Sejak wujud Laluan Sutera purba lagi, antara China, India, Russia, Mongolia, gurun Taklamakan, dari Xinjiang, Asia Selatan, Mediterranian memang ideal, “melting pot” munculnya virus baharu, terutamanya sekitar abad ke-12.

Kawasan ini lengkap dengan segala-galanya; spesis-spesis haiwan yang unik, makanan-makanan eksotik, pertembungan sosiobudaya dan percampuran pelbagai tamadun, transaksi barangan dan laluan sibuk tempat pedagang-pedagang seluruh Asia-Eropah berjual beli dan bertukar barangan.

Sejak abad ke-2 lagi perdagangan dan urusniaga sepanjang Laluan Sutera sejak abad misalnya melibatkan pertukaran wang dan barang dagangan, selain pergaulan antara manusia pelbagai latarbelakang.

Vektor penyakit lepas bebas dan risiko jangkitan dan virus amat tinggi.

Di Laluan Sutera purba, pengkaji menemukan telur parasit pada sampel tinja berusia 2000 tahun, mengeras pada lilitan kain pada kayu yang digunakan untuk membersihkan punggung selepas bertinja. Parasit ini boleh menyebabkan jangkitan pada hati dan berpotensi menjadi pandemik.


Reputasi Laluan Sutera sebagai sumber penyakit ini bahkan diakui juga dalam dunia perubatan.

Ada sejenis penyakit yang lazim ditemukan dalam kalangan populasi di sepanjang Laluan Sutera ini, dinamakan ‘Silk Route’s Disease’ atau dikenali juga sebagai ‘Behçet’s Disease’.

Pelabuhan Venice pernah jadi pintu masuk Laluan Sutera ke Eropah pernah menjadi “hot spot”, bermulanya pandemik “Black D3ath” dan beberapa penularan wabak yang membunvh hingga 200 juta penduduk Eropah sekitar abad ke-12.


Kalau ada yang mengikuti penularan COVID-19 di Eropah, reputasi Venice sebagai pintu masuk wabak kembali dengan penularan COVID-19 di Eropah. Venice adalah wilayah paling teruk menerima impak COVID-19 di Eropah dan Itali beberapa bulan lepas.

Malah wilayah antara Kazan-Kiev hingga ke pergunungan Crimea diwartakan sebagai kawasan larangan oleh gereja Kristian di Eropah, kerana ia dilihat sebagai arah masuk Laluan Sutera, termasuk penyakit dan wabak, yang digambarkan secara “biblical” dalam agama mereka.

Laluan Sutera membentuk peradaban di sepanjang Laluan Sutera dari China hingga Eropah.

Sejak itu hingga kini mengembangkan ekonomi, kerajaan dan pastinya populasi.

Kepadatan penduduk lebih menambah kepada risiko jangkitan kerana gaya hidup amalan kebersihan dan sanitasi yang tidak sempurna dan cekap.

Risiko jangkitan melalui patogen meningkat kerana ia dibawa pula oleh vektor-vektor penyakit yang memang gemar dan hidup dalam persekitaran ini.

Ini mempercepatkan penularan penyakit berjangkit dan semuanya boleh menjadi di luar kawalan dalam masa singkat.

Sememangnya konflik dan pergolakan serantau, keadaan iklim dan muka bumi membentuk pola makanan unik yang ‘ideal’ untuk penularan wabak.

Tekanan ke atas sumber makanan malah mencambahkan pula pilihan makanan ‘eksotik’ yang kita tahu menjadi vektor penyakit ini tadi.

Inisiatif ekonomi seperti BRI seperti di bawah membangkitkan kembali kegemilangan Laluan Sutera purba antara Asia, Eropah dan seluruh dunia, namun ia juga berpotensi membangkitkan semula wabak purba yang merbahaya malah menjadi sumber kepada wabak baharu yang lebih bahaya untuk manusia.

Kalau nak tengok lebih banyak rujukan dan gambar, aku ada share kat Twitter. Jemput tengok kat sini;


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.