Untuk peminat siri animasi Naruto dan Naruto Shippuden, pasti kita akan mengetahui tentang seni ninjutsu iaitu salah satu daripada teknik pertempuran para ninja dalam pertarungan selain seni taijutsu (tangan kosong), genjutsu (seni ilusi), kenjutsu (seni menggunakan pedang), kaijutsu (menggunakan bahan peledak) dan saimonjutsu (teknik pukau).

Seni ninjutsu di dalam siri animasi ini menampilkan pelbagai simbol yang dibentuk dengan kedua belah tangan untuk mengeluarkan pelbagai kuasa elemen seperti petir, air, udara, api dan tanah melalui aliran chakra. Dalam kepercayaan Buddha, tapak tangan merupakan saluran energi (chakra) yang sangat baik.

Gabungan pelbagai simbol tangan yang dinamakan ninjutsu ini mempunyai pelbagai bentuk dan setiap satunya akan mengeluarkan hasil kuasa yang berbeza. Jadi, di dalam artikel santai kali ini, kita akan melihat bahawasanya seni ninjutsu di dalam animasi Naruto diinspirasikan daripada sejarah sebenar disebaliknya.

Sejarah disebalik asal-muasal Kuji Kiri masih diperdebatkan. Ada yang menyatakan ia berasal dari China. Ada yang mengatakan ia lahir di negara India. Dan tidak terlepas juga dari Jepun itu sendiri.

Kuji dikatakan berasal dari ajaran Tao berdasarkan daripada penemuan teks Neipian yang ditulis oleh pendeta Ge Hong (Baopunzi). Di dalam teks bahagian bertajuk Dēngshè (Into the Mountains, Over the Stream), beliau menyatakan yang ritual Kuji dilakukan sebagai mantera (doa) untuk enam Dewa Liu Jia (enam dewa kuno sembahan Tao). Senang cerita, Kuji ini dipraktikkan untuk seseorang memasuki tahap fokus yang tinggi dalam ritual beribadat atau mediasi melalui gerakan mudra (tangan) dan ucapan mantra (mulut). Dikatakan, jika ritual kuji dilakukan tanpa langkah-langkah yang benar, ia akan mengundang kedatangan makhlus halus.

Nama Kuji Kiri sendiri membawa maksud ‘Sembilan Mantera Simbol Gerakan’. Antara sembilan simbol tersebut adalah:

1. (臨) Rin – Kekuatan.

Ketika melakukan gerakan mandra ini, ucapan mantera adalah “On baishiramantaya sowaka”.

RIN: THE DIAMOND THUNDERBOLT.

Pembentukan mandra Rin adalah untuk merangsang kekuatan mental dan fizikal. Pembuka aliran chakra dan persiapan penuh untuk bertarung.

2. (兵) Hyo/Pyo/Kyo – Energi/Kuasa dalaman.

Ucapan mantera adalah “On ishanaya intaraya sowaka”.

KYO: THE GREAT THUNDERBOLT.

Pembentukan ini mengalirkan dan memusatkan tenaga chakra ke satu titik. Apabila titik ini sudah dipenuhi tenaga chakra, maka kekuatan ini boleh menghancurkan kepala seorang kanak-kanak atau menarik keluar jantung dari badan seekor panda dewasa.

3. (闘) Toh – Ketenangan.

Ucapan mantera adalah “On jiterashi itara jibaratanō sowaka”.

TOH: THE OUTER LION.

Pembentukan ini meletakkan kondisi ninja dalam keadaan yang tenang dan terhubung dengan alam sekeliling. Apabila sudah mencapai tahap ini, jiwa untuk membunuh tidak akan goyah.

4. (者) Sha – Kesembuhan.

Ucapan mantera adalah “On hayabaishiramantaya sowaka”.

SHA: THE INNER LION.

Pembentukan untuk menyembuhkan diri. Meditasi dan merawat kembali kepenatan tubuh badan atau menstabilkan kesakitan yang dialami.

5. (皆) Kai – Gerak hati.

Ucapan mantera adalah “On nōmaku sanmanda basaradan kan”.

KAI: THE OUTER BONDS.

Pembentukan ini memberikan kelebihan kepada ninja untuk menghidu segala ancaman bahaya dan mampu membaca segala gerak-geri musuh.

6. (陣) Jin – Siap siaga.

Ucapan mantera adalah “On aganaya in maya sowaka”.

JIN: THE INNER BONDS.

Salah satu pembentukan yang paling tertinggi dari kesembilan mandra. Pembentukan ini mampu membaca fikiran dan isi hati pihak musuh. Tahap di mana yang paling berbahaya jika ia salah diamalkan, penggunanya akan hilang kesedaran.

7. (列) Retsu – Mengawal ruangan masa dan waktu.

Ucapan mantera adalah “On irotahi chanoga jiba tai sowaka”.

RATSU: THE WISDOM FIST.

Pembentukan yang memberikan kelebihan kepada ninja untuk menguasai ruang dimensi dan waktu disekelilinginya.

8. (在) Zai – Menguasai alam dan angkasa.

Ucapan mantera adalah “On chirichi iba rotaya sowaka”.

ZAI: THE RING OF SUN.

Pembentukan ini pula memberikan ninja akses untuk berhubung dengan alam sekeliling dan menggunakannnya untuk menyerang musuh. Kekuatan elemen alam seperti air sungai, batu bata, pokok, haiwan dan awan di langit boleh dimanipulasikan dengan pembentukan mandra Zai. Tahap ini adalah paling sulit seperti tahap Jin.

9. (前) Zen – Sepenuhnya/Tahap paling tinggi.

Ucapan mantera adalah “On a ra ba sha nō sowaka”.

ZEN: THE HIDDEN FORM.

Pembentukan ini mampu memberikan daya halimunan kepada ninja. Jutsu ini mampu menberikan kelebihan kepada ninja untuk menyerang tanpa diketahui jejaknya. Di dalam catatan rekod sejarah, hanya lapan orang ninja sahaja yang mampu mencapai tahap penuh Zen. Daripada lapan ninja tersebut, hanya dua orang ninja sahaja yang kembali seperti biasa.

Kesemua ucapan mantera di atas adalah pemujaan kepada Dewa Liu Jia.

Baik, bagi kisah legenda dari Jepun, Kuji Kiri diaplikasikan oleh kebanyakan ninja untuk melindungi dirinya ketika menghadapi ancaman bahaya. Simbol-simbol yang dibentuk dengan tangan akan menyeru kuasa asing seperti menghilangkan diri, menghidu ancaman bahaya, pancaindera yang tajam dan menyembuhkan luka di badan. Ya, itu hanyalah legenda cerita rakyat sahaja.

Tidak ada sumber kukuh disebalik munculnya pelbagai kuasa melalui pembentukan simbol Kuji Kiri. Ia hanya salah faham sejarah penggunaan Kuji Kiri di kalangan ninja. Ritual ini hanya dilakukan oleh para ninja untuk bermeditasi atau fokus dalam misi mereka. Untuk menjadi ninja, bakal-bakal ninja juga wajib menguasai sembilan mudra tersebut.

Sehingga sekarang, ritual Kuji Kiri masih diamalkan dalam ritual keagamaan Shugendo dan Shingon Mikkyo dalam sesi ibadah dan meditasi sahaja.

Maka, berakhirlah penulisan serba ringkas mengenai Kuji Kiri dari ajaran seni bela diri Ninjutsu.

RUJUKAN:

Ancient Psycho Secrets of Ninja Assassins, Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.