Malaysia mengharungi suatu arus pembudayaan bergenerasi. Beberapa dekad lalu, pakaian terpakai dipandang enteng dengan sedikit stigma untuk golongan tidak berkemampuan.

Definisi “bundle” memang jelas – used clothes. Tetapi kalau perasan, definisi ini sudah bertambah rencah sejak kebelakangan ini. Rasanya tiada siapa sekarang panggil “used clothes”.

Semua pakat guna kata-kata lebih berindustri seperti “pre-owned clothes”, “vintage item” atau “pre-loved clothes”. Kata-kata ini jelas suatu arus pembudayaan yang mematikan stigma anti-bundle.

Mudah kata, bundle sudah bukan lagi barangan untuk orang susah. Malah ada yang menjual pakaian bundle dengan harga boleh tahan mahal (Muharam, 2017).

Orang kata ini bukan laluan. Ini lohong rezeki. Silap-silap dua dapat RM1.

Sambutan orang ramai menyebabkan pasaran bundle bertambah subur, kerana terbukti dari segi kualiti dan jenama (Abu Bakar, 2020). Cuma ada satu sisi yang harus disentuh. Ledakan pasaran bundle bukan suatu keunikan Malaysia. Sebenarnya satu dunia sedang menimba nikmatnya. Pasaran bundle sedang beraksi dengan panas di negara-negara Barat.

Selalunya untuk majlis-majlis penting, orang mesti mengenakan pakaian paling mewah yang mampu milik. Namun sekarang untuk karpet merah orang selamba beli “vintage clothes” (Testa, 2022).

Maklumat analitik daripada GlobalData meletakkan nilai pasaran bundle sebanyak AS$77 bilion. Banyak gila sebenarnya, menjulang tinggi di Etsy, eBay dan Grailed. Kesimpulan yang mudah di sini: pasaran bundle memang permintaannya tinggi.

Kalau ikut hukum perniagaan – tinggi permintaan, tinggilah bekalan. Ini yang mempengaruhi harga barangan. Cuba teka negara mana jadi pembekal bundle terbesar dunia? China? Tidak. Vietnam? Tidak. Bangladesh? Tidak. Pembekal bundle terbesar adalah Malaysia (Marcus, 2022).

Majalah lelaki GQ memang laris di Amerika Syarikat. Mereka akan upah “pengkritik fesyen” yang akan beri pendapat tentang fesyen itu ini. Pakaian lawa, mereka cakap lawa.

Pakaian buruk, mereka cakap buruk. Salah seorang pengkritik ini adalah Rachel Tashjian yang mencari baju cardigan Agnes B. Semua baju yang beliau tengok menjulang label “Shipped From Malaysia” (dipos dari Malaysia).

Rachel Tashjian.

Hampir semua barangan bundle dipos dari Malaysia. Realiti ini agak mengejutkan, kerana Malaysia tidak menjuarai carta dalam perlumbaan fesyen selama ini. Jadi mereka tertanya-tanya – macam mana boleh laris habis?

Puncanya adalah rakyat Malaysia sendiri, yang amat menyokong industri bundle. Ramai peniaga membuka gerai di tepi jalan sampai mampu memiliki kedai sendiri siap berdaftar syarikat bagai.

Salah satu syarikat adalah Jalan Jalan Japan, antara pengimport pakaian bundle yang boleh tahan besar.

Penjual memborong pakaian dengan harga murah. Tetapi mereka jual antara AS$20 hingga AS$500 jika berjaya tembus pasaran Amerika Syarikat. Siapa sangka berniaga bundle lagi untung dari niaga orang.

Dan itulah hakikat sedang berlaku sekarang, yakni arus pembudayaan yang menguasai demografi umum ke tahap tidak terjangkau dek akal generasi-generasi lalu.

Memang betul, ramai beli pakaian bundle kerana suka pakaian berjenama meskipun terpakai. Kalangan ini menyuburkan pasaran yang pembekalnya tidak perlu ada media sosial dan berpromosi bagai nak gila. Hanya tunjuk muka dan jual saja. Kadang perniagaan mereka berpindah randah mencari sumber rezeki, berkampung di port-port yang terkenal dengan aktiviti pembundle-an.

Sesetengah peniaga bundle dengan berani mengupah figura-figura popular di Instagram untuk meningkatkan sensasi barangan. Jadi ada satu pengajaran penting di sini. Nilai tidak terletak pada status. Hanya kerana nilainya bundle tidak semestinya miskin. Nilai terletak pada permintaan. Nilai adalah nilai.

RUJUKAN:

Abu Bakar, N. (2020, Januari 26). Bundle laris macam ‘pisang goreng panas’. Harian Metro.

Marcus, E. (2022, Februari 3). How Malaysia Got in on the Secondhand Clothing Boom. The New York Times.

Muharam, R. (2017, Disember 23). Mahal tetapi berbaloi. Harian Metro.

Testa, J. (2022, Januari 6). That Vintage Dress on the Red Carpet? There’s More to the Story. The New York Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply