Sebagai seorang peminat anime, sudah tentu saya kenal dengan studio animasi ini. Saya boleh katakan, banyak daripada anime kegemaran saya dihasilkan oleh studio ini seperti The Melancholy of Haruhi Suzumiya, K-On, Love, Chuunibyo and Other Delusion dan Koe no Katachi. Setakat ini, anime terbaru mereka, Violet Evergarden tak menghampakan jangkaan saya terhadap hasil kerja mereka. Namun, itu bukanlah cerita utama yang saya nak sampaikan di sini. Studio Kyoto Animation ini sebenarnya adalah antara satu contoh menarik dan menghairankan dalam pelaksanaan dasar sosialis. Studio ini adalah antara syarikat yang menggunapakai dasar sosialis tapi pada masa yang sama, produktiviti mereka ini tinggi (anda boleh lihat pada hasil karya mereka) dan konsisten. Bagi saya yang merupakan seorang libertarian dan pro pasaran, ini agak menghairankan.

Gambar 1: Kompleks studio utama Kyoto Animation.

Kyoto Animation atau nama pendeknya, KyoAni diasaskan pada tahun 1981 oleh pasangan suami isteri, Hatta Hideaki dan Hatta Yoko. Bermula dengan syarikat kecil, mereka terlibat dengan penghasilan karya anime seperti Inuyasha. Bermula pada tahun 2005, KyoAni mula menghasilkan animasi sendiri seperti Full Metal Panic dan pada tahun 2006, nama KyoAni mula terkenal setelah menganimasikan The Melancholy of Haruhi Suzumiya, karya novel ringan sains fiksyen yang terkenal (bagi mereka yang tak tahu, watak Haruhi inilah yang diharamkan daripada di-cosplay¬-kan menurut Mufti Wilayah kerana Haruhi merupakan Tuhan dalam dunianya). Bermula dengan anime Clannad: After Story (antara anime tersedih setakat ini), mereka mula mempunyai gaya sentuhan dan signature style yang menyebabkan anime mereka mempunyai sentuhan KyoAni-esque.

Gambar 2: Sisi KyoAni-esque yang telah menjadi trademark kepada gaya animasi mereka (Tamako Love Story, Violet Evergarden, Hyouka).

Jadi, macam mana mereka mampu menghasilkan karya animasi yang cantik dan berkualiti?

DASAR KERJA DAN GAJI

Jepun adalah antara negara kapitalis yang terkenal dengan kadar bunuh diri mereka yang tinggi. Pada tahun 2014, sekitar 70 orang Jepun akan membunuh diri pada setiap hari. Melalui data ini, 57% peratus kes bunuh diri ini berpunca daripada masalah ekonomi seperti pengangguran. Selain itu, Jepun juga terkenal dengan kadar pertumbuhan rakyat yang sedikit dek budaya kerja mereka yang memaksa golongan pekerja untuk melebihkan kepentingan ekonomi berbanding kepentingan keluarga dan diri sendiri. Dalam kata lain, Jepun sedang merosot. Perkara ini dapat dilihat jelas pada pandangan Karl Marx dan F. Engels:

Melalui persaingan universal, ia telah memaksa semua individu untuk mengerahkan tenaga ke tahap maksima. Ia menghancurkan nilai agama, idealogi, morality, dan sekian sekian,…Ia telah menyebabkan sains menjadi sempit (kerana kerahan industry). Ia merosakkan pertumbuhan dan nilai diri, sehingga tahap menghancurkan hubungan dengan manusia demi hubungan dengan duit.” – Ideologi Jerman,  Marx dan Engel

Pada tahun 2017, Mizuno, animator bagi anime Naruto Shippuden, Bleach dan YuYu Hakusho telah meninggal dunia kerana kerja yang banyak. Pada tahun yang sama, seorang animator daripada studio A-1 telah membunuh diri kerana sebab yang sama. Namun, anda tak mendengar berita ni pada kakitangan KyoAni.

Berlainan dengan studio-studio yang lain, KyoAni melaksanakan dasar kerja tetap dan elaun bagi setiap kerangka anime. Ini menyebabkan pekerja dan animator-animator mereka tidak terbeban dengan tekanan dan mereka bebas berkarya kreatif kerana kerahan tenaga dan gaji yang stabil. Oleh sebab itulah, karya grafik mereka sentiasa konsisten dan berkualiti tinggi. Sebagai contoh, bandingkan anime daripada KyoAni dengan anime daripada studio yang tak mengikut dasar sosialis KyoAni seperti Toei Animation. Bandingkan K-on (2009) dengan episode terbaru One Piece. Anda akan perasan sekalipun anime K-on sudah hampir mencecah 10 tahun, One Piece tetap tak mampu kalahkan K-on dari segi grafik dan ketelitian. Saya pasti, ramai yang perasan One Piece dan Dragon Ball (juga milik Toei) banyak mengguna pakai kerangka lukisan yang sama bagi senario berlawan berbanding senario berlawan oleh KyoAni seperti Beyond the Boundary yang sentiasa berbeza dan tak sama demi ketelitian animasi.

Selain itu, KyoAni juga meletakkan takat umur bagi permohonan kerja. Hanya mereka yang berumur kurang daripada 23 tahun sahaja yang dibenarkan memohon. Alasannya, mereka mahukan pekerja yang mampu dididik dari muda dan juga mempunyai pekerjaan yang stabil demi memenuhi kehendak kehidupan seperti berkahwin dan membina keluarga. Kita semua tahu masalah rakyat Jepun yang tak minat berkeluarga dek tekanan ekonomi dan tindakan KyoAni ini sedikit sebanyak membantu negara Jepun dalam mengurangkan kekusustan masalah ini.

Tindakan KyoAni ini juga mengingatkan saya tentang sejarah sosialisme oleh Robert Owen. Semasa zaman Revolusi Industri Pertama, Owen berasa kesian dengan masyarakat kelas pekerja yang daif dan teruk akibat pengerahan tenaga yang teruk. Golongan wanita dan kanak-kanak berkerja dengan gaji yang sedikit. Kelas proletariat (kelas pekerja) secara amnya perlu bekerja lebih 14 jam sehari. Akibat kawasan tertutup kilang-kilang, para proletariat ini selalu mempunyai masalah kesihatan dan juga kecacatan.

Gambar 3: Pekerja kanak-kanak di kilang semasa zaman Revolusi Industri Pertama

Oleh itu, Owen telah membangunkan sebuah kompleks industri yang dilengkapi dengan kelengkapan yang diperlukan oleh pekerjanya. Owen membenarkan pekerjanya membentuk kedai komuniti sendiri, secara tak langsung membentuk kedai koperasi pertama pada waktu itu, para pekerja hanya boleh bekerja selama 8 jam sehari dan juga kelengkapan dapur bagi pekerja yang berkeluarga. Benda yang sama anda boleh lihat pada dasar kerja KyoAni. Perkara yang sama disebut oleh Marx dan Engel dalam Manifesto Komunis:

Bila mana segala perbezaan kelas telah dihancurkan, kesemua takat pengeluaran akan ditumpukan pada negara untuk rakyat…Dengan keaadaan ini, kita akan mempunyai pembangunan percuma untuk pembangunan semua.”

Dalam kata lain, setelah segala konflik kelas dan ekonomi ini berakhir, maka manusia akan mempunyai masa dan tenaga untuk pembangunan diri dan kehidupan mereka sebagai masyarakat sejagat akan bermula. Mereka akan mencari erti kehidupan, berkeluarga, berkarya dan sebagainya. Terlebih duit akan menyebabkan kejahatan, terkurang duit pun akan menyebabkan kejahatan. Namun, kalau keperluan duit ini kekal stabil, maka kita akan hidup gembira. Ya, KyoAni bukan syarikat komunis, tapi dasar sosialis mereka berjaya menghasilkan masyarakat yang menghasilkan manusia, bukan robot. Anda sendiri boleh lihat hasil kerja mereka yang bertaraf tinggi.

PRODUKTIVITI DAN MASYARAKAT

Masalah sosialisme ni sentiasa sama sahaja. Produktiviti. Sebagai seorang libertarian, saya berpegang pada prinsip di mana kalau kita terlampau manjakan pekerja, hasil kerja yang kita dapat akan menjadi kurang memuaskan. Tapi, perkara yang sebaliknya berlaku pada KyoAni. Hal ini kerana mereka mempunyai cara tersendiri dalam meningkatkan produktiviti dan pada masa yang sama, menjaga kebajikan pekerja mereka.

Sebagai pemula, bakal-bakal pekerja mereka diambil melalui universiti dan kolej di sekitar Kyoto, Jepun. Sebagai contoh, Naoko Yamada, pengarah KyoAni yang terkenal dengan animasi profil tinggi seperti Koe no Katachi merupakan bekas graduan siswazah Kyoto University of Art and Design. Malah, KyoAni juga telah membangunkan akademi khas bagi bakal graduan yang mahu bekerja dengan mereka, dengan syarat, mereka perlu bagus. Anda boleh nampak usaha graduan akademi ini pada animasi Beyond the Boundary. Tindakan ini secara tak langsung meningkatkan produktiviti masyarakat setempat Kyoto, memenuhi ethos universiti dan industri dalam membangunkan masyarakat setempat. Ini juga menyebabkan berlakunya persaingan yang dahsyat demi merebut tempat dalam studio KyoAni.

Gambar 6: Gaya penggarapan filem dalam anime K-On.

Seperti yang disebut pada point sebelum ini, keperluan asas pekerja KyoAni yang telah dipenuhi meningkatkan kualiti kerja mereka. Kebanyakan studio-studio lain akan menceritakan konflik dan perkembangan watak melalui teknik plot. Berbanding dengan studio lain, KyoAni hanya perlu bergantung pada ketilitian dan nilai estetika seni sahaja untuk menunjukkan perkembangan watak. Oleh sebab itulah anime seperti K-On sangat berjaya, padahal anime itu tak mempunyai plot langsung, hanya berkisarkan kehidupan ahli-ahli kelab muzik semata-mata.

Rata-rata daripada pujian terhadap K-On mengatakan anime ini sangat realistik dan dekat pada diri penonton. Pujian ini tak tertakluk pada K-On sahaja; filem anime Koe no Katachi juga dipuji sedemikian di atas faktor realistik tragedinya sekalipun minimalisitk. Hyouka juga banyak mengguna pakai motif warna untuk menunjukkan suasana misteri. Menonton animasi KyoAni ini seolah-olah melihat karya seni berbanding melihat anime semata-mata.

Gambar 7: Scene berlawan dalam Miss Kobayashi’s Maid Dragon.

Sebagai pemula, saya sarankan anda untuk melihat trailer PV pertama KyoAni bagi anime Violet Evergarden (protips; lihat dengan kualiti paparan 720p dan ke atas). https://www.youtube.com/watch?v=0CJeDetA45Q

Gambar 8: Sebahagian daripada trailer Violet Evergarden. Segala gambar anime-anime ini adalah hak milik Kyoto Animation.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Comments are closed.