Baru-baru ini, para saintis percaya mereka telah menemui sebuah kuil lama Carthage yang didedikasikan kepada dewa mereka Meiqart. Kuil yang dibina di Gadir (kini Cadiz, Sepanyol) itu kini berada di Teluk Cadiz di selatan Sepanyol. Ia berjaya ditemui hasil kerjasama penyelidik-penyelidik dari Universiti Seville dan Institut Warisan Sejarah Andalusia (IAPH).
Selama bertahun-tahun, komuniti arkeologi berdebat tentang lokasi sebenar kuil ini. Tetapi mengikut teori yang dikemukakan oleh calon PhD Universiti Seville, Ricardo Belizon, dia percaya semua orang melihat di tempat yang salah. Lantas, model muka bumi digital (DTM) digunakan untuk mengesan lokasi sebenar kuil berkenaan.
Sebaik saja mendapat tahu ia kini berada di dasar laut Teluk Cadiz, ia merupakan satu prospek mengujakan kepada komuniti arkeologi. Ini termasuk Francisco José García, pengarah Jabatan Arkeologi dan Prasejarah Universiti Seville.
Dikenali sebagai pedagang dan pelaut era antikuiti, ini menjadikan Carthage sebagai kuasa maritim yang digeruni ramai ketika itu. Tidak lama selepas menubuhkan Carthage pada 800 SM, mereka mengasaskan kota-kota di selatan Sepanyol termasuk Cadiz.
Meiqart atau Tyrian Baal merupakan dewa utama orang Carthage dan pelindung kota Tyre. Malah, mereka turut mendedikasikan satu persepuluh daripada hasil tahunan kerajaan kepada Kuil Meiqart di Tyre sebagai bentuk penghormatan kepadanya. Apabila mereka tiba di selatan Sepanyol, patung Meiqart turut dibawa bersama untuk dijadikan sebagai asas kuil untuk dewa berkenaan.
Selepas wilayah-wilayah Carthage jatuh ke tangan Rom antara 210 hingga 206 SM, Meiqart ditukar namanya sebagai Hercules. Sejak itu, Kuil Hercules Gaditanus menjadi tumpuan pengunjung dari setiap penjuru Rom. Ini termasuk dilawat oleh ramai pengunjung terkenal.
Mengikut catatan Rom dan Yunani, Hannibal pernah singgah di kuil berkenaan bagi menyampaikan ko.rb.an dan memohon perlindungan untuk angkatan pe.ra.ngnya semasa melawan Carpathia pada 220 SM. Manakala Julius Caesar dikatakan menitiskan air mata di hadapan patung yang mewakili Alexander the Great lebih 150 tahun selepas itu.
Tetapi sejak itu, lokasi sebenar kuil ini tidak diketahui oleh dunia moden. Ramai pakar mengemukakan teori tentang lokasi sebenar kuil Meiqart tetapi ia sama ada bersifat spekulasi atau bukti yang lemah. Tetapi mengikut teori Belizon, dia percaya lokasi kuil itu terletak di kawasan selat berpaya – kawasan sama yang menempatkan Istana Sancti Petri di Cadiz.
Teori tersebut turut diperkukuhkan dengan penemuan banyak artifak di kawasan berkenaan. Antara artifak yang dijumpai di Teluk Cadiz sejak dua abad yang lalu ialah tiang-tiang batu marmar dan patung-patung era Rom dan Carthage. Kebanyakan artifak yang dijumpai kini dipamerkan di Muzium Cadiz.
Di sebalik penemuan yang menggalakkan ini, belum tentu lokasi yang ditentukan oleh DTM sebagai lokasi kuil Meiqart. Masih banyak kerja perlu dilakukan termasuk ekskavasi dasar laut dan lebih banyak selaman bagi mengesahkan ia merupakan lokasi yang tepat. Atas sebab itulah, rakan sejawat Jose Garcia, Profesor Antonio Saez Romero merasakan mereka perlu berhati-hati bagi memastikan lokasi yang dicadangkan Belizon merupakan lokasi sebenar Kuil Meiqart/Hercules.
RUJUKAN
Pandey, S. (2021, 19 Disember). Have Researchers Found Fabled Temple of Hercules Gaditanus in Cadiz?. Ancient-Origins.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih