Beberapa bulan lepas, sekumpulan pakar arkeologi Jordan dan Perancis menemui sebuah kuil yang berusia 9,000 tahun. Kuil ini terletak di sebuah tapak Neolitik yang terpencil di timur Lembangan Al-Jafr, Pergunungan Khashabiyeh.

Beli buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747 di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Antara yang ditemui pakar arkeologi di situ ialah dua buah patung batu besar menyerupai figura antropomorfik, sebuah altar dan pendiang. Turut ditemui lebih 150 buah fosil model berskala kecil perangkap yang dipanggil ‘layang-layang padang pasir’. Perangkap ini selalunya digunakan untuk memerangkap dan menyembelih gazel liar.

Tinggalan kuil pada ketika ini.

Mengikut kenyataan rasmi kerajaan Jordan, kuil ini merupakan sebahagian daripada tapak kem era Neolitik dan turut dilengkapi dengan beberapa ‘layang-layang padang pasir’. Perangkap berbentuk V ini terdiri daripada dua atau lebih susunan dinding batu yang menutup kandang haiwan buruan seperti gazel.

Pengkaji arkeologi percaya pemburu-pemburu era Neolitik bekerjasama untuk menolak pergerakan haiwan buruan mereka masuk ke ‘layang-layang padang pasir’ sebelum ia ditangkap dan disembelih. Terdapat 5,800 struktur serupa yang ditemui bertaburan sekitar Timur Tengah dan Asia Tengah dari Armenia hingga Syria.

‘Layang-layang padang pasir’ mula dikesan oleh juruterbang-juruterbang Royal Air Force (tentera udara British) pada tahun 1920-an. Malah, ia juga pernah diulas oleh T.E Lawrence atau Lawrence of Arabia sebagai satu struktur batu yang aneh dan panjang serta tidak diketahui permulaan atau penghujung struktur berkenaan. Ulasan ini dibuat semasa beliau menemui struktur sama di Gurun Negev pada 1914.

Beli buku terbaru kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Pengkaji arkeologi percaya dengan meneliti simbol dan bentuk ritual yang dijalankan, para pemburu Neolitik memohon kepada roh dan semangat untuk menjayakan aktiviti pemburuan mereka. Mereka juga bermohon agar haiwan buruan sentiasa ada untuk dibawa pulang kepada keluarga dan komuniti mereka. Kem era Neolitik ini berkemungkinan merupakan pusat ekonomi, budaya dan simbol kehidupan masyarakat sekitarnya ketika itu.

Dikatakan dibina seawal 7000 Masihi, tapak kuil ini dikatakan lebih tua daripada Stonehenge dengan jarak usia 4,000 tahun. Bagaimanapun, ia masih tidak boleh mengatasi Gobekli Tepe sebagai tapak keagamaan tertua di dunia. Berdasarkan kajian para saintis, Gobekli Tepe dikatakan berusia lebih 11,000 tahun.

RUJUKAN

Kindy, D. (2022, 25 Mac). Well-Preserved, 9,000-Year-Old Shrine Discovered in Jordan Desert. Smithsonian Magazine.

Akour, O. (2022, 23 Februari). Archaeologists find 9,000-year-old shrine in Jordan desert. Associated Press.

Sumber gambar: Kementerian Pelancongan Jordan


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply