Utilitaranism diasaskan oleh Jeremy Bentham. Prinsip utiliranism ini mudah, kalau apa yang kau buat mendatangkan kebahagiaan yang paling maksima, maka perbuatan itu betul.
Sekalipun termasuk perbuatan menipu dan membunuh. Tapi lumrah sebenarnya, kalau menipu dan membunuh selalunya akan membawa pada penderitaan.
Cuma nak beritahu piawaaan moraliti utilitaranism ini macam itulah. Tak kira macam mana tindakan kau, kalau ia mendatangkan kebahagiaan yang paling tinggi, maka ia betul.
Jeremy Bentham ini ahli politik Amerika masa Amerika masih muda dulu. Masa Amerika masih ada 13 negeri. Dia tulis pasal utilitaranism ini dalam karya dia, ‘An Introduction to the Principles of Morals and Legislation (1789)‘.
Masa bab 1, dia ada kata manusia ini duduk di bawah kedaulatan dua kerajaan iaitu ‘keseronokan’ (pleasure) dan ‘penderitaan’ (suffer). Jadi, matlamat manusia, cuma antara dua itu aja.
Agak hedonis jugalah.
Bentham ini jugalah dulu yang tegakkan hak-hak yang masa itu kontroversi gila. Contohnya hak wanita, ekonomi liberal, hak bersuara, hak haiwan dan penghapusan perhambaan.
Sekarang perjuangkan benda-benda itu biasa saja, tak ada apa. Tapi dulu, benda ini sangat kontroversi. Contohnya hak wanita. Dulu wanita kena tindas teruk, tak dapat pendidikan Walaupun 100 tahun selepas kematian Bentham.
Hamba masa zaman dia pun hangat diperdagangkan. Gila apa dia nak hapuskan?
Paling kontroversi sekali, dia nak tegakkan hak homoseksual. Homoseksual ini sampai sekarang kontroversi tapi dia dah perjuangkan awal-awal.
Logik dia mudah. Seks mendatangkan keseronokan dan kebahagiaan. Tak kisahlah seks jenis apa-apa pun. Jadi, tak patut dilarang.
Kemudian, datanglah John Stuart Mill untuk betulkan idea utiliranism Bentham ini. Prinsip Mill ini lebih kurang macam Bentham juga. Cuma, Mill masukkan sekali ‘kesejahteraan’ (well-being) manusia.
Manusia yang seronok, tapi tak semestinya dia sejahtera. Sejahtera ini pula besar pula maksud. Bukan semata-mata hidup selesa.
Kalau Bentham pentingkan kebahagiaan fizikal. Tapi Mill pentingkan kebahagiaan jiwa dan intelek. Bagi dia, jiwa dan intelek lebih tinggi daripada fizikal.
Bagi Mill walaupun menipu boleh datangkan kebahagiaan kadangkala, ia tetap perlakuan yang salah kerana selalunya ia mendatangkan keburukan melainkan ada situasi yang mana kebahagiaan menipu itu lebib tinggi daripada tak menipu.
Kebahagiaan menipu itu pula Mill ikut definisi dia yang telah disebutkan iaitu jiwa dan intelek.
Prinsip Bentham sangat mudah, tapi prinsip Mill sangat panjang untuk dibincangkan sebab dia perbaharui semula idea utilitaranism itu sendiri.
Ada kaitkan hubungan idea kebahagiaan dengan keadilan (justice), hubungannya antara individu dan komuniti, dan macam-macam lagilah.
Paling mudah, kau baca kata-kata dia di bawah. Prinsip Bentham, kalau jadi babi lebih bahagia daripada manusia, maka jadilah babi.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih