Baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan arahan supaya umat Islam di seluruh dunia untuk tidak mengerjakan ibadat haji pada tahun ini. Susulan wabak pandemik COVID-19 yang menjangkiti penduduk seluruh dunia, kerajaan Arab Saudi mengambil langkah tegas untuk membatalkan ibadat haji pada tahun ini.

Tentu sekali ada yang mengaitkan ‘oh, inilah petanda kiamat semakin dekat!’ ataupun ‘bila Masjidil Haram ditutup, itu tandanya Dajjal akan keluar!’. Inilah perkara yang membelenggu masyarakat kita. Memang kita tak nafikan ini adalah akhir zaman. Namun mengaitkan tragedi COVID-19 dan penutup Masjidil Haram sebagai “petanda” bahawa tersangatlah dekat kiamat itu adalah tanggapan yang salah.

Baik, saya tidak mahu ulas mengenai apa peristiwa yang berlaku bagi menandakan dekatnya kiamat, tetapi saya ingin perjelaskan di sini bahawa, penutupan Masjidil Haram dan pembatalan musim haji bukanlah kali pertama berlaku dalam sejarah. Lebih kurang hampir 40 kali sepanjang sejarah Islam berlakunya penutupan Masjidil Haram sejak pertama kali pada tahun 629 Masihi akibat pelbagai peristiwa, seperti berlakunya wabak penyakit, peper4ngan, pergolakan politik atau bencana alam.

Antara peristiwa yang pernah berlaku adalah seperti berikut:

865 Masihi – Pembantaian di Gunung Arafah

Ismail bin Yusuf Al-Alawiyyah atau dikenali Al-Safak melakukan s3rangan dan membvnvh jemaah haji di Gunung Arafah kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahan Khalifah Abbasiyyah. Tragedi ini memaksa ramai jemaah haji pulang dan ibadat pada tahun itu dibatalkan pemerintah.

930 Masihi – Kecurian Hajarul Aswad oleh puak Qarmatiyyah

Puak Qarmatiyyah merupakan salah satu golongan Syiah cabang Ismailiyyah yang ekstrem dalam menentang pemerintahan khalifah ketika itu telah meny3rang Mekah dan mencuri Hajarul Aswad dari Kaabah atas alasan ibadat haji merupakan ritual pagan.

Puak yang dipimpin oleh Abu Taher al-Janabi yang berpangkalan di Bahrain telah meny3mbelih hampir 30,000 jemaah dan mencampakkan m4yat mereka ke dalam telaga Zam Zam. Kecurian Hajarul Aswad telah menyebabkan hampir sedekad ibadat haji tidak dapat dilaksanakan sehingga batu tersebut dipulangkan semula ke Kaabah.

983 Masihi – Pertikaian politik Abbasiyyah dan Fatimiyyah

Pergolakan politik juga menjadi punca ramai jemaah dihalang menunaikan haji pada tahun tersebut. Ibadat haji tidak dapat dilaksanakan sehingga 8 tahun kemudian iaitu 991 Masihi kerana pertikaian dua pemerintah tersebut.

1831, 1837 hingga 1858 – Wabak penyakit kolera

Wabak kolera yang melanda dunia pada abad tersebut telah menyebabkan hampir tiga suku jemaah haji pada 1831 meninggal dunia. Hampir dua dekad, ibadat haji ditunda sebanyak 3 kali yang menyebabkan jemaah tidak dapat memasuki Mekah selama tujuh tahun.

Pada 1837, tersebarnya wabak ini di Mekah menyebabkan ibadat haji ditangguh hingga tahun 1840. Pada 1846 juga wabak ini kembali lagi dengan menyebabkan kem4tian hampir 15,000 jemaah termasuk penduduk Mekah hingga tahun 1850.

Pada 1858 juga, jemaah haji dari Mesir terpaksa di kuarantin di bahagian Laut Merah di Mesir kerana wabak kolera yang menjangkiti jemaah haji di Mekah.

Oleh itu keputusan yang dibuat oleh pemerintah Al-Haramain itu bukanlah sesuatu yang janggal kerana penutupan ini perlu dilaksanakan kerana kita tahu apabila musim Haji, ramai jemaah dari seluruh dunia akan berhimpun di tempat yang sama.

Kita juga tidak tahu siapa yang menjadi pembawa virus itu dan lebih malang lagi jika ibadat haji diteruskan juga pada tahun ini akan menyebabkan jangkitan yang tidak terkawal ke seluruh dunia pula.

RUJUKAN:

Sneineh, M. A. (n.d.). Plagues, politics and conflict: Hajj cancellations over the centuries. Retrieved April 4, 2020, from https://www.middleeasteye.net/news/coronavirus-saudi-arabia-muslims-hajj-cancel-pilgrim

Hajj It has stopped in history more than 40 times .. Will it stop again because of Corona virus? (2020, February 28). Retrieved April 4, 2020, from https://www.arabiaweather.com/en/content/hajj-it-has-stopped-in-history-more-than-40-times-will-it-stop-again-because-of-corona-virus


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.