Pada kira-kira tahun 700 sebelum masihi, terdapat satu gerakan ‘agama’ ataupun mungkin lebih tepat dipanggil sebagai ‘kultus’ (cult) yang menyembah matematik sebagai entiti Tuhan.

Kultus ini berasal daripada Pythagoras, seorang ahli matematik ulung Yunani. Pythagoras mempunyai falsafah bahawa matematik merupakan kunci rahsia kosmos, alam dan kehidupan. Falsafah ini merupakan integrasi mistik dan matematik. Malah, perkataan ‘mathematics’ ini dicipta oleh Pythagoras yang bermaksud ‘disiplin belajar’.

Pythagoras dan mengikutnya (Pythagorean) lebih cenderung dan sesuai digelar sebagai ahli falsafah metafizik yang menjadikan nombor sebagai pusat doktrin mereka. Menurut Pythagorean, nombor merupakan entiti hidup dan prinsip sejagat yang meresap segalanya bermula dari langit sehinggalah pada etika manusia.

Falsafah Pythagoras telah menjadi satu bentuk kepercayaan bahawa matematik itu bukanlah ciptaan manusia, tetapi ia mampu wujud tanpa wujudnya manusia. Suatu persamaan matematik tidak dicipta, tetapi ditemui oleh manusia.

Pythagoras mendefinisikan nombor pada dua asas utama, iaitu Intelektual dan Sciential. Intelektual bermaksud nombor mempunyai keabadian. Nombor merupakan akar dan asas untuk segala-galanya. Sciental pula bermaksud produk ataupun hasil daripada nombor tersebut. Manifestasi fizikal matematik yang membentuk realiti.

Ketaksuban Pythagoras pada nombor bermula daripada eksperimennya ke atas muzik dan pemerhatiannya ke atas angkasa. Pythagoras cuba untuk memahami hubungan antara matematik, muzik dan angkasa. Sebenarnya ada kisah bagaimana Pythagorean pada masa itu melihat nombor sebagai suatu bentuk manifestasi fizikal yang membentuk realiti.
Kronologinya, Pythagoras menemui bagaimana nombor boleh manifestasi dalam bentuk fizikal.

Selepas itu, Pythagoras menemui bagaimana susunan tetali yang betul dapat menghasilkan harmoni muzik yang cantik. Selepas itu, Pythagoras menemui bagaimana nisbah 1:1, 1:2, 1:3 dan seterusnya dapat menghasilkan melodi yang berbeza-beza.
Pythagoras merasakan hubungkait antara keharmonian muzik dan susunan nombor yang cantik ini merupakan suatu bentuk ‘kosmos’ (beautiful order of things) dan ‘harmonia’ (fitting together).

Dalam astronomi, Pythagoras sendiri percaya bumi berbentuk sfera kerana sfera merupakan bentuk yang paling sempurna, tertinggi dan mempunyai nilai estetik dalam matematik.

Dia juga menyatakan setiap planet bergerak mengikut orbitnya sendiri. Pembentukan buruj dan bintang di langit diperhati oleh Pythagoras mempunyai kecantikan bentuk dan matematiknya yang tersendiri.

Maka, Pythagorean sendiri terpesona dengan kejadian ini di mana gerakan bintang planet dan keharmonian muzik bergantung pada matematik untuk wujud dan manifestasi kecantikannya. Dikatakan Pythagorean mampu mendengar muzik daripada gerakan planet-planet di angkasa.

Antara lain yang membawa idea Pythagorean adalah ‘cosmic opposite’ yang menyatakan setiap perkara mempunyai pasangannya masing-masing. Gaya hidup mereka pun lebih cenderung pada vegetarian. Mereka juga percaya pada kehidupan abadi dan perpindahan roh.

Menurut Pythagorean, Tuhan bukan ahli matematik, tetapi matematik itu sendiri ialah Tuhan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.