Korang pernah tertanya tanya tak kenapa sumbang mahram diharamkan dalam agama Islam? Kenapa perkahwinan antara sepupu tak digalakkan?
Benda ni korang boleh tanya ahli keluarga diraja Habsburg dalam kubur dan kenapa diorang mati.
Sebagai pemula, ingin aku tegaskan konteks ‘sumbang mahram’ di sini ialah ‘incest’. Bapak kahwin dengan anak etc.
Kahwin sesama sepupu bukan sumbang mahram, tapi pada masa yang sama, tak digalakkan. Ok, kita sambung balik.
Sejarah keluarga Habsburg bermula dengan seorang bangsawan bernama Guntram si Kaya sekitar abad ke-10 Masihi. Setelah cucunya Radbot membina istana Habsburg, barulah mereka digelar Habsburg.
Untuk mendominasi politik, mereka kerap kali mengahwinkan anak anak mereka dengan bangsawan lain hinggalah Frederick III dipilih oleh Paus Nicholas V mengangkat baginda sebagai Maharaja empayar Holy Roman pada tahun 1452.
Kes sumbang mahram yang pertama berlaku selepas Philip I, anak maharaja Maximilian dan juga cucu Frederick III mengahwini Joanna daripada Castille, pewaris takhta diraja yang mengawal hampir keseluruhan Sepanyol.
Perkara ini mewujudkan cabang Habsburg di Sepanyol yang kemudiannya mendominasi perihal politik di sana.
Walau bagainmanapun, keluarga Habsburg Sepanyol kemudiannya mula mengahwinkan ahli mereka sesama sendiri untuk elakkan pergelutan kuasa.
Sepupu berkahwin dengan sepupu, dan pakcik dengan anak saudara perempuan mereka. Kalau korang tengok rajah bawah ni korang akan pening.
Sebelum kita masuk lebih mendalam tentang penyakit keluarga Habsburg, aku rasa aku kena cerita dulu tentang penyakit genetik.
Untuk memahami penyakit genetik, perkara asas yang kita perlu tahu ialah setiap manusia mempunyai separuh bahan genetik daripada ibu dan separuh lagi daripada bapa. Bahan genetik tersebut juga merangkumi gen rosak daripada ibu bapa kita yang mampu cetuskan penyakit.
Walau bagaimanapun, sekiranya ibu bapa kita bukan pembawa penyakit genetik, atau salah seorang sahaja yang ada, kebarangkalian anak mereka nak dapat penyakit tu rendah. Gen rosak ni kita panggil sebagai gen resesif.
Tapi kena faham jugak, bukan semua gen resesif ni bawa penyakit. Macam rambut perang mata biru tu pun gen resesif juga, tapi bukan penyakit. Dalam konteks untaian ini ialah gen resesif yang bawa penyakit.
Gen resesif hanya dapat diaktifkan kalau si anak dapat gen resesif daripada ibu dan bapa. Kalau salah seorang sahaja yang ada, si anak ni akan jadi pembawa.
Sekiranya kita pembawa, dan kita juga berkahwin dengan pembawa, maka anak kita mempunyai peluang untuk dapat penyakit genetik tu sebanyak 25%. Kalau kita pembawa dan berkahwin dengan orang yang ada gen rosak tu, peluang tu naik jadi 50%.
Sebab itu pasangan yang mahu berkahwin kena lalui ujian darah hemofilia, sebab hemofilia ni termasuk penyakit genetik dan kebarangkalian dia nak dapat pun sama macam aku tulis tadi.
Sekarang, cuba teka macam mana nak dapat gen resesif dengan cara paling mudah selepas berkahwin dengan pesakit genetik? Dengan berkahwin dengan keluarga sendiri. Disebabkan bahan genetik antara keluarga ni lebih kurang sama, maka peluang nak dapat penyakit lagi senang.
Terma untuk benda ni disebut sebagai homozigositi. Kalau untuk sepupu-sepupu, perkahwinan yang pertama ni selamat walaupun masih berisiko, tapi kalau anak mereka ni pun kahwin sepupu jugak, yang ni tak selamat.
Disebabkan keluarga Habsburg ni kerap ada hubungan sumbang mahram, mereka tanpa sedar telah mewujudkan bermacam macam penyakit genetik kepada keturunan mereka. Sebagai contoh ialah hemofilia, ketidaksuburan dan rahang Habsburg.
Disebabkan masalah genetik jugalah tak banyak keturunan Habsburg mampu hidup lebih 10 tahun. Ada yang tergugur, ada yang mati selepas dilahirkan dan ada yang mati semasa tempoh neonatal.
Menurut kajian penyelidik daripada Universiti Santiago de Compostela di Sepanyol, kadar koefisi sumbang mahram daripada Philip 1 hinggalah Charles II (pemerintah terakhir Habsburg untuk empayar Sepanyol) telah meningkat daripada 0.025 kepada 0.254.
Ya lah, macam mana tak naik kalau Charles II tu sendiri anak Philip IV yang berkahwin dengan anak saudaranya, Mariana daripada Austria. Datuk Charles II tu pun sama macam – Philip II berkahwin dengan anak saudaranya, Anna daripada Austria.
Kadar koefisi 0.254 tu sudah taraf perkahwinan si ayah dengan anak perempuannya.
Untuk melihat contoh paling teruk penyakit genetik yang muncul sebab sumbang mahram, tengok sahajalah Charles II. Produk sumbang mahram selama 200 tahun.
Menurut catatan sejarah, baginda ni hanya mampu bercakap pada umur 4 tahun, belajar berjalan pada umur 8 tahun, pendek, mempunyai masalah penghadaman. Oh ya, baginda kerap kali kencing berdarah.
Diplomat Perancis mencatatkan Charles II sebagai seorang yang hodoh dan nampak seperti tengah sakit. Disebabkan rahang Habsburg Charles II yang terlalu ketara, baginda mempunyai masalah untuk bercakap dan lidahnya yang besar menyebabkannya susah untuk memakan dan air liurnya kerap meleleh.
Baginda juga tak mempunyai anak, barangkali dek ketidaksuburan dan mangkat pada umur 39 tahun. Ini secara tak langsung menyebabkan Empayar Sepanyol tak mempunyai pewaris takhta dan mewujudkan perang takhta.
Rasanya ahli keluarga diraja Habsburg yang bernasib baik ni Marie Antoinette je. Tak ada langsung gejala terkena penyakit genetik. Rupa pun lawa.
Tapi ya la, mak pak dia tak kahwin sumbang mahram walaupun keluarga Habsburg jadi dia selamat. Cumanya, baginda punya malang ni dekat benda lain, bukan kesihatan genetik.
Baginda kahwin dengan Raja Perancis Louis XVI masa zaman terakhir Ancien Régime. Ya, zaman nak dekat Revolusi Perancis.
Memang makan guillotine la jawabnya. Sebab dia out of touch dengan rakyat. Harga roti naik, dia suruh rakyat makan kek. Haa, memang kena pancung dengan rakyat la jawabnya. Tu baru harga roti. Cuba kalau harga telur ke, minyak masak naik ke #eh
Berbalik kepada keluarga Habsburg, jadi apa yang kita boleh belajar daripada mereka?
Kononnya untuk kekalkan penguasaan, mereka berkahwin sesama sendiri. Barangkali mereka tak pernah menyangka inilah punca kejatuhan mereka.
Jadi, belajarlah daripada keluarga Habsburg tentang kenapa sumbang mahram tak dibenarkan.
Dengan kolam genetik yang sangat kecil, maka makin banyaklah penyakit genetik lain muncul.
Disebabkan itulah, aku sebagai ahli biologi lebih menggalakkan kalian berkahwin dengan orang sangat jauh hubungan genetiknya dengan anda. Macam kahwin dengan mat saleh ke, Jepun ke, begitu.
Fuhh punchline.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih