Baru baru ini negara kita digemparkan dengan berita bahawa saham saham di dalam Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) teleh merosot nilainya. Hal ini disebabkan oleh faktor faktor yang tak boleh dikawal seperti kuasa pembeli dari luar. Tambahan pula, lambakan stok komoditi getah di pasaran juga menyebabkan harga komoditi semakin menurun. Hal ini membimbangkan pemegang saham dan peneroka Felda kerana mereka tidak mahu syarikat asing mempunyai saham yang terlampau tinggi di dalam FGV.
Beberapa hari lepas, Tabung Haji telah membuat keputusan untuk membeli 100 000 saham di dalam FGV dengan nilai RM 100 000. Keputusan yang diambil oleh Tabung Haji ini mendapat pelbagai reaksi oleh rakyat Malaysia. Majoriti berpendapat bahawa tindakan yang diambil adalah kurang bijak kerana harga komoditi yang terus menurun akan menyusutkan nilai saham tersebut lantas boleh menyebabkan kerugian.
Tetapi harus diingat bahawa wang pendeposit tidak akan terjejas jika pelaburan ini mengalami kerugian. Tambahan pula Tabung Haji sudah mahir dalam bidang pelaburan ini terutamanya dalam perladangan kerana itu adalah salah satu bidang yang difokuskan. Selain itu, ini adalah pelaburan jangka masa panjang yang akan memberi kebaikan dan keuntungan kepada Tabung Haji pada masa akan datang.
Tabung Haji juga berjaya mengukuhkan pegangan saham di dalam FGV menerusi pembelian tersebut. Kini pegangan Tabung Haji meningkat kepada 284.55 juta saham atau pegangan sebanyak 7.85 di dalam FGV. Sekaligus menjadikan Tabung Haji sebagai pemegang saham ke-3 terbesar dalam FGV selepas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Felda Asset Holdings Company Sdn. Bhd.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih