gevaundan, Morenas menjadikannya sebagai berita sensasi sekaligus mendedahkan apa yang berlaku di wilayah berkenaan.
Liputan La Bete turut dibantu oleh keterangan saksi, sesetengah daripadanya ditokoktambah untuk elemen dramatik. Contohnya, seorang saksi menggambarkan rak.sa.sa itu mempunyai renungan seperti sya.it.an. Dan pada musim sejuk 1764, Morenas meletakkan La Bete sebagai rak.sa.sa bertaraf mitos seperti singa Nemean.
Liputan La Bete yang dibuat Morenas turut disokong oleh cerita mangsa yang terselamat. Misalnya, pada Januari 1765, sekumpulan remaja berjaya menghalang haiwan itu daripada menye.ra.ng mereka dengan batang kayu. Tetapi cerita mangsa yang paling terkenal ialah Marie-Jeanne Valet. Wanita yang digelar Perawan Gevaundan itu berjaya meni.k.am dada La Bete dengan pi.s.au ba.yo.net.
Bagi sesetengah orang, kisah La Bete ibarat peluang menempa nama dalam sejarah atau menebus kesilapan lampau. Bagi Kapten Jean-Baptiste Duhamel, beliau merekrut ramai orang tempatan untuk membantunya memburu La Bete pada musim luruh 1764. Walaupun berspekulasi haiwan itu ialah kucing besar dan bukan serigala, Duhamel gagal menangkapnya.
Kisah La Bete turut menarik minat Raja Perancis ketika itu, Raja Louis XV. Selepas mendapat tahu kisah keberanian kumpulan remaja yang melawan La Bete, baginda memberi ganjaran kepada mereka dengan ketua kumpulan itu mendapat pembiayaan pendidikan percuma.
Rajah 1: Raja Louis XV
Mahu membuktikan bahawa baginda berjiwa rakyat, Louis XV mengutus sekumpulan pemburu diketuai Jean-Charles Vaumesle d’Enneval pada Mac 1765. Bagaimanapun, usaha kumpulan itu mendapatkan La Bete tidak berhasil.
Enggan berputus asa, Louis XV mengutus salah seorang pengawal peribadi baginda, Francois Antoine. Kali ini, kumpulan pemburu diketuainya berhasil membu.nu.h seekor serigala bersaiz besar pada 21 September 1765. Ban.gk.ai serigala itu kemudiannya dihantar ke Paris sebagai bukti an.ca.man La Bete tamat. Antoine kemudiannya diberi ganjaran lumayan oleh baginda atas usahanya itu.
Jika Louis XV menyangka an.ca.man La Bete ke atas Gevaundan telah berakhir, sangkaan baginda meleset. Dua bulan selepas itu, se.ra.ngan La Bete kembali menjadi berita panas di seluruh negara. Malu dengan kegagalan mereka, pihak berkuasa dan media memilih untuk tidak mengendahkan an.ca.man La Bete. Ini menyebabkan penduduk tempatan terpaksa menyelesaikan hal tersebut sendiri.
Rajah 2: Kawasan lereng gunung Mont Mouchet, tempat di mana Chastel menem.ba.k ma.ti La Bete. Sumber: Alamy
Akhirnya pada 19 Jun 1767, seorang pemburu tempatan bernama Jean Chastel berjaya mene.mb.ak ma.ti seekor haiwan besar yang didakwa sebagai La Bete. Sejak itu, tiada lagi laporan se.ra.ngan rak.sa.sa itu dilaporkan. Saksi yang melihat ban.gk.ai haiwan berkenaan mendakwa ia mempunyai kepala yang besar dan campuran warna kulit berwarna merah, putih dan kelabu.
Selama berabad lamanya, ramai orang mempunyai teori masing-masing tentang La Bete. Ada mendakwa La Bete ialah seekor serigala jadian tetapi ia ditolak oleh komuniti saintifik. Bagaimanapun, wujud legenda tempatan di mana Chastel mene.mb.ak ma.ti haiwan berkenaan dengan pe.lu.ru perak.
Ada pula berpandangan La Bete ialah haiwan yang asing dalam kalangan penduduk tempatan seperti singa atau hyena. Ahli biologi Karl-Hans Taake percaya rak.sa.sa tersebut ialah seekor singa muda di mana rupa haiwan tersebut sudah pasti menakutkan penduduk tempatan. Singa ini berkemungkinan ma.ti akibat termakan daging bera.c.un yang diletakkan sebagai perangkap di sekitar Gevaundan.
Tetapi sejarawan Jay M. Smith pula percaya La Bete sebenarnya terdiri daripada beberapa ekor serigala bersaiz besar. Beliau melihat hal ini gagal diambil kira kerana liputan sensasi akhbar seperti akhbar terbitan Morenas, Courrier d’Avignon. Akibat pendedahan sensasi itu, ia mewujudkan histeria dalam kalangan penduduk selama beberapa tahun.
RUJUKAN
Arreseigor, Juan Jose Sanchez. (2021, 21 Oktober). Did a ‘werewolf’ really DITAPIS France in the 1700s?. National Geographic.




No comments yet