Pemerintahan Maharaja Meiji (1867-1912) telah mengubah cara pemikiran masyarakat Jepun. Dalam masa 45 tahun, Jepun bagaikan dilahirkan semula.

Mereka meninggalkan sistem feudalistik yang membelenggu kemajuan selama ini. Dengan sebuah empayar yang bersatu, Jepun berjaya menunjukkan belangnya.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

China menjadi mang.sa pertama, tewas dalam masa lapan bulan sahaja. Kemudian giliran Rusia, yang teruk dimalukan sampai tidak mahu berdamai langsung.

Malah Jepun mendampingi pihak Entente semasa Per.ang Dunia Pertama pun dengan muslihat. Sambil membantu Entente di Eropah, pihak Jepun mengukuhkan kedudukan dan kepentingan di China.

Kebangkitan Jepun mengejutkan dunia, kerana semua sedar satu benda: Jepun mempunyai angkatan yang kuat, jumlah populasi yang ramai dan saiz ekonomi serba cukup untuk digelar sebuah kuasa besar (great power).

Dalam pentas politik antarabangsa, kuasa dunia perlu berdiri di atas kaki sendiri. Dari sini bermula semua masalah. Kerana Jepun enggan dilihat sebagai kuda tunggangan Barat.

Peta yang meringkaskan pengembangan Jepun.

Hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat berantakan sepanjang 1930-an. Kerana Amerika Syarikat sangat lantang terhadap tindakan Jepun di Manchuria.

Selepas mengusahakan sekatan ekonomi (economic sanction) dan pemboikotan perdagangan (trade embargo), Amerika Syarikat akhirnya diheret ke kancah peper.angan dengan Jepun. Semua bermula pada 7 Disember 1941, “tarikh selamanya dikenang dalam kehinaan” menurut Presiden Franklin D. Roosevelt.

Sera.ngan Pearl Harbor sebenarnya satu kegagalan besar (untuk Jepun). Memanglah Amerika Syarikat rugi teruk. Banyak kapal per.ang tenggelam; ribuan isteri menjadi balu. Namun Jepun tidak mencapai objektif utama.

Untuk menjayakan strategi “Asia Untuk Orang Asia”, pihak Barat perlu dihalau terlebih dahulu. British pada masa itu sibuk dengan Jerman.

Jadi satu-satunya duri ialah Amerika Syarikat, yang mengekalkan Armada Pasifik. Untuk menghalau Amerika Syarikat, Jepun wajib menghancµrkan armada ini (Horn, 2005). Mereka gagal.

Selepas Kekalahan Jerman

Dalam tempoh beberapa tahun, Amerika Syarikat tidak melepaskan Jepun langsung. Kekalahan Jepun di Midway Atoll (1942) telah memberikan laluan besar buat Amerika Syarikat (Pruitt, 2018). Chester W. Nimitz mampu menghidu setiap gerak-geri Jepun.

Dan operasi peper.angan bermula daripada Lautan Pasifik hingga Kepulauan Okinawa dalam sempadan Jepun sendiri. Namun Jepun masih mampu bertahan, kerana pihak Barat sedang berper.ang di dua medan pada masa yang sama.

Segalanya berubah pada 2 Mei 1945, apabila Georgy Zhukov dan Konstantin Rokossovky berjaya mengambil Berlin. Jerman sudah jatuh.

Sekarang Jepun ada masalah besar. Amerika Syarikat pun pening kepala. Kalau Jepun tidak serah kalah dengan cepat, Kesatuan Soviet akan tiba. Jadi Amerika Syarikat dan British mengatur Operation Downfall.

Pihak Soviet sedang menyusun strategi untuk mengambil Hokkaido (jika berjaya, tentu sekali mereka akan cuba ambil wilayah lain pula). Jepun perlu menyerah kalah dengan segera. Kali ini Nimitz akan membantu Jeneral Douglas MacArthur dengan anggota sebanyak lima juta orang, lebih banyak daripada ten.tera rasmi Jepun.

Tetapi rancangan ini akan menelankan dana terlalu banyak. Jadi Amerika Syarikat mencari jalan lain. Kebetulan pula, saintis mereka telah menyiapkan satu projek rahsia.

Yakin dengan projek ini, Presiden Harry S. Truman memberi amar.an kepada Jepun: “terima permintaan kami; kalau tidak, akan kami hujankan kia.mat dari langit yang kalian sendiri takkan mampu bayangkan.”

“Hujan kia.mat” itu hanya dua butir di dua tempat berbeza, tetapi membµnµh lebih daripada 250,000 orang di Hiroshima dan Nagasaki (Hall, 2013).

Masanya Sudah Tiba

Pada 9 Ogos 1945, Jepun mengadakan tiga mesyuarat tergemar yang gagal memberi satu keputusan sebulat suara. Ada yang masih bersetuju dengan usul Jeneral Korechika Anami (teruskan berper.ang).

Tetapi esoknya, Maharaja Hirohito membuat keputusan sendiri. Shigenori Togo diperintah supaya memberitahu pihak Sekutu. Jepun mahu serah kalah dengan satu syarat: kuasa Maharaja kekal dan takkan disentuh walau sedikit pun (Stone & Kuznick, 2019).

Bermakna, sistem kedaulatan Jepun (dipanggil kokutai) tidak boleh diubah. Muktamad. Tiada rundingan langsung.

Sebenarnya Jepun sudah tahu yang Amerika Syarikat takkan berhenti di Hiroshima dan Nagasaki sahaja. Dan memang betul pun.

Mereka sudah menyediakan “Fat Man” kedua yang akan dilepaskan dalam masa 10 hari. Kalau sampai Oktober, mungkin Jepun perlu menanggung lapan “Fat Man”. Jepun takkan boleh menanggung semua ini. Ekonominya akan bin.asa terus.

Berminat nak dapatkan kad raya Patriots dan sampul raya? Beli di: t.ly/D0J9

Dalam sekejap saja, rakyat akan lapar dan akhirnya bangkit menentang kerajaan sendiri seperti yang berlaku di Rusia sekitar 1920-an.

Tidak cukup dengan itu, Jepun perlu berdepan dengan Kesatuan Soviet pula. Jadi satu-satunya cara: serah kalah.

RUJUKAN:

Hall, M. (2013, Ogos 6). By the Numbers: World (ditapiskan) II’s (ditapiskan) (ditapiskan). CNN.

Horn, S. (2005). The Second (ditapiskan) on Pearl Harbor: Operation K and Other Japanese Attempts to (ditapiskan) America in World (ditapiskan) II. Naval Institute Press. Halaman 5.

Pruitt, S. (2018, April 10). Why Did Japan (ditapiskan) Pearl Harbor? History.

Stone, O., & Kuznick, P. (2019). The Untold History of the United States. Simon & Schuster. Halaman 173.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.