Awal bulan Oktober ini, sukarelawan Scotland yang membuat projek tinjauan spesis di hutan hujan sederhana (temperate rainforest) Semenanjung Cowal Barat telah menemui 650 spesis flora dan fauna.
Salah satu spesis yang mereka temui ialah kulat zombie yang pernah huru-harakan dunia dalam video game dan TV bersiri The Last of Us, iaitu kulat Gibellula!
Kulat Gibellula ialah kulat zombie dari keluarga Cordycipitaceae. Kulat Cordyceps dalam video game pula sebenarnya berkeluarga dengan kulat Gibellula ini.
Kulat Gibellula telah ditemui oleh ahli sains alam amatur bernama Ben Mitchell. Beliau menyatakan yang dia tidak sengaja menemui bebatang putih di bawah daun, kemudian membawa ke makmal untuk mengenalpasti. Rupa-rupanya ‘pokok’ batang itu sebenarnya kulat Gibellula!
Sebenarnya kulat zombie ini tidaklah berbahaya kepada manusia seperti kulat Cordyceps. Kulat ini hanya jadikan labah-labah sebagai perumah untuk dapatkan nutrien.
Apabila kulat ini memasuki badan labah-labah, ia akan memakan isi sehingga mampu mengawal tubuh badannya. Kulat ini akan gerakkan labah-labah ke bawah daun dan bergantung, sampailah isi labah-labah habis dimamah.
Kemudian, badan labah-labah yang mati meletup dan keluarnya bebatang putih yang rupanya seperti gula-gula kapas dan menyebarkan spora ke bawah untuk mencari perumah baru.
Menurut Mitchell, kulat Gibellula ialah antara kulat zombie yang jarang ditemui dalam hutan hujan Scotland sejak 70 tahun lepas. Ini menunjukkan kepelbagaian flora dan fauna hutan ini masih banyak dan terjaga.
Spesis kulat zombie sebenarnya bertebaran di seluruh dunia dan hanya menyerang spesis haiwan tertentu saja dan belum ada spesis kulat yang mampu jadikan manusia sebagai zombie.
Contoh kulat yang femes ialah ‘Ophiocordyceps unilateralis’, kulat zombie yang jadikan semur sebagai perumah.
Kulat zombie yang ditemui di hutan hujan tropika mempunyai cara menyerang seperti kulat Gibellula. Memasuki badan mangsa, memakan isi, mengawal pergerakan tubuh badan, kemudian memaksa semut keluar dari sarang sampailah ia mati, melahirkan buah kulat baru untuk sebarkan sporanya.
Jadi, penemuan kulat Gibellula di dalam hutan hujan Scotland adalah penemuan yang baik di mana saintis dapat memelihara hutan ini dari aktiviti manusia setelah 70 tahun lamanya. Walaupun rupanya macam kulat Cordyceps, tapi ia tidak akan menyerang manusia punya!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih