Dunia Arab sebelum wujudnya golongan Arab Badwi dan Hadhari sebenarnya misteri dan sedikit dirungkaikan oleh para saintis. Namun, banyak peninggalan seperti artifak dan saki-baki bangunan kuno beransur-ansur terdedah, seolah-olah telah tiba masanya dunia Arab kuno didedahkan kepada masyarakat Arab sekarang. Kini, kerajaaan Arab Saudi fokuskan aktiviti ekskavasi di kota kuno bernama Al-Faw yang lokasinya berada di barat daya ibu kota Arab Saudi, Riyadh.

Sekumpulan pengkaji antarabangsa di bawah seliaan organisasi Suruhanjaya Warisan Arab (Saudi Heritage Commission) telah menemui kuil terbiar yang berusia 8,000 tahun bersama penempatan orang Neolitik. Tambahan lagi, mereka menemui 2,807 buah kubur yang ada antara kubur wujud pada fasa yang berbeza, hasil dari pengunaan teknologi dan beberapa teknik pemetaan seperti menangkap gambar dari udara, menggunakan rakaman dari drone, pengesanan laser dan tinjauan geofizik.

Apakah kuil berusia 8,000 tahun ini akan mendedahkan dunia Arab kuno yang sebenar? Ini persoalan utama untuk kiita mencari jawapan tentang kebenaran tamadun Arab yang tidak diketahui ramai. Sebelum meneruskan pembacaan, kami sarankan korang semua untuk membeli KITAB TAMADUN ISLAM, di mana korang boleh memahami lebih jelas sejarah dunia Arab sebelum dan selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW serta bagaimana agama Islam mampu merubah dunia Arab sehingga wujudnya ZAMAN KEEMASAN ISLAM. Mari dapatkan KITAB TAMADUN ISLAM sekarang! Beli di Shopee: https://shopee.com.my/The-Patriots-Kitab-Tamadun-Islam.-i.238336777.5538250581

Pertama sekali, kita kenali dahulu apakah kota kuno bernama Al-Faw ini. Al-Faw adalah ibu kota dalam Kerajaan Kindah yang ditubuhkan pada abad ke-5 dan ke-6 Masihi. Kerajaan Kindah ialah kerajaan persekutuan antara puak nomad Arab yang menetap di utara dan tengah semenanjung Arab. Kerajaan ini menjadi kerajaan berasaskan pemerintahan monarki pertama dalam sejrah tamadun Arab.

Al-Faw dibina di penghujung padang pasir bernama Al-Rub’ Al-Khali kerana lokasi itu menghubungkan dengan kota-kota kuno lain seperti Wadi Al-Dawasir dan Najran. Kota kuno ini mempunyai kuil yang dibina dengan batu yang telah dipotong dengan bentuk bata yang terletak di timur kota tersebut dan berdekatan dengan Bukit Tuwaiq. Para pengkaji yang menemui kuil itu juga menemui beberapa inskripsi kuno. Salah satu inskripsi yang mereka temui ialah  penerangan tentang persoalan kefahaman masyarakat tentang agama dan sistem kepercayaan.

Inilah kota Al-Faw yang telah ditemui oleh kumpulan ahli arkeologi bawah kerajaan Arab Saudi (Sumber: Ancient Origins)

Tambahan lagi, terdapat rekod tentang tempat suci bernama Jabal Lahaq yang dijadikan sebagai tempat penyembahan dewa Kahal, iaitu dewa sembahan warga Al-Faw. Perubahan fungsi tempat suci ini ditugaskan oleh Wahb Allat, salah satu ahli keluarga Malha yang mengaku sebagai penduduk kota Al-Jarha. Para pengkaji berandaian bahawa rekod ini menunjukkan hubungan ekonomi dan perdagangan antara kota Al-Faw dengan Al-Jarha. Berkemungkinan rekod ini menunjukkan perkongsian agama antara kedua-dua warga kota untuk menyembah dewa yang sama.

Dari rekod ini, saintis percaya bahawa penyembahan dewa Kahal adalah agama monoteisme terawal di Timur Tengah, seiring dengan kelahiran agama monoteisme lain seperti Yahudi, Kristian, dan Islam. Penyembahan ini juga bertentangan dengan penyembahan patung berhala sebelum kelahiran nabi terakhir di bumi Arab yang kemudian ditentang oleh Islam sendiri. Sama ada penyembahan dewa Kahal ini benar-benar agama monoteisme terawal, mereka perlu mengkaji lebih lanjut lagi.

Patung kepala seorang lelaki pada abad pertama Masihi juga antara artifak yang ditemui dalam Al-Faw. (Sumber: Ancient Origins)

Selain kuil, kumpulan pengkaji ini juga menemui 4 buah bangunan yang besar dan masing-masing mempunyai satu tiang menara. Berkemungkinan bangunan-bangunan tersebut adalah tempat para pengembara atau pedagang berehat dan membuka khemah sendiri. Tambahan lagi, Al-Faw mempunyai sistem,pengaliran yang lengkap dengan saluran dan tangki air, serta mempunyai sistem takungan dengan menggali lubang untuk menadah air hujan, kemudian mengalir ke ladang-ladang. Dengan sistem pengaliran sebegini, rakyat Al-Faw mampu menanam pelbagai jenis tanaman tanpa masalah.

Penemuan terakhir adalah ukiran di dinding batu, Kebanyakan ukiran mengisahkan tentang Bukit Tuwaiq, terutamanya kisah tentang seorang lelaki bernama Madhekar Bin Muneim. Terdapat juga ukiran tentang rutin seharian rakyat seperti memburu, bertempur dalam peperangan, dan mengembara. Kesemua ukiran ini masih lagi dalam penelitian pengkaji bagi merungkai ukiran tersebut.

Inilah ukiran batu di Al-Faw yang menerangkan tentang kehidupan seharian rakyatnya. (Sumber: Ancient Origins)

Denganh kesemua penemuan di Al-Faw ini, ramai saintis percaya bahawa Semenanjung Arab adalah tempat kelahiran penempatan-penempatan kuno serta mempunyai perkembangan bidang pertanian, pemburuan, pembinaan, dan beberapa teknik kemandirian untuk memastikan ketamadunan di tanah Arab maju ke hadapan. Mungkin tamadun Arab Kuno setanding dengan beberapa tamadun-tamadun gah di dunia jika para saintis membongkar semua rahsia-rahsia ketamadunan di sebalik gurun pasir Arab ini.


Kami mempunyai banyak buku – fiksyen dan bukan fiksyen – yang tersedia untuk dinikmati kalian. Buku-buku kami boleh dibeli di https://shopee.com.my/thepatriotsasia

 

RUJUKAN:

 

Pandey, Sahir. 29 July 2022. 8,000-Year-Old Neolithic Temple Discovered in Saudi Arabia. Ancient Origins.

Yousry, O. 2022. Saudi Heritage Commission Announces Discovery Of Neolithic Era Settlement. Scoop Empire.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply