Pada 17 Julai 1943, Düsseldorf-Grafenberg, salah satu cabang dari parti NAZl melaporkan kepada Gestapo mengenai perkembangan ancaman baru. Mereka terdiri daripada kalangan belia, berusia antara 12 dan 17 tahun, sering berkeliaran hingga lewat malam dengan membawa bersama alat muzik.
Anggota mereka juga terdiri daripada golongan wanita belia. Bagi NAZl, oleh kerana kelompok ini sebahagian besarnya berada di luar gerakan Hitl3r Youth dan menerapkan sikap permusuhan terhadap organisasi tersebut, mereka menjadi ancaman berbahaya bagi orang muda yang lain.
Beberapa taklimat berkenaan dengan apa yang disebut sebagai Edelweiss Piraten, sebuah kumpulan remaja yang terlibat dalam perhimpunan dan kegiatan pember0ntakan di seluruh bandar industri barat Reich. Terbentuk secara tidak teratur, Edelweiss Piraten adalah sebahagian dari kelompok awam, kumpulan g3ngster, kumpulan politik pembangkang, dan mungkin yang paling ketara, mereka mewakili kebangkitan sejenis subkultur yang baru.
Anggota mereka melakukan perjalanan secara haram ke kawasan luar bandar, menyebarkan propaganda melalui grafiti anti-NAZl, dan bergaduh dengan kumpulan rondaan Hitl3r Youth. Mereka bahkan dibezakan dengan gaya penampilan mereka yang tersendiri, antaranya lencana logam khas berbentuk bunga edelweiss, seluar pendek berwarna hitam, stoking putih, dan kemeja kotak-kotak.
Anggota mereka sebahagian besarnya adalah golongan kelas pekerja dan pernah membesar sebagai Hitl3r Youth pada tahun 1930-an. Tetapi apabila per4ng menghancvrkan kota-kota dan para pemimpin Hitl3r Youth yang berpangkat tinggi mula dikerah ke barisan hadapan tenter4, suasana ‘vakum’ atau kekosongan tampuk kepimpinan mula terbentuk, dan beberapa kumpulan belia yang berbeza pandangan politik tetapi berpengaruh mula muncul sebagai salah satu kumpulan yang menganjurkan penentangan terhadap kuasa rej!m dan autoriterisme.
Dan mereka menjadi kuasa yang cukup besar. Satu kajian sejarah mengenai Edelweiss Piraten melaporkan bahawa di bandar-bandar Jerman barat yang relevan, “perkiraan konservatif menganggarkan bahawa 5 peratus populasi belia mungkin terlibat dalam kumpulan ini, sekurang-kurangnya secara persisian (dari luar sempadan).”
Beberapa pecahan kumpulan ini ada yang bergerak menggunakan nama mereka sendiri. Di Cologne, mereka adalah Navajos, di Düsseldorf dan Oberhausen mereka adalah Kittelbach Piraten, dan di Essen mereka dikenali sebagai Traveling Dudes.
Sepertimana menurut lagenda lanun-lanun yang sebenar, ‘lanun’ penentang NAZl ini turut melihat diri mereka sendiri sebagai kumpulan penyangak yang menjadi wira rakyat yang gagah berani, bahkan sering mendapat inspirasi dari citra dan mitos Amerika. “Rio de Janeiro, ahoy, caballero,” begitulah petikan dark lirik dari lagu perbarisan mereka, “Lanun Edelweiss itu setia dan benar.” Selebihnya berbunyi seperti rangkap di bawah:
“Kami berarak di tebing Ruhr dan Rhine,
Membelah belia Hitl3r menjadi dua,
Lagu kami adalah kebebasan, cinta, dan kehidupan,
Kami adalah lanun Edelweiss.”
Muzik memainkan peranan yang penting dalam struktur sosial mereka, dan anggota yang mahir adakalanya menulis semula lirik lagu, seperti lagu pengembaraan, dan lagu-lagu indoktrinasi belia NAZl. Anggota mereka lazimnya sebaya dengan pelajar sekolah menengah, antara 14 dan 17 tahun, antaranya juga ada yang sudah boleh meninggalkan persekolahan tetapi tetap masih terlalu muda untuk menjadi tenter4.
Oleh kerana banyak bandar perindustrian mengalami masalah kekurangan tenaga kerja, pember0ntak remaja ini boleh bertukar-tukar pekerjaan dan memperoleh gaji yang setimpal sebagai pekerja tidak mahir. Mereka sering berkumpul selepas waktu kerja untuk menyanyi, bergosip, dan bersosial di antara jantina, di mana pergaulan bebas antara jantina merupakan salah satu perkara yang dilarang oleh kumpulan Hitl3r Youth di dalam negara mereka.
Walaupun dipisahkan oleh sempadan wilayah, kumpulan-kumpulan paksi Edelweiss Piraten bersatu ketika melakukan perjalanan secara haram ke luar bandar, satu amalan yang berani pada saat NAZl mengehadkan pergerakan bebas warga negara. Ini mencipta rasa persahabatan yang penting di antara kumpulan pember0ntak dan memberi mereka peluang untuk berikrar terhadap raison d’être (istilah bagi kempen penentangan) mereka. Iaitu penentangan yang sengit terhadap Hitl3r Youth dan pihak berkuasa yang diwakilinya.
Edelweiss Piraten seringkali mencetuskan pergadvhan dengan peronda Hitl3r Youth, memvkul pegawai NAZl yang lengkap berseragam, mencuri basikal milik peronda Hitl3r Youth, menyer4ng dan mempr0vokasi sesiapa yang menyokong NAZl secara lisan, menyebarkan grafiti anti-Hitl3r. Mereka bahkan mengutip risalah propaganda yang dijatuhkan oleh pesawat Sekutu untuk disebarkan atau disumbat ke dalam peti surat penduduk tempatan.
Edelweiss Piraten adalah duri dalam daging yang berterusan menjadi ancaman terhadap kepentingan NAZl, dan Gestapo mengambil perhatian yang serius. Unit polis rahsia itu akan mengawasi perkembangan Edelweiss Piraten dan menyimpan beratus-ratus fail maklumat anggotanya yang masih remaja. Barthel Schink yang berusia enam belas tahun juga dibvnuh oleh Gestapo kerana penglibatannya dengan Edelweiss Piraten.
Walau seberapa pentingnya mereka sekalipun, samada secara simbolik atau sebaliknya, sumbangan mereka hanyalah untuk penentangan dan sentimen anti-NAZl secara domestik, tidak tepat untuk meromantiskan mereka sebagaimana yang cuba dipaparkan secara fiksyen sejarah melalui filem Inglourious Basterds.
Malah sejarawan Detlev Peukert, yang berhujah untuk menonjolkan Edelweiss Piraten sebagai contoh penting penentangan dan ketidakseimbangan di Third R3ich sendiri menganggap mereka hanya sekadar gerakan “semi-politik,” yang lebih didorong oleh penentangan terhadap struktur penindasan program-program belia NAZl berbanding penentangan asas terhadap kekej4man fasisme atau tindakan pembersihan etnik.
Sesungguhnya, ketika suasana memihak kepada pasukan Sekutu pada tahun 1946, Edelweiss Piraten tidak lagi bekerjasama dalam isu menjadi juara demokrasi dan liberal, dan dengan mudahnya diserap sebagai anggota tenter4 NAZl yang tiada asas latihan dan pulang dari barisan hadapan hanya untuk disambut oleh pengangguran atau kehilangan rumah dan keluarga akibat mvsnah dib0m. Bagaimanapun, mereka tetap hanya sekadar sekumpulan remaja yang berjiwa member0ntak, mereka bukan golongan revolusioner.
Tetapi salah satu pencapaian mereka yang terbesar dalam gerakan anti-NAZl adalah di sebalik runtuhan Cologne barat. Pada tahun 1944, bekas tahanan kem kons3ntrasi, Hans Steinbrück menubuhkan kumpulan Ehrenfeld. Terdiri daripada sekitar seratus anggota, yang dianggotai oleh beberapa bekas tahanan lain, kumpulan pembangkang, orang Yahudi, dan beberapa anggota Edelweiss Piraten, kumpulan ini terlibat dalam aktiviti pengumpulan senj4ta, pencurian, dan perdagangan di pasaran gelap – semuanya dengan tujuan melumpuhkan infrastruktur NAZl dan melemahkan usaha Third R3ich dalam per4ng.
Tidak lama kemudian, Gestapo memburu mereka. Setelah beberapa hari aksi kejar mengejar yang penuh kegan4san, dan berakhir dengan kehilangan beberapa nyawa, Steinbrück ditangkap, dan Heinrich Himmler, yang ketika itu komander S.S., memerintahkan saki baki anggota kumpulan Ehrenfeld yang masih ada dihvkum bvnuh oleh skuad penemb4k.
Pada 10 November 1944, 13 orang yang terdiri daripada beberapa lelaki belia dan dewasa telah dihvkum gantung tanpa perbicaraan di sebelah sebuah stesen kereta api, disaksikan oleh ratusan penonton. Enam dari mereka adalah anggota Edelweiss Piraten, semuanya sangat terlalu muda untuk berkhidmat dalam tenter4. Hari ini, sebuah jalan yang berdekatan dengan lokasi mereka digantung diberi nama bersempena salah seorang ‘lanun’ tersebut, iaiti Barthel Schink. Beliau meninggal dunia pada usia 16 tahun ketika menentang arus fasisme.
RUJUKAN:
Peukert, Detlev J. K. (1987). Inside Nazi Germany: Conformity, Opposition and Racism in Everyday Life. London: B. T. Batford Ltd.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih