Pada tahun 1971, seorang wartawan muda yang bernama Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat telah berpeluang untuk menemuramah P. Ramlee. Beliau yang sangat meminati dengan bintang tersohor itu sejak zaman remajanya menggunakan “lesen” wartawan untuk bertemu P. Ramlee dengan lebih dekat lagi.

Beberapa hari sebelum bertemu, Lat terlebih dahulu pergi ke sebuah kedai kopi di Chow Kit untuk menelefon P. Ramlee. Kedai kopi tersebut ialah tempat di mana P. Ramlee gemar bermain mahjong jika ada kelapangan. Beliau memperkenalkan diri kepada P. Ramlee terlebih dahulu sebelum bertanyakan filem terbarunya. Ketika itu P. Ramlee sedang menyelenggarakan filem Putus Sudah Kaseh Sayang.

Lat bertanyakan tarikh untuk membuat temu ramah bersama P. Ramlee dan beliau diberitahu oleh P. Ramlee supaya datang ke rumahnya pada hari Ahad itu di sebelah pagi. Setelah tiba hari yang ditetapkan, Lat menaiki teksi untuk ke rumah P. Ramlee yang terletak di No. 22 Jalan Dedap, Taman Furlong (kini bergelar Taman P. Ramlee).

Setelah tiba di hadapan rumah seniman itu, Lat menyapa P. Ramlee yang sedang menghisap rokok Lucky Strike di sofa. P. Ramlee yang ketika itu memakai  singlet dan berkain pelikat bertanya, “Cari Nasir ke? Nasir tak ada di rumah”. P. Ramlee menyangka bahawa Lat adalah ahli kumpulan muzik yang disertai oleh anaknya, Nasir. Waktu itu rambut Lat panjang seperti anak-anak muda tahun 1970-an yang lain. “Bukan. Saya reporter Berita Harian yang telefon abang sebelum ni,” kata Lat. P. Ramlee kemudiannya terus mempelawa Lat masuk ke rumahnya.

Di dalam temubual itu, Lat bertanyakan kepada P. Ramlee mengapa beliau mengarahkan filem komedi sedangkan nama P. Ramlee terkenal dengan filem-filemnya seperti Penarek Becha dan Semerah Padi bercorak drama berat. “Pada pertengahan 1950-an, ramai pelakon yang tidak diberi layanan yang setimpal dengan kerja keras mereka. Tapi abang cakap kepada tauke studio bahawa pelakon seperti Aziz Sattar, Ibrahim Pendek, S. Shamsuddin dan ramai lagi mampu berlakon parodi. Jadi abang minta supaya mereka diberi peluang untuk membuktikan bakat lakonan mereka di dalam filem parodi,”  kata P. Ramlee yang menggunakan perkataan “parodi” berbanding “komedi”.

Ramlee memberitahu pihak pengurusan studio bahawa pelakon-pelakon itu sangat bagus. Mereka cuma tidak diberi peranan yang bagus di dalam filem-filem arahan pengarah lain ketika itu. Bila P. Ramlee mengarahkan Bujang Lapok pada tahun 1957, beliau membuktikan kata-katanya itu apabila filem tersebut telah mendapat kutipan box office sedangkan itu adalah filem bercorak komedi pertama yang diarahkan olehnya.

Setelah beberapa jam berada di rumah P. Ramlee, Lat pulang ke pejabatnya untuk menulis artikel temuramah tersebut. Wartawan kanan yang bertugas tidak menggalakkan Lat menulis tentang P. Ramlee di dalam surat khabar ketika itu. “Siapa yang nak ambil tahu pasal berita ini? Sudah ketinggalan zaman! Ini surat khabar la, bukan buku sejarah. Kita tak mahu baca tentang benda yang sudah ketinggalan zaman.” Wartawan kanan itu juga menyarankan supaya artikel tersebut tidak dihantar kepada editor.

Di awal tahun 1970-an, populariti P. Ramlee sudah mula menurun sedikit demi sedikit. Generasi muda ketika itu lebih cenderung memilih hiburan dari Barat seperti mendengar lagu pop, menonton filem-filem Hollywood dan menonton program di televisyen. Namun, anak muda bernama Lat ini telah melawan arus dengan masih meminati P. Ramlee dan sanggup bertemu dengannya untuk mencari bahan untuk ditulis walaupun dimarahi oleh wartawan kanan di pejabatnya.

Sumber:

  1. Lat: My Life and Cartoons oleh Mohammad Nor Khalid
  2. Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik
  3. Perkongsian lisan Datuk Lat semasa hari pembukaan Rumah Kartun dan Komik Malaysia, 1 April 2017 di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

Foto:
Berita Harian Singapura


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang peminat sejarah filem tanah air. Suka menonton filem-filem Melayu hitam putih, terutama sekali arahan Hussain Haniff dan M. Amin.

Leave A Reply