Dalam siri permainan video bergenre aksi-pengembaraan yang berjudul Rise of the Tomb Raider, karakter utamanya iaitu Lara Croft dikisahkan menemui sisa tinggalan sebuah tamadun purba dan beliau mencari lokasi sebuah artifak bernama Divine Source yang kononnya tersembunyi di bandar Kitezh yang hilang. Walaupun alur penceritaan permainan ini bersifat fiksyen, sumber sejarah mendapati kota Kitezh yang turut digelari ‘Kota Halimunan’ benar-benar wujud dan kini ia dipercayai tenggelam di Tasik Svetloyar, Russia.

Catatan-catatan sejarah yang memerihalkan kota Kitezh boleh dijejak kembali usianya dari era awal Rus. Namun, sebutan bertulis pertama tentang kota purba itu dijumpai dalam Hikayat Kitezh karangan Para Penganut Lama pada 1780an. Dalam sejarah gereja Ortodoks Russia, Para Penganut Lama merupakan golongan yang terpisah dari Gereja Ortodoks Russia rasmi sesudah tahun 1666, di mana ia berlaku sebagai satu bentuk penentangan terhadap reformasi-reformasi yang dilakukan oleh pihak gereja.

Menurut hikayat tersebut, kota Kitezh Kecil dibangunkan oleh Putera Georgy, Putera Besar Vladimir pada awal kurun ke-13, dan bertempat di tebing Sungai Volga yang terletak di Daerah Voskresensky, Russia tengah. Setelah menemukan sebuah kawasan yang lebih indah di tepi Tasik Svetloyar, beliau membangunkan pula Kitezh Besar. Kota ini ditubuhkan sebagai sebuah kota keagamaan dan ia dianggap suci oleh seluruh penghuninya.

Memetik Barker & Grant dalam The Russia Reader: History, Culture, Politics’, Putera Georgy membina kota ini dengan penuh indah; memusatkannya di sekeliling gereja, biara, dan istana boyar. Kota ini juga dilengkapi dengan parit dan tembok.

Tasik Svetloyar


HANCURNYA KOTA KITEZH

Pada tahun 1238, rantau timur laut Russia menjadi mangsa amukan Monggol yang dipimpin oleh Batu Khan, si pengasas Golden Horde yang memerintah dari tahun 1207 hingga 1255 Masehi. Setelah melakukan kepungan ke atas kota Vladimir dan kota-kota sekitar di Suzdal, Batu Khan mendengar khabar tentang kewujudan kota Kitezh dan langsung sahaja memasang hasrat mahu men4kl4knya. Maka tidak lama kemudian, kekuatan Monggol pun tiba di Kitezh Kecil dan disambut dengan pasukan tentera Putera Georgy. Namun, putera itu tewas dan terpaksa berundur ke Kitezh Besar yang lokasinya masih belum diketahui oleh Monggol.

Monggol mengepung tembok Vladimir

Batu Khan kemudian menyeksa tawanan-tawanan p3r4ng demi mendapatkan maklumat tentang lokasi Kitezh Besar. Namun, tiada yang sudi buka mulut kecuali seorang tahanan bernama Kuter’ma yang tidak mampu menahan peritnya seksaan. Beliau mendedahkan laluan rahsia ke Tasik Svetloyar.

Apa yang berlaku seterusnya diceritakan dengan agak samar oleh Hikayat Kitezh. Menurut Barker & Grant, putera sempat menyembunyikan barang-barang keagamaan dan persalinan keramat ke dalam tasik dan beliau sendiri gugur di medan tempur. Tambahnya lagi, kota Kitezh kemudian dighaibkan dan apa yang dapat dilihat oleh pasukan Monggol hanyalah tasik dan hutan belantara.

Kota Halimunan Kitezh (1913) oleh Konstantin Gorbatov, 1876-1945


LEGENDA ‘KOTA HALIMUNAN’

Tiada yang mengetahui secara jelas nasib yang menimpa kota Kitezh. Namun sejak sekian lama, kota itu diselubungi legenda. Dalam satu kisah, diperihalkan kononnya kota itu tenggelam ke dasar tasik atas kehendak tuhan demi melindunginya dari jatuh ke tangan Monggol. Oleh kerana itu, Tasik Svetloyar kadangkala dipanggil sebagai ‘Atlantis Russia’. Legenda tersebut turut memerihalkan betapa tentera Monggol menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana kota itu tenggelam ke dasar tasik dan perkara terakhir yang menghalwa mata mereka adalah kubah putih katedral yang bertatah salib.

Walau bagaimanapun, senario sebenar yang menimpa kota Kitezh tidaklah seindah legenda. Ahli-ahli arkeologi berpendapat kota itu dilanda tanah runtuh yang mengakibatkannya tenggelam ke dasar tasik.

Menurut masyarakat tempatan, kota Kitezh hanya dapat dilihat oleh orang-orang yang berhati suci. Mereka juga mendakwa kononnya sering mendengar bunyi loceng gereja dan adakala, terlihat cahaya atau bayang bangunan di permukaan tasik. Pada masa dahulu, ramai penganut Kristian yang datang mengunjungi tasik itu dengan harapan dapat mendengar bunyi loceng tersebut. Begitu juga pada era P3r4ng Dunia Kedua, tasik ini banyak dikunjungi oleh golongan ibu yang menitipkan doa buat anak masing-masing.

USAHA MENEROKA ‘KOTA HALIMUNAN’

Pada tahun 2011, pasukan arkeologi Vetluzhsky menjalankan kerja-kerja penggalian di sekitar Tasik Svetloyar. Antara hasil galian yang dijumpai adalah sebuah petempatan purba yang menyimpan banyak serpihan tembikar lama Russia. Saintis berhasrat untuk melanjutkan penerokaan untuk menemukan lebih banyak bahan bukti.

Menurut penelitian mereka, bukit di mana artifak-artifak itu ditemui sememangnya terdedah kepada kejadian tanah runtuh yang berkemungkinan menjadi punca kota itu tenggelam ke dasar tasik sekaligus melahirkan legenda Kota Halimunan.

TERJEMAHAN:

April Holloway. (18 Jun 2016). Russian Atlantis: Tomb Raider’s Invisible City of Kitezh was a Real Place. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/myths-legends/russian-atlantis-tomb-raider-s-invisible-city-kitezh-was-real-place-006122


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.