Sesetengah orang takut tengok cermin kerana asyik nampak hantu… padahal tidak sedar yang hantu itu adalah diri sendiri yang berwajah macam nenek kebayan.
Tetapi ada kalanya, memang sesetengah cermin katanya berhantu. Konsep cermin berhantu sudah tidak janggal zaman sekarang, disensasikan banyak filem seperti Oculus (2013) misalnya yang mana sebuah cermin meragut nyawa dan menjadi punca rumahtangga porak peranda.
Ada juga lagenda yang lebih ringkas, iaitu nyalakan lilin dan berdiri depan cermin sambil ucap “Bloody Mary” 13 kali.
Di sisi saintifik, ada penjelasan yang berkaitan halusinasi kerana ruangan sempit kehilangan okisgen kerana api (Caputo, 2010).
Dari segi lagenda pula, memang ada hantu katanya kerana ada kena mengena dengan hukum spiritual.
Unsur spiritual memang banyak dalam lembaran sejarah, tidak terhad pada lagenda Bloody Mary semata-mata.
Ambil contoh Tamadun Mesir Purba dulu kala, yang mana para biarawan melaksanakan upacara pembersihan diri dengan menggunakan cermin. Pada zaman itu, cermin dikatakan suatu jendela yang membuka laluan ke arah lembah spiritual.
Pantulan cermin itu sebenarnya menunjukkan unsur roh yang terdapat pada setiap individu. Tanggapan ini savage sebenarnya. Asal muka saja yang hodoh, kena tempelak roh kotor pula.
Jadi individu berkenaan diminta melaksanakan upacara pembersihan spiritual (mungkin dengan bayaran) sampai wajahnya bersih dipantul cermin.
Selain daripada perkara-perkara berkaitan spiritual, Mesir Purba juga menggunakan cermin kerana sangat taksub pada kematian dan alam barzakh (Pendergrast, 2003).
Cermin Sebagai Wadah Komunikasi
Tamadun-tamadun terdahulu juga didapati menggunakan cermin untuk berkomunikasi dengan dewa-dewi.
Yunani Kuno misalnya mempunyai kalangan biarawan yang sentiasa memerhati petanda baik dan alamat buruk daripada dewa-dewi.
Haiwan pun boleh dianggap petanda, seperti salakan anjing yang menghalau singa sebagai contoh.
Dalam ajaran Yunani, seorang biarawan atau biarawati perlu menghirup sejenis asap sebelum melihat cermin untuk berhubung dengan dewa-dewi. Zaman dulu, itu adalah komunikasi suci. Zaman sekarang orang cakap tenang is good.
Tamadun Aztec pula menggunakan “cermin hitam” untuk berhubung dengan dewa-dewi.
Cermin hitam ini bertambah popular selepas diguna seorang penasihat politik bernama John Dee, yang mendampingi Ratu Elizabeth I (1558-1603).
Elizabeth meminta bantuan John untuk berkomunikasi dengan para malaikat, semata-mata demi petunjuk jika betul ada muslihat terhadap pewarisnya James (Metcalfe, 2021).
Perkara ini menunjukkan yang cermin bukannya kepercayaan karut orang purbakala semata-mata.
Entah-entah sampai hari ini pun ada yang percaya bahawa cermin boleh digunakan sebagai penentu masa depan. Di sisi agama, memang perkara ini menghala ke arah bid’ah dan syirik.
Lembah ini walau bagaimanapun hanyalah amaran akidah, kerana hukumannya kadangkala bukan duniawi pun.
Jadi bagi orang yang betul-betul lemah dari segi akidah, memang mereka akan percaya pada cermin… kerana hasil cermin itu sendiri di depan mata, manakala balasan Tuhan pula bersifat akhirat.
Bercakap pasal Tuhan pula, mesti ada yang berhujah bahawa “eh, Tuhan yang cipta cermin ini. Kenapa Tuhan mahu haramkannya pula?” Golongan bomoh mesti akan berkata sedemikian untuk meyakinkan pelanggan.
Demi wang, prinsip dijual dan akidah tergadai. Dan sihir dikuasai bomoh itu pula mendatangkan imej seseorang yang diingini.
Seorang isteri terlalu merindui suami nampak suaminya di cermin, walhal jelmaan sebenar adalah unsur kejahatan seperti jin atau syaitan yang bertukar rupa.
Kalau anda berminat dengan artikel seperti ini, kami nak cadangkan novel seram terbaru kami berkisarkan seorang penulis novel yang berusaha mencari tempat seram atau berjumpa dengan orang yang ada pengalaman berkaitan hantu. Boleh beli di: http://bit.ly/dimanaadahantu
RUJUKAN:
Caputo, G. (2010). Strange Face in the Mirror Illusion. Perception. 6 (7): 1007-1008.
Metcalfe, T. (2021, Oktober 7). ‘Magic’ mirror in Elizabethan court has mystical Aztec origin. National Geographic.
Pendergrast, M. (2003, Ogos 3). Mirror Mirror. The New York Times.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih