Semua Khan Agung yang pernah memerintah Empayar Mongol, misalnya Genghis Khan adalah dipilih secara formal melalui tradisi nomad yang dikenali dalam pelbagai nama, namun dalam budaya Mongol, secara umumnya kita mengenali budaya ini sebagai Kurultai.
Kurultai adalah sebuah struktur pengurusan politik untuk urusan pemerintahan dan keten-teraan suku-suku nomad. Para pegawai yang mengisi struktur pengurusannya adalah terdiri daripada orang-orang yang berpengalaman, bijak dan mampu membantu Khan atau Khagan menguruskan pemerintahan negara. Selain itu, Kurultai adalah tempat menentukan siapa yang akan menjadi Khagan dan terdapat satu badan autoriti khas seakan-akan senator yang nemiliki kuasa untuk menggulingkan Khagan jika perlu.
Hanya ketua-ketua suku dan para bangsawan terpilih sahaja yang boleh menghadiri perhimpunan Kurultai. Ia penting bagi seorang ketua untuk menghadirinya, jika tidak, mereka dianggap tidak berhak untuk mendapatkan bahagian yarliq mereka (harta rampasan pe-rang, tanah, ganjaran, anugerah kehormat, dll). Di Ulus Ulug (Golden Horde), para putera dan boyar Rusia juga akan hadir untuk turut serta dalam upacara Kurultai. Dan ahli keluarga keturunan emas (Genghis) harus menghadiri kurultai untuk menerima jawatan baru mereka, mengundi dan diundi sebagai Khagan baru jika Khagan yang sedia ada telah meninggal dunia.
Maka, berkat tradisi dan peraturan wajib ini, Eropah bolehlah berterima kasih kepada sesiapa jua yang memulakan idea Kurultai ini kerana ketika era penak-lukan Empayar Mongol, ten-tera Mongol di Eropah terpaksa meninggalkan kempen dan kembali ke Karakorum untuk menghadiri Kurultai setelah kema-tian Ögedei Khan, ia sekaligus telah menyelamatkan banyak pihak dari keganasan penak-lukan Mongol. Ten-tera Mongol juga terpaksa meninggalkan Syria untuk kembali ke Karakorum setelah kema-tian Möngke Khan.
Khan-khan yang lain seperti dari negara-negara dibawah naungan atau ja-jahan Mongol, atau pecahan Empayar Mongol seperti Ulug Ulus juga dipilih melalui tradisi Kurultai Em dengan kaedah yang serupa. Apabila upacara Kurultai perlu diadakan, semua pemimpin Mongol dari berbagai kelas akan bersidang untuk memilih Khan Agung yang baru.
Tradisi nomad ini secara lazimnya sering diadakan di ibu kota Empayar Mongol, namun, budaya ini bukanlah budaya eksklusif yang hanya diamalkan oleh bangsa Mongol sahaja kerana ia juga turut diamalkan oleh rumpun nomad yang lain seperti Turkik, atau saudara jauh Mongol seperti Tatar di Ukraine.
Kurultai juga merupakan upacara yang diadakan apabila timbul keperluan segera bagi mencari calon untuk menduduki semua jawatan kepemimpinan yang kritikal serta untuk merancang keperluan dan arah tuju pasukan ten-tera apabila hendak memulakan kempen keten-teraan yang akan dilaksanakan di bawah Khan Agung dan kepemimpinan baru yang disebutkan sebelumnya.
Namun, Kurultai juga sesuai berperanan sebagai wadah untuk membahaskan dan menyelesaikan isu-isu semasa di wilayah-wilayah setempat, konsep begini adalah mirip kepada konsep sistem berparlimen moden. Setelah Khan atau Khagan yang baru telah dipilih, proses pertabalan yang agak kompleks akan menyusul mengikut protokol. Johann Schiltberger, pengembara Jerman abad ke-15, menggambarkan pertabalan seorang Khan yang baru di Empayar Ulug Ulus seperti berikut:
“Apabila mereka memilih raja, mereka akan membawa dan menempatkan dia di atas sebidang kain baldu putih, kemudian dia akan dijulang sebanyak tiga kali. Kemudian mereka mengangkatnya dan membawa dia berarak mengelilingi khemah, dan meletakkan dia di atas takhta, lalu meletakkan sebilah pedang emas di telapak tangannya. Selepas itu, dia perlu mengangkat sumpah mengikut adat istiadat sukunya.”
Putera dan bolyar Rusia, yang sering terpaksa menunggu di ibu kota Sarai untuk menghadiri upacara Kurultai, menyaksikan pemilihan Khan baru yang kemudian akan mengemaskini atau menerbitkan semula jarlik bagi kemudahan para putera dan bolyar dari wilayah-wilayah Slavik, mereka ini tidak diragukan lagi, telah sering menyaksikan ritual khan kutermiak, yang semakin lama menjadi semakin kerap dan sia-sia semasa pertengahan abad ke-14 ketika masalah dalaman sering berlaku dalam pentadbiran Ulug Ulus, situasi begini secara tidak langsung telah melahirkan istilah dalam perkataan Rusia “кутерьма” (kuter’ma), yang bermaksud “mundar mandir dengan sia-sia”.
Kurultai adalah tradisi bangsawan suku nomad yang diadakan untuk menentukan, menyusun strategi dan menganalisis kempen keten-teraan dan melantik individu di pelbagai jawatan dan gelaran kepimpinan. Genghis Khan diisytiharkan sebagai Khan Agung semasa upacara Kurultai pada tahun 1206 M. Sebilangan besar kempen keten-teraan yang penting semasa kebangkitan Mongol, pertama kali dirancang pada perhimpunan seperti ini dan terdapat Kurultai kecil dijalankan di bawah Empayar Mongol dengan kendalian pemimpin dan ketua politik bawahan.
Bagaimanapun, Kurultai memerlukan kehadiran anggota kanan suku untuk turut serta, yang juga pemimpin ten-tera. Oleh itu, kema-tian Ögedei dan Möngke pada 1241 dan 1259, menyebabkan mereka terpaksa membatalkan kempen penak-lukan dengan pengunduran pemimpin Mongol (dan ten-tera) dari pinggiran Vienna dan Venice (pada 1241) dan dari Syria (pada tahun 1259), sekaligus menjadi kemuncak operasi keten-teraan terhadap Austria dan menyebabkan kekalahan ten-tera Mongol di tangan ten-tera Mamluk dalam Pertem-puran Ayn Jalut.
Walaupun Kurultai adalah acara politik yang serius semasa era Empayar Mongol, ia kini merupakan festival yang pelbagai dalam bentuk pesta besar-besaran yang merangkumi acara permainan tradisional. Sebilangan besar tradisi ini diteruskan dalam acara Naadam di Mongolia moden, yang merangkumi acara pertandingan gusti, lumba kuda dan memanah gaya Mongol.
Kurultai juga akan diadakan dengan tujuan untuk menentukan sebarang keputusan politik atau untuk keten-teraan seperti berbincang sama ada perlu atau tidak untuk melancarkan pe-rang terhadap kerajaan tertentu.
Lazimnya, orang Mongol dan Turkik yang nomad hidup bertebaran di sepanjang wilayah padang rumput. Oleh itu, persidangan sebegini adalah dianggap sebagai upacara yang amat penting apabila seorang ketua mengadakan kurultai. Pada waktu yang lain ia hanya diperuntukkan bagi urusan musyawarah yang besar, perisytiharan sebarang peristiwa, atau meraikan kemenangan setelah pe-rang yang berpanjangan.
Terdapat banyak persidangan besar ini diadakan melalui pemerintahan kekhanan di Asia Tengah dan Selatan. Di Empayar Mongol yang luas, setiap ulus atau negeri-negeri yang berkuasa mengadakan persidangan kurultai secara terpisah kerana pada dasarnya memang tidak praktikal jika mahu mengumpulkan semua orang sekaligus dari seluruh Eurasia. Walau bagaimanapun, perhimpunan kurultai pada tahun 1206 yang menjadi hari Temujin menerima gelaran “Genghis Khan,” yang bermaksud “Penguasa Samudera” untuk semua orang Mongol, misalnya, mempelopori kebangkitan empayar daratan terbesar dalam sejarah dunia itu.
Kemudian, keturunan dan pewaris Genghis Khan seperti Kublai dan Ariq Boke yang bertanding dalam proses pemilihan kurultai memperoleh sokongan yang seri pada tahun 1259, di mana kedua-duanya diberikan gelaran Khan Agung oleh para pengikut masing-masing. Sudah tentu, Kublai Khan akhirnya memenangi perebutan kuasa itu dan terus meneruskan legasi datuknya, meneruskan penyebaran Empayar Mongol ke sebilangan besar Asia Tenggara namun gagal.
Namun, pada asalnya tradisi kurultai disambut jauh lebih sederhana, namun ia masih tetap penting dari segi kebudayaan, seperti yang diamalkan Mongol. Adakalanya perhimpunan ini diadakan untuk meraikan majlis perkahwinan atau acara besar seperti mengadakan majlis untuk kekhanan tempatan bagi meraikan sambutan tahun baru, sambutan musim, atau majlis persandingan pasangan pengantin baru.
Dalam dunia era moden, beberapa negara Asia Tengah masih lagi menggunakan istilah kurultai atau lain-lain variannya dari pelbagai tempat untuk menggambarkan sistem berparlimen mereka atau untuk persidangan ahli dewan rakyat. Sebagai contoh, Kyrgyzstan boleh berbangga dengan Kurultai Kebangsaan Rakyat Kyrgyz, yang menyelesaikan isu perselisihan di kalangan etnik, sementara kongres nasional Mongolia dikenali sebagai “Negara Agung Khural.”
Perkataan “kurultai” berasal dari akar Mongolia “khur,” yang bermaksud “berkumpul,” dan “ild,” yang bermaksud “bersama-sama.” Dalam bahasa Turki, kata kerja “kurul” bermaksud “harus ditubuhkan.” Dalam setiap akar ini, tafsiran moden mengenainya adalah untuk menyeru persidangan dan menentukan siapa yang layak memimpin negara.
Walaupun budaya kurultai epik Empayar Mongol telah sekian lama ditelan zaman dan melalui pelbagai era di sepanjang sejarah dan budaya nomad, tradisi dan kesan kebudayaan dari perhimpunan kuasa besar ini masih lagi diteruskan dan diamalkan pada sepanjang sejarah wilayah-wilayah nomadik yang lain dan pemerintahan Mongolia moden.
Tradisi upacara perhimpunan kebudayaan dan politik yang besar ini tidak sekadar berfungsi untuk melaksanakan dasar dan menentukan keputusan besar pada zaman dahulu, semenjak era imperialis Mongol hingga ke era republik dan negara Mongolia yang merdeka hari ini, atau di mana-mana negara-negara yang memiliki sejarah nomad terutamanya negara-negara Turkik dan Mongol seperti Uzbekistan.
Tradisi Kurultai masih diteruskan pada hari ini terutamanya pada setiap hari perayaan Nadaam di Mongolia, mereka meraikannya sebagai simbolik kepada kelangsungan budaya tradisional mereka dengan pelbagai acara-acara permainan dan sukan, antaranya ialah memanah sambil berkuda dan perlawanan gusti Mongolia. Bahkan, ia turut diadakan sebagai acara tahunan di Hungary.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih