Ibadat haji merupakan rukun Islam kelima yang patut dilakukan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Justeru, umat Islam terutama dari belah Alam Melayu pastinya teringin menjejakkan kaki di Baitullah. Tetapi tiada siapa menyangka orang Melayu pertama yang menunaikan haji ialah laksamana Melayu terbilang, Laksamana Hang Tuah.

Keterangan beliau melaksanakan ibadat haji ini direkodkan dalam Hikayat Hang Tuah. Para sejarawan percaya ia dibuat semasa rombongan Hang Tuah dalam perjalanan ke Turkiye yang diperintah Turki Uthmaniyah. Rombongan tersebut pergi ke sana demi mendapatkan ubat bedil dan meriam-meriam untuk tujuan pertahanan Kesultanan Melayu Melaka (KMM).

Untuk perjalanan ini, Hang Tuah mengetuai 42 buah kapal yang disokong oleh 1,600 orang anak kapal. Rombongan kapal KMM ini diketuai oleh kapal Mendam Berahi dan Sairul’alamin. Mendam Berahi diketuai oleh Hang Tuah dengan seorang pembesar bernama Maharaja Setia mengetuai kapal Sairul’alamin. Selepas berlayar beberapa ketika dari Melaka, rombongan singgah seketika di Acheh untuk mengisi bekalan untuk pelayaran selama beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan.

Sebelum itu, kami cadangkan korang dapatkan KITAB TAMADUN MELAYU. Melayu sentiasa dimomokkan sebagai orang mundur dan tiada tamadun. Hakikatnya, kisah Tamadun Melayu menunjukkan betapa besarnya sumbangan bangsa Melayu terhadap ketamadunan dunia. Nak tau lagi, dapatkan KITAB TAMADUN MELAYU sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Melayu-i.238336777.3238415852

Selepas dua bulan berlayar di lautan, rombongan KMM tiba di Jeddah. Jeddah pada ketika itu merupakan sebuah pelabuhan yang sibuk dengan terlalu banyak kapal dilaporkan berlabuh. Semasa di sini, seorang syahbandar mencadangkan kepada rombongan Hang Tuah agar mengambil kesempatan menunaikan haji di Makkah memandangkan ketika itu merupakan musim haji. Syahbandar ini juga turut mencadangkan kepada Hang Tuah agar menziarahi makam Siti Hawa bagi mengambil berkat.

Kisah kehadiran rombongan KMM ini tersebar luas dan turut diketahui oleh Syarif Makkah berdarah Qitadah, Syarif Ahmad Zainul Abidin. Lantas, rombongan KMM bergerak ke Makkah dan melaksanakan rukun Islam yang kelima itu. Hang Tuah juga bertuah kerana diberi peluang memasuki Kaabah dan menunaikan solat di dalamnya.

Selepas selesai menunaikan semua rukun haji, rombongan KMM kemudiannya bertolak ke Madinah. Setibanya di kota Rasulullah s.a.w itu, mereka diberi sambutan meriah oleh pemerintah Madinah merangkap saudara kepada Syarif Ahmad, Syarif Bahar Lauddin Zainal Abidin. Selepas beberapa hari berada di sana termasuk menziarahi makam Rasulullah s.a.w, rombongan Hang Tuah bertolak semula ke Jeddah dan meneruskan perjalanan ke Turkiye.

Tidak ramai sedar betapa signifikannya kepentingan perjalanan beliau itu. Dengan mengerjakan ibadat haji, ini menjadikan rombongan KMM termasuk Hang Tuah sebagai orang Melayu pertama yang berbuat demikian. Jika diamati teks-teks Melayu ketika itu, jarang soal haji diketengahkan terutama dalam kalangan pemerintah Melayu.

Logiknya, dari segi kemampuan terutama kewangan dan kesihatan, itu cukup bagi melayakkan mereka berangkat ke Tanah Suci dan menunaikan rukun Islam kelima. Tetapi jika dilihat semula dari konteks kuasa terutama di peringkat serantau, fahamlah kenapa mereka tidak terlalu memikirkan sangat hal ini.

Jika mereka pergi menunaikan haji, kebiasaannya mereka akan meninggalkan negeri selama beberapa bulan. Sementara ketiadaan mereka, urusan pemerintahan dipangku oleh raja muda atau pembesar (jika raja muda masih lagi kecil). Ingat takhta kosong ini tiada siapa nak ambil kesempatan ke? Bila ada kekosongan, maka bersedia sajalah negeri dilanda kacau-bilau bila ada yang cuba merampas takhta semasa sang pemerintah tiada.

Selain itu, kekosongan takhta pastinya mendorong pemerintah wilayah jajahan mencari cara untuk melepaskan diri. Sudah pastinya, mereka akan melancarkan pemberontakan atau mengisytiharkan kebebasan sebagai tanda menolak diperintah oleh sesebuah kerajaan atau raja. Bila itu berlaku, hilanglah prestij dan pendapatan ekonomi sesebuah kerajaan kerana kehilangan wilayah jajahan mereka.

Bila difikirkan dua sebab ini, dapatlah difahami mengapa para pemerintah Melayu silam tidak terlalu memikirkan sangat soal haji. Siapa tak teringin lebih-lebih lagi selepas mendengar syarahan alim ulama di istana. Tetapi bila memikirkan bahaya yang menanti sekiranya negeri kosong tanpa pemerintah, maka pengorbanan terpaksa dilakukan demi menjaga keselamatan rakyat dan kestabilan negeri mereka.

Namun begitu, itu bukan bermakna pemerintah Melayu terutama KMM tak berminat untuk berangkat ke Makkah. Sebaliknya, ada dua pemerintah KMM yang teringin menunaikan haji iaitu Sultan Mansur Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah. Kedua-duanya telah membuat persiapan rapi untuk menunaikan haji. Tetapi sayangnya, kedua-duanya mangkat sebelum sempat berbuat demikian.

Mungkin atas sebab inilah, Hang Tuah tidak menceritakan kisahnya menunaikan haji di Baitullah sebaik pulang ke Melaka. Ini kerana keutamaan rombongan KMM ketika itu ialah mendapatkan ubat bedil dan meriam-meriam untuk Melaka. Sementara ibadat haji yang dikerjakan pula bersifat peribadi lagi-lagi dengan pengalaman rohani yang dialami di sana. Tetapi dalam hati, pastinya rasa syukur tak terhingga kerana diberi peluang menjadi tetamu Allah di sana.

RUJUKAN

Maslan @ Baharudin, A. (2005). PEMERGIAN MENUNAIKAN HAJI DALAM HIKAYAT HANG TUAH DAN TUHFAT AL-NAFIS. Jurnal Sejarah. Vol. 13 No. 13.

Abdul Hamid, F. @ A. F. dan Wan Mahmud, W. Z. (2018). SEJARAH PERKEMBANGAN JEMAAH HAJI DARI TANAH MELAYU (1400-1900MASIHI). Journal al-Muqaddimah, Vol.6(2), Muka surat 31-41


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply