Umum kita ketahui bahawa P.Ramlee terpaksa membayar hutang kepada Shaw Brothers gara-gara lambat menyiapkan filem Ibu Mertua-Ku (1962).
Bayaran ini berbentuk mengarahkan 2 buah filem tambahan. Maka lahirlah filem Labu-Labi (1962) dan Nasib Si Labu Labi (1963).
Menurut beberapa sumber, naskah Labu-Labi ini disiapkan dalam masa yang singkat dan P.Ramlee sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa skrip dan naratif Labu-Labi ini dibuat dengan “cincai” sahaja.
Selepas selesai pengambaran Ibu Mertua-Ku, perbincangan telah dilakukan bersama penolong pengarah S.Sudarmaji untuk membariskan para pelakon yang dirasakan sesuai.
Pelakon-pelakon seperti Udo Omar, Mariani dan Rahimah Alias terpilih untuk membintangi filem ini. M.Zain dipelawa memegang watak utama selepas melihat M.Zain boleh bekerja dengan filem arahannya sebagai watak pembantu.
Semasa melakukan penggambaran filem ini, penolong pengarah S.Sudarmaji seringkali terganggu dan mengalami kesulitan akibat dari gangguan gelak ketawa P.Ramlee dan pekerja-pekerja studio.
Sehinggakan S.Sudarmaji terpaksa memberi perintah “cut” akibat pengarah filem ini merangkap pelakon iaitu P.Ramlee sendiri tidak dapat menahan ketawanya sehingga mengganggu suara percakapan pelakon lain.
Babak yang paling banyak sekali dibuat berulang kali ialah ketika M.Zain mengenakan pakaian tukang masak mengakibatkan P.Ramlee tidak dapat menahan perasaannya dari ketawa.
Populariti M. Zain meningkat dan membawa tuah kepada karier lakonannya dan menjadi antara watak yang paling diingati sehingga kini.
Boleh dikatakan P. Ramlee adalah individu yang bertanggungjawab dalam menaikkan nama M. Zain di layar perak.
M. Zain selepas itu tidak pernah berpeluang lagi untuk berlakon di bawah arahan P. Ramlee kerana beliau berpindah ke Kuala Lumpur pada bulan April 1964.
Oleh: Azizul Farhan
___
Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara?
Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA yang akan ke udara ketika PBAKL nanti!
Baca bab-bab awal SECARA PERCUMA di sini: https://thepatriots.store/pramlee/
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih