Ini ialah laut Aral, tasik air masin gergasi di Uzbekistan. Dulu tasik ni sangat besar dan ramai penduduk bergantung pada tasik ni hidup.
Tapi lepas satu tragedi ni berlaku, terus dia jadi kering macam ni. Kenapa dia jadi macam tu? Apa yang terjadi?
Untain sains alam sekitar!
Pernah lihat laut jadi kering sebab kerja bangang oleh manusia? Benda ni terjadi pada Laut Aral hanya sebab tindakan bangang pihak USSR yang hanya lihat pada kepentingan ekonomi sahaja.
Laut Aral ni sebenarnya adalah tasik. Tapi sebab tasik tu besar sangat, maka dia jadi tasik air masin serupa lautan kecil. Namun, disebabkan saiznya yang besar, Laut Aral ni menjadi nadi kehidupan bagi negara negara ‘landlocked’, negara yang tiada lautan. Jadi untuk dapatkan sumber makanan seperti ikan, Laut Aral ni la sumber makanannya.
Sekitar tahun 1960, USSR cuba untuk tingkatkan eksport kapas yang merupakan komoditi penting. Emas putih, katanya. Jadi, USSR lencongkan air sungai yang mengalir ke Laut Aral, ke kawasan berpadang pasir supaya mereka dapat wujudkan tanah subur untuk tanaman kapas.
Jadi, jurutera jurutera USSR mula buat terusan untuk lencongkan aliran sungai tersebut. Hasilnya, kawasan berpadang pasir itu menjadi kawasan subur untuk tanaman kapas. Kawasan tersebut, sekarang sudah menjadi milik Uzbekistan, masih lagi kawasan yang kaya dengan kapas. Namun disebabkan tindakan mereka ni, wujudnya satu tragedy yang sangat dahsyat.
Disebabkan aliran sungai ke Laut Aral dilencongkan ke tempat lain, maka Laut Aral dah tiada sumber air. Jadi, lama lama Laut Aral tu pun makin mengering, dan mengering, dan mengering.
Jadi, Laut Aral yang selama ni jadi nadi kehidupan kawasan landlocked, jadi terancam. Laut tu semakin mengering, semakin masin. Makin teruk bila baja baja dan bahan kimia yang digunakan untuk tanaman kapas, mengalir ke laut tu. Habis jadi makin toksik. Ikan makin takde. Kalau ada pun, beracun sebab toksik. Jadi, bila penduduk situ makan ikan daripada laut tu, ramai yang mati. Sebab laut tu dah jadi terlalu masin, cuma 20 spesis ikan je yang boleh hidup dalam laut tu. Dulu ada 40,000 orang nelayan yang bekerja di Laut Aral, sekarang dah hampir tak ada.
Ada orang tanya, takkan takde orang nampak langsung kot benda ni boleh terjadi masa buat plan awal. Ada tu ada, tapi semua tak berani tegur. Ya lah, negara komunis. Silap hari bulan tau tau mampus kena tembak, tak pun kena hantar gulag. Jadi, semua diam je la. Tak pun bagi alasan laut tu memang nak kering dah, jadi alang alang nak kering tu, kita keringkan je lah semua terus gitu.
Sampai sekarang, Laut Aral masih tak pulih. Makin tenat. Penduduk pun sama terancam. UNESCO anggap tragedi Laut Aral ni antara tragedi terdahsyat berlaku pada alam sekitar.
Sains tanpa agama adalah tempang, dan agama tanpa sains adalah buta. Ini ayat yang dituturkan oleh Albert Einstein dan bila kita lihat kembali tragedi Laut Aral ni, benarlah kot kata kata Einstein ni. Sains dan hikmah, kedua duanya penting dalam melestarikan alam. Kalau tak, jadi biol macam USSR.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih