Dunia Eropah melalui liku-liku politik yang berbeza mengikut zaman. Ada masa banyak negara Eropah mengamalkan cara sekular. Ada masa mereka bertaut pada ajaran Kristian. Sekularisme memang sudah lama bertapak di Eropah.
1,000 tahun dulu misalnya, Eropah mengikuti haluan sekular sampai raja-raja berkuasa menghalau pihak kepausan (pope) daripada Rom. Ada yang siap menjatuhkan titah pengkafiran terhadap paus pun.
Tetapi itu dalam lembah politik. Kalau tengok pada budaya sosial, pengaruh agama memang kuat dalam kalangan mereka.
Dan pengaruh inilah memberikan kerelevanan pada lagenda Holy Grail. Dari dulu sampai sekarang, mereka terbuai dengan lagenda ini. Holy Grail adalah alat keagamaan yang sangat suci.
Kalau raja dulu menemuinya, barangkali mereka mampu menguasai seluruh Eropah. Mana tidaknya – seruan peperαηgαη Sαlib sudah cukup kuat untuk merµηtµhkan tembok sekularisme. Bayangkan kalau ada yang pegang Holy Grail.
Tetapi itu cerita dululah. Kalau zaman sekarang, pihak muzium saja yang akan melayan. Institusi politik sekadar guna Holy Grail untuk tarik pelancong semata-mata.
Mengenali Sejarah Holy Grail
Ada sebab kenapa penganut Kristian sangat mengutamakan Holy Grail. Pertama sekali, jumhur agamawan Kristian bersetuju yang Holy Grail adalah sebuah bekas minuman seperti cawan atau gelas yang digunakan Nabi Isa (as). Sebelum diangkat ke Syurga, baginda ada duduk bersama semua hawarinya untuk santapan terakhir (Last Supper).
Agama Kristian berkata, ada sesuatu yang terjalin semasa santapan ini. Baginda Isa (as) berkongsi secawan wαiη dengan para hawari. Semua yang minum telah menjalinkan satu perjanjian dengan baginda… perjanjian yang menghαpµskan dosa.
Semasa bersantap ini juga, Isa (as) membuat pengumuman mengejut… bahawa salah seorang hawari akan mengkhiαηαtinya. Hawari ini, kata baginda (as), akan menerima lαkηαt yang mana lagi elok kalau dia tidak lahir langsung dalam dunia ini.
Selepas Peristiwa Peηgsαlibαη
Seusainya baginda diangkat ke Syurga, maka bermulalah episod baru dalam sejarah Kristian. Pada awalnya, Saint Peter diamanahkan untuk menyebarkan ajaran tauhid. Beliau menyerahkan Holy Grail kepada Saint Lawrence.
Lama kelamaan, Holy Grail pun lenyap. Senyaplah sekejap selepas beberapa zaman yang mana orang bertanya. Apa jadi pada cawan semasa perjanjian dibuat?
Dari sinilah Holy Grail mula menjadi artifak Kristian, bersama dengan Tiang Sebenar (dimana mereka percaya baginda ditambat) dan Lembiηg Suci (senjαtα yang menµsµk badan baginda).
Memandangkan Eropah memeluk agama Kristian, takkan mungkin para raja sana guna artifak-artifak Hinduisme atau Buddha (apatah lagi Islam).
Mestinya mereka tarik sedikit sebanyak artifak Kristian untuk mewajarkan perjuαηgan politik mereka. Macam tidak biasa tengok ahli politik jaja agama.
Sebab itulah timbulnya Holy Grail dalam perjuαηgan Raja Arthur. Malah baginda adalah satu-satunya raja paling popular di Eropah dalam topik Holy Grail (Wood, 2012). Adanya Holy Grail pada seorang raja memang mewajarkan roh politiknya.
Zaman Raja Arthur dipercayai 400 hingga 500 tahun selepas Nabi Isa (as). Selepas zaman baginda, ada jurang besar yang mewarnai sejarah pencarian Holy Grail.
Hari ini ramai percaya bahawa Holy Grail berada dalam penyimpanan Gereja Valencia (Harty, 2015) yang diserahkan sebagai hadiah kepada Martin I dari Aragon.
Walau bagaimanapun, ada yang percaya Holy Grail disimpan sebuah gereja di San Isidoro… bukannya Valencia (Klein, 2014).
Jadi ada satu cara saja untuk sahkan cawan mana sebenar-benarnya Holy Grail. Kena tunggu tuan punya badan turun nanti.
RUJUKAN:
Harty, K. (2015). The Holy Grail on Film: Essays on the Cinematic Quest. McFarland. Halaman 1.
Klein, C. (2014, April 2). Is the Quest For the Holy Grail Over? History.
Wood, J. (2012). The Holy Grail: History and Legend. University of Wales Press.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih