Pemikiran zaman dulu memang pelik sikit. Tamadun Yunani misalnya beriman pada kumpulan dewa dan dewi yang bagaikan Tuhan untuk mereka. Walau bagaimanapun, dewa dan dewi ini memiliki gelagat yang lagi teruk untuk dibandingkan dengan manusia sendiri.

Kalau tengok pujian-pujian dilambungkan pada Zeus, memang nampak imej ketua dewa yang berkuasa di langit sebagai pemegang takhta Gunung Olympus. Untuk mempamerkan kuasanya, Zeus diberi simbol kebesaran yang bertatahkan kilat.

Kerana asal-usulnya sendiri ditokok tambah sampai nampak setanding dengan kilat: cantik dan pantas tetapi mengejutkan.

Zeus dengan simbolnya.

Menurut mitologi, alam ini pernah menjadi pentas peperαηgαη besar antara bapa dan anak iaitu Uranus dan Cronus.

Ceritanya mudah saja: Uranus berkahwin dengan Gaia yang melahirkan banyak anak. Tetapi Uranus menyembunyikan anak-anak bongsu Gaia. Jadi Gaia pun sangat murka dan bertindak untuk membalas dendam.

Dalam kalangan anak Gaia, hanya Cronus berani berjμαηg. Dan perαηg ini mencapai kemuncak, apabila Cronus memo.tong kemαlμan Uranus sekali gus menjadi pemenang.

Apabila Uranus ‘didewikan’.

Dαrαh daripada pangkal paha Uranus menitis ke Bumi dan menciptakan bangsa Gigantes, Erinyes dan Meliae.

Buah zαkαrnya pula jatuh dalam laut dan menciptakan dewi Aphrodite. Dan buat satu tempoh sangat lama, alam semesta pulih dan aman sentosa. Dari sinilah datang cerita mengenai Zeus. Kerana Gaia meramal satu hari Cronus akan jatuh pada tangan anak sendiri.

Patutnya Cronus mengambil tindakan yang lebih rasional supaya perkara ini tidak berlaku. Tetapi Cronus terlalu takut dan memakan lima anaknya yang dilahirkan Rhea.

Tindakan ini sebenarnya memangkinkan kejatuhan Cronus sendiri. Kerana tanpa pengetahuannya, Rhea sudah berpakat dengan Gaia untuk menyembunyikan anak keenam Zeus di Gunung Ida.

Hari ramalan pun tiba. Zeus membebaskan abang kakaknya dan akhirnya menewaskan Cronus.

Raja Miαηg

Dalam mitologi, Zeus lahir selepas Poseidon dan Hades. Tetapi kalau tengok fiksyen, Zeus selalu digambarkan sebagai abang. Ini adalah kerana Poseidon dan Hades sudah dimakan Cronus selepas lahir. Mereka ibaratkan dipeηjαrα dalam perut Cronus sebagai bayi.

Dan mereka bebas pun sebagai bayi. Selepas menang, Zeus menguasai langit. Poseidon mendapat laut. Dan Hades menjaga alam barzakh… sementara Bumi ini sentiasa menjadi milik Gaia yang semakin tidak suka pada Zeus.

Tetapi kuasa Zeus takkan dapat disentuh Cronus atau Uranus. Mungkin status ini membuatkan Zeus terlalu bongkak dan tanpa henti menghamilkan dewi-dewi lain seperti Aega, Eos dan Persephone misalnya.

Walaupun suka berpasang ramai, Zeus tetap takut bini. Hera senantiasa diulit perasaan cemburu, sampai menggunakan kuasanya pada jalan dendam. Anak-anak Zeus daripada perempuan lain selalu diuji teruk.

“Abang lupa ka apa jadi kat tok abang?”

Heracles misalnya adalah hasil daripada hubungan Zeus dengan isteri orang. Hera pula menghasut yang menyebabkan Heracles jadi gila sampai bμημh anak isteri sendiri.

Pengajaran Daripada Mitologi Ini

Ribuan tahun sudah berlalu sejak mitologi ini diasaskan. Sekarang ini orang ramai lebih percaya pada agama-agama berstruktur, untuk dibandingkan dengan mitologi begini. Tidak perlu hujah panjang untuk kenal pasti punca mitologi ditolak.

Pertama sekali, Islam, Kristian dan Judaisme jauh lebih tersusun berbanding mitologi Yunani kerana sentiasa konsisten dengan wadah tersendiri. Memang betul tiga agama ini bersetuju dan tidak bersetuju antara satu sama lain.

Masalahnya mitologi Yunani tidak setuju sesama sendiri. Sekejap Gaia menyokong; tiba-tiba tidak menyokong pula. Sekejap Zeus berkuasa dengan penuh keagungan; entah kenapa menjadi miαηg. Dasar lelaki agaknya.

Mitologi Yunani membuktikan persoalan dalam agama Islam: “apa akan berlaku kalau ada lebih daripada satu Allah?” Tengok saja mitologi Yunani. Gila jadinya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.