Apa persamaan antara roti berkulat, air liur dan kahak kering?
Busuk?
Tak. Anda boleh guna bahan-bahan ni untuk cuci luka. Antiseptik semula jadi. Benda ni sudah tertulis dalam catatan dari Mesir Purba yang orang zaman tu balut luka guna roti berkulat.
Madu pun sama. Boleh guna untuk cuci luka. Walau bagaimanapun, kesemua benda ni lain mekanisme dia. Roti berkulat dan kahak kering tu boleh guna untuk sesetengah penyakit sahaja. Madu dan air liur pulak boleh guna macam Dettol.
Aik, dah kenapa kulat dan kahak tu selektif? Rasis ke? Tak. Ni mungkin ramai yang tak tahu, tapi kulat dan kahak tu sebenarnya ialah antibiotik dan vaksin versi primitif. Sebelum kita ada yang versi moden, benda ni la yang orang guna untuk rawat penyakit berjangkit.
Madu dan air liur ni ada satu bahan aktif bernama hydrogen peroxide, H2O2. Selalu kalau korang ada luka besar, doktor dan ahli farmasis akan bagi cecair ni. Dia macam alkohol. Semua kuman mati kalau terkena. Disebabkan itulah, madu ni dikira antara makanan yang takkan reput dan mampu bertahan selama 500 tahun. Sebab H2O2 ni, padahal jumlahnya sikit je. Kuman tak mampu hidup.
Air liur pun ada H2O2, tapi jumlahnya lagi sikit. Korang nak mati ke ada H2O2 banyak banyak dekat mulut? Memang tak banyak, tapi air liur ada plan kedua untuk lawan kuman. Dia ada lysozyme, sejenis enzim yang kerjanya bunuh komponen sel. Bila komponen ni rosak, sel/bakteria bagai tu mati jugak la.
Selain dari lysozyme, air liur juga ada sel darah putih, antibodi dan protein yang cepatkan penyembuhan. Sebab tu luka dalam mulut sembuh lagi cepat dari luka di kulit, walaupun sama saiz. Disebabkan itu jugalah binatang selalu jilat luka diorang. Dekat air mata pun ada benda ni, tapi jangan la pula tonyoh luka tangan dekat mata. Nanti tak memasal orang ingat anda ni bebal.
Kes kulat ni lagi menarik. Macam aku sebut tadi, orang dah tahu lama pasal kebaikan kulat dalam melawan penyakit, tapi mereka tak tahu macam mana mekanismenya. Sebagai contoh, Sir Willliam Roberts melaporkan bakteria tak akan tumbuh berdekatan kulat yang digunakan dalam pembuatan keju biru. Selepas kajian demi kajian, baru kita tahu bahawa kulat ini mempunyai bahan antibiotik. Namanya, penisilin.
Untuk membasmi bakteria, barangkali antibiotic adalah senjata terampuh. Puncanya ialah ia sangat tepat dan spesifik dalam membunuh bakteria. Hydrogen peroksida seperti yang disebut di atas, akan menyerang apa sahaja yang terkena padanya. Antibiotik cuma menyerang bakteria sahaja. Caranya ialah dengan menyahstabilkan membran sel bakteria, lantas memburaikan segala isi perut bakteria.
Ada juga antibiotik lain yang mampu menggagalkan bakteria daripada berkembang biak. Walau bagaimanapun, bakteria juga mampu berevolusi untuk menjadi lebih kebal terhadap serangan antibiotic dengan memakan bakteria mati. Sebab itu kita kena makan antibiotik sampau habis – sebab nak bagi semua bakteria mati tanpa sisa yang tinggal.
Pasal kahak itu, tahukah anda itulah jenis vaksin paling purba di dunia? Masyarakat tamadun Cina, misalnya menggunakan kahak kering bekas pesakit untuk merawat penyakit tertentu pada abad ke-10. Kahak ini asalnya hingus yang mempunyai bahan pembunuh kuman. Ia kemudiannya dikumuhkan daripada sistem pernafasan sebagai kahak atau tahi hidung.
Sama macam vaksin yang juga diperbuat daripada kuman mati. Semasa England dilanda wabak cacar lembu (cowpox), Edward Jenner telah menyapu nanah dari peladang lembu kepada anak tukang kebunnya. Hasilnya, kanak kanak tersebut menjadi imun kepada cacar lembu. Kaedah ini kemudiannya diguna pakai dan dikaji lagi hingalah melahirkan vaksin moden. Nanah ialah tempat di mana kuman kuman mati berkumpul setelah dibunuh sel darah putih.
Kadang kadang, aku hairan dan takjub bila dapat tahu benda sebusuk busuk nanah dan kahak juga mempunyai posisi penting dalam kehidupan. Memang betul, Tuhan tak pernah cipta benda ni secara sia sia.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih